Posted in Events, School Libraries

Bengkel Pengurusan Pusat Sumber dan Kemahiran Literasi Maklumat di Kedah

Oleh: Siti Aishah Ghani, Pustakawan Kanan UMP & Kumpulan Editor, Berita PPM

 

Pada 12 Julai 2017, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kedah telah mengadakan Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah dan Kemahiran Literasi Maklumat. Bengkel yang diadakan khusus untuk guru perpustakaan dan media yang baharu dilantik yang mewakili Pusat Kegiatan Guru Negeri Kedah. Seramai 250 orang telah menghadiri bengkel yang diadakan di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kedah.

 

Bengkel dikendalikan oleh dua orang penceramah berpengalaman dalam pengurusan pusat sumber sekolah dan kemahiran literasi maklumat iaitu Y.Bhg. Datin Hajah Che Normadiah Haji Che Abbas dan Puan Hajah Norhayati Razali. Antara topik yang diketengahkan adalah Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Mendepani Cabaran Abad ke21, Kemahiran Literasi Maklumat dan lain-lain. Semoga bengkel sehari ini dapat memberi manfaat kepada semua peserta di samping mengeratkan hubungan di antara mereka.

This slideshow requires JavaScript.

Advertisements