Posted in News from Malaysian Libraries

About Sarawak State Library MAKERSMEET 2017

by: Wan Mazli Wan Razali, Head Corporate Management Sector, Pustaka Negeri Sarawak

 

Sarawak State Library will be organising Makersmeet in 2017.  Sarawak State Library is a state library which is going towards promoting the maker movement in the State of Sarawak focusing on the building network of makers and entrepreneurs.

 

Started in preamble DIY_Fair in August 2016 were receiving an overwhelming response from the community in Kuching. Planning for 2017, we are taking a step further to organise Makersmeet for the first time in Sarawak. Five areas of makers namely woodworks, gardening, arts and craft, robotics, 3D Printing and electronic were showcasing their creations in this event.

 

We will be expecting many makers from various ages, interests and background covering electronics, arts and crafts, student projects, kit makers, textiles, Arduino projects, robotics and other science projects.

 

Makersmeet will be held at Pustaka Negeri Sarawak on Saturday and Sunday, 7 and 8 October 2017 from 10:00 a.m. to 4:00 p.m. Kindly observe out website http://www.pustaka-sarawak.com for more information and advertisement on Makersmeet.

 

Details url: http://www.pustaka-sarawak.com/media.php?do=event_detail&id=1128

 

Posted in Events, News from Malaysian Libraries

Handover of Sukan Perpustakaan Awam Se-Malaysia (SPASM) Flag to Kuala Lumpur

by: Wan Mazli Wan Razali, Head Corporate Management Sector Pustaka Negeri Sarawak

The handover of SPASM Flag from Sarawak as the host of 21st SPASM 2015 to KL as the host of 22nd SPASM 2017. The flag handover was witnessed by Puan Rashidah Bolhassan, Chairman of Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia (MPAM) and Public Library Directors during their MPAM Meeting which was held in Sabah State Library on 3 August 2017. The 22nd SPASM Sports Carnival will include games such as Futsal, Net Ball, Volley Ball, Sepak takraw, Badminton, Ping Pong, Congkak (Wanita), Carom (Lelaki), Dart, Tenpin Bowling and Tenpin Bowling (VIP). The games will take place at various places such as stadium and sports arena in Kuala Lumpur starting from 10 to 14 November 2017.

Handover SPASM flag to the Kuala Lumpur organizer.
Posted in Meeting, News from Malaysian Libraries

Mesyuarat Ahli Lembaga Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (PPAP)

Oleh: Dr. Nor Edzan Che Nasir (Mantan Presiden Terkini PPM; Ketua Editor, Berita PPM)

 

Lembaga PPAP telah mengadakan mesyuarat ketiganya pada 1 Ogos 2017 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, PPAP di Kuantan, Pahang. Mesyuarat kali ini telah dipengerusi oleh YAB Dato’ Sri DiRaja Haji Adnan bin Haji Yaakob, Menteri Besar Pahang merangkap Pengerusi PPAP. PPM pula diwakili oleh Dr. Nor Edzan binti Che Nasir. Pelbagai perkara telah dibincangkan dan ahli Lembaga juga telah dibawa oleh Hajah Faridzah Jaafar, Pengarah PPAP, melawat sekitar perpustakaan yang akan dibuka kepada umum secara rasminya mulai 4 September 2017. Perpustakaan yang terletak di Jalan Kemunting, Kuantan ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan akan menjadi salah satu tarikan utama di sini.

ppap1
Sebahagian dari Ahli Lembaga PPAP bersama Pengerusi PPAP
Posted in Conference, Events, News from Malaysian Libraries

Kejayaan Seminar Kepustakawanan 2017 Mencapai Objektif

Oleh: Wan Abdul Rahman bin Wan Bujang, Pustakawan Kanan, CAIS UNIMAS & Kumpulan Editor, Berita PPM

Seminar Kepustakawanan 2017 telah berlangsung pada 25 dan 26 Julai 2017 bertempat di Hotel Merdeka Palace, Kuching. Tema seminar kali ini adalah “Kelestarian Kecemerlangan yang menyaksikan sebanyak 13 kertas kerja yang berkaitan dengan pembangunan kelestarian perpustakaan telah dibentang. Selain penyertaan daripada universiti awam dan swasta dalam negara, seminar ini juga berjaya menarik penyertaan dari Indonesia.

 

Perasmian Seminar Kepustakawanan 2017 ini telah dilakukan oleh Y.B. Dr. Annuar Rapa’ee, Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidikan Teknologi Sarawak. Melalui penganjuran aktiviti seumpama ini, pihak CAIS berhasrat untuk menggalakkan perkongsian maklumat dalam memperkasa perpustakaan dan pusat maklumat supaya terus kekal revelan kepada masyarakat.

 

Antara topik yang dibentangkan sepanjang seminar ini adalah pengurusan perpustakaan, penyelidikan dan inovasi, persekitaran digital serta pengoptimuman sumber. Ternyata sekali objektif seminar bagi membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan  profesionalisme kepustakawanan serta memastikan peranan perpustakaan sentiasa selari dengan perkembangan dan keperluan semasa telah tercapai.

 

This slideshow requires JavaScript.

Posted in Events, News from Malaysian Libraries, PPM, Training

Program “Technology Update” 2017

Oleh: Mohd Kamal Mohd Hanapiah, Pustakawan Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia (USM).

Pustakawan USM, En. Mohd Kamal Mohd Hanapiah telah berkongsi idea dan pengalaman menjayakan perkhidmatan sokongan penyelidikan di USM sejak tahun 2014 dalam Program “Technology Update” yang dianjurkan oleh Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) bersempena Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun 2017. Beliau menceritakan tentang susur galur pembangunan perkhidmatan sokongan penyelidikan dari peringkat permulaan iaitu penglibatan 13 orang pustakawan secara sukarela terlibat dengan proses pembangunan perkhidmatan ini sehingga ke peringkat pengiktirafan kepakaran dan kemahiran dalam membangunkan modul latihan aplikasi teknologi seperti Mendeley, Google Scholar, Google Drive, Open Access, MS Word & NVivo. Perkhidmatan sokongan penyelidikan ini bukan saja menekankan aspek literasi maklumat malah dari segi meningkatkan kadar intelektual dan ilmu teknikal seseorang pengguna terhadap sesuatu aplikasi teknologi sehingga ke tahap amat mahir.

Sehingga kini, perkhidmatan ini telah berkembang bukan sahaja di peringkat dalam USM, malah mendapat pelawaan dari institusi luar USM di dalam negara seperti IPG Tuanku Bainun, IPG Sultan Abdul Halim, Sg Petani dan Kolej Han Chiang dan juga beberapa universiti luar negara seperti Universitas Airlangga Indonesia dan University of Ruhuna Sri Lanka.

Para peserta mendapat banyak manfaat daripada perkhidmatan tersebut. Hal ini kerana, pendekatan yang dipraktikkan kepada pelanggan bukan saja menarik malah keluar daripada kaedah tradisional pembelajaran dan pengajaran sedia ada.

Terkini, pustakawan terlibat dalam proses membangunkan kandungan laman sesawang perkhidmatan sokongan penyelidikan serta memperkenalkan modul e-learning melalui platfom Open Learning.

Dalam usaha untuk menyebarluaskan kemahiran pustakawan tentang perkhidmatan sokongan penyelidikan ini, satu bengkel khas bertajuk ‘Research Support Workshop’ akan diadakan pada 3 & 4 Oktober 2017 di Perpustakaan Hamzah Sendut, USM. Bengkel ini terbuka kepada semua warga kerja Perpustakaan sama ada pustakawan mahupun staf sokongan yang berminat untuk memperkasakan perkhidmatan sokongan penyelidikan di organisasi masing-masing.

Layari laman sesawang dan daftar secara dalam talian.

URI: https://researchsupporttraining.wordpress.com/upcomingtraining/

Anda juga boleh hubungi secara terus Pengurus Perkhidmatan Sokongan Penyelidikan USM untuk makluman lanjut,

Puan Jamilah Hassan Basri
Emel: jamilahhassan@usm.my
Telefon: 04-6535373
Faks: 04-6571526

 

This slideshow requires JavaScript.

Posted in News from Malaysian Libraries

Bengkel Pengukuhan Penghubung Fakulti Maklumat Rujukan & Bibliometrik

Oleh: Wan Abdul Rahman Bin Wan Bujang, Pustakawan Kanan & Norazlina Abdul Rahman, Pustakawan Kanan, CAIS, UNIMAS

Usaha CAIS untuk memastikan golongan pustakawannya sentiasa meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan maklumatnya sentiasa dititikberatkan. Kali ini CAIS mengadakan Bengkel Pengukuhan Penghubung Fakulti untuk menerapkan maklumat rujukan dan bibliometrik. Bengkel ini telah dikendalikan oleh Pustakawan Kanan CAIS iaitu Encik Wan Abdul Rahman Wan Bujang dan Puan Norazlina Abdul Rahman.

 

Bengkel ini bertujuan untuk memperolehi kemahiran mengenai pencarian maklumat dengan menggunakan CAIS OneSearch sebagai ejen maklumat, mempelajari cara penyediaan maklumat bibliometrik untuk membuat laporan penerbitan dan sitasi bagi tujuan penarafan universiti dan belajar menguasai kaedah pancarian maklumat menggunakan library tools dan research tools bagi memenuhi keperluan pengguna dan pentadbir maklumat.

 

Golongan sasar yang menghadiri bengkel ini adalah para pustakawan dan pembantu pustakawan kanan, yang mana seramai lebih kurang 40 orang peserta yang berjaya menjayakan bengkel julung kali diadakan ini.

Posted in News from Malaysian Libraries

Projek Sejarah Lisan 2017 di Kedah

Oleh: Wan Ahmad Hanis b. Wan Yahya, Pustakawan PPAK & erbadanan Perpustakaan Awam Kedah & Kumpulan Editor, Berita PPM

Pada 15 Februari 2017 yang lalu Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah (PPAK) telah mengadakan Projek Sejarah Lisan dengan menemubual Tuan Guru Dato’ Haji Ahmad bin Haji Muhammad Noor atau lebih dikenai sebagai Pak Teh Mad. Beliau telah dilahirkan pada 14 Mac 1925 di Mukim Padang Terap Kiri, Kuala Nerang dan kini berusia 92 tahun.

Tujuan Projek Sejarah Lisan ini dijalankan untuk mendapatkan maklumat mengenai latarbelakang dan sumbangan Pak Teh Mad sebagai pengasas Madrasah Ahmadiah dan kini dikenali sebagai Maktab Mahmud Padang Terap. Antara lain projek ini dilaksanakan adalah untuk menambahkan lagi bahan Koleksi Kedah yang terdapat di PPAK selain mengumpul khazanah warisan Negeri Kedah untuk rujukan generasi akan datang.

This slideshow requires JavaScript.

Posted in News from Malaysian Libraries

Pelancaran Buku Hasil Karya Gurdial Singh

Oleh: Wan Ahmad Hanis b. Wan Yahya, Kumpulan Editor, Berita PPM  (Pustakawan PPAK)

 

“ Berputar Gasing Nampaknya Kemas,

Sampai Suasa Cantik Ketara,

Gurdial Singh Dari Telaga Emas,

Anak Jati Masyarakat Sejahtera,

Tabur Jasa Pertahan Negara, ”

 

Pada 27 April 2017 Sempena Majlis Sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia, Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah (PPAK) telah mengadakan pelancaran buku hasil karya Gurdial Singh. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Aminuddin bin Omar; Pengerusi Belia dan Sukan, Keseniaan dan Kebudayaan, Pembangunan Insan.

 

Lima set naskhah buku yang dilancarkan berkisarkan sejarah Malaysia. Diantara tajuk-tajuk buku tersebut ialah;

  1. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mua’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah Raja Berdaulat Negeri Kedah Darul Aman dan Raja Berjiwa Rakyat
  2. Yang Teramat Mulia Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah Bapa Kemerdekaan Tanah Melayu, Perdana Menteri Malaysia Pertama
  3. Rundingan Baling Liku-liku Merintis Kemerdekaan
  4. Kemerdekaan
  5. Sejarah Malaysia Pendudukan Jepun 1941-1945.

 

PPAK akan menyediakan bahan-bahan ini untuk kegunaan semua terutamannya masyarakat negeri Kedah.

This slideshow requires JavaScript.

Posted in Conference, Events, News from Malaysian Libraries

ICOL 2017

Prepared by ICOL Secretariat 2017, Hamzah Sendut Library 

The International Conference on Libraries (ICOL) is a conference that has been organized by Universiti Sains Malaysia (USM) Library since 2005. ICOL 2017 is held once every two years and is an opportunity to access the best information, discover new ideas and network with people in the profession. We are inviting potential presenters from various fields which include academia, industries and agencies to participate in the event. We believe that your contribution to this field is unparalleled and will be of great benefit for the profession. We are please to announce that the sixth installment of our conference will be held from 2 to 3 August 2017 at Vistana Hotel, Penang, with the theme “Towards Lean Libraries”. This conference is the best platform for information professionals from Malaysia and other countries to discuss the latest trends and developments in the field of librarianship and information science. It has also become one of the biggest events in the calendar of information professionals in Malaysia. The USM Library is therefore pleased to invite PPM members to participate in this conference.

For further information, please visit http://www.icol.usm.my and register your participation via the following link:

https://goo.gl/FsugUs

Thanks, we are very pleasure to meet you at Pulau Pinang!