APLIKASI TELEFON PINTAR IFLA WLIC 2018 MEMUDAHKAN AKSES MAKLUMAT MENGIKUT KEPERLUAN PENGGUNA

Oleh: Muhammad Akmal Ahmat, AJK Berita PPM

Seperti mana persidangan antarabangsa bidang profesional tersohor dunia yang lain IFLA World Library and Information Congress (WLIC) juga tidak ketinggalan menyediakan kemudahan teknologi aplikasi telefon pintar. Bagi edisi tahun 2018 di Kuala Lumpur, pakej maklumat yang disediakan lebih terperinci dengan reka bentuk yang menarik. Aplikasi ini dilihat bersifat hybrid responsive bercampur native bagi pakej kandungan maklumat tertentu. Penulis hanya menggunakan Bahasa Inggeris sahaja untuk aplikasi ini. Penulis tidak pasti tetapan fungsi bahasa lain wujud dalam telefon pintar atau pun tidak. Penulis kali ini cuba merungkai beberapa fungsi penting yang perlu pengguna tahu meskipun terlalu banyak fungsi yang masih boleh diterokai oleh pengguna sendiri walaupun tidak didedahkan dalam artikel ini.

Muka Pertama
Muka Kedua

 

Pertama, paparan muka depan memaparkan 2 belah muka dengan lebih 13 butang pautan yang memberikan akses pelbagai segmen maklumat. Antara penerangan bagi butang pautan tersebut adalah seperti berikut:-

  • Programme” – membawa anda terus ke senarai aturcara program Kongres.
  • Speakers” – memberi anda gambaran keseluruhan latar belakang semua pembentang jemputan dan penceramah Kongres.
  • Exhibitors” – mencari peserta pameran.
  • Papers / Posters” – Akses kertas persidangan dan gambaran keseluruhan poster. Disini anda akan diarahkan ke laman web IFLA untuk mengakses kertas kerja.
  • Venue Maps” – mencari lokasi sesi yang betul dan peserta pameran.
  • “Networking” dan “Social Media” – membolehkan anda berkongsi video dan gambar dengan penganjur serta peserta-peserta yang lain.
  • “Library Visits” – mengetahui siri lawatan Perpustakaan yang diadakan.
  • “Images” – memaparkan koleksi gambar yang dikongsikan oleh jurugambar yang dilantik oleh penganjur.
  • “Sponsors” – menyenaraikan penaja-penaja daripada peringkat platinum sehingga ke peringkat rakan sokongan.
  • “Selfie” – tetapan fungsi rakaman swafoto dengan sokongan animasi latar belakang yang menarik.

 

Global Vision- Teks Bergerak

 

Kedua, terdapat marquee teks bergerak dibawah paparan berfungsi sebagai pemberitahuan segala kemaskini yang sedang berlaku secara berjadual mahupun ad-hoc.

 

Create Account

Ketiga, aplikasi ini tidak embedded daftar diri dengan emel telefon pintar secara automatik. Anda perlu mendaftar diri semula menggunakan emel sekiranya anda mahu mengoptimumkan penggunaan aplikasi ini.

 

Butang Pautan Imbas Kod QR

Keempat, tetapan fungsi imbas kod QR yang disediakan dalam aplikasi ini amat berguna apabila anda terlihat mana-mana terminal atau papan siar yang menyediakan kod QR di sekitar kawasan KLCC.

Butang Pautan- Information

Kelima, sekiranya anda berasa was-was dengan aplikasi ini, anda boleh klik butang pautan “information” untuk mendapatkan maklumat terperinci dengan deklarasi yang jelas.

Keenam, anda disaran memastikan tahap nyalaan powerbank sentiasa mencukupi sekiranya ingin menggunakan aplikasi ini secara maksimum.

Itu sahaja ulasan tentang aplikasi IFLA WLIC edisi tahun 2018 Kuala Lumpur. Diharapkan ianya memberi manfaat kepada anda untuk mengoptimumkan kembara ilmu di IFLA WLIC 2018 Kuala Lumpur. Dapatkan di stor kedai aplikasi Android dan Apple! Jumpa nanti di KLCC!

 

 

 

Leave a comment