About

Tuan/Puan yang dihormati,

  1. Berita PPM / PPM News adalah platform untuk menghebahkan sebarang bentuk berita  berkenaan dengan bidang Kepustakawanan di Malaysia kepada masyarakat umum dan Pustakawan antarabangsa.
  2. Berita PPM / PPM News kini dipaparkan dengan lebih tersusun, interaktif dan menarik dalam pelbagai  bentuk naskah sama ada:-
    • coretan peristiwa
    • rencana
    • ulasan ilmiah
    • ulasan buku
    • cerpen
    • laporan program atau;
    • kajian kes berkaitan dengan bidang Kepustakawanan.
  3. Bermula pada tahun 2016, sebarang bentuk berita berkaitan dengan Perpustakaan di seluruh Malaysia akan disiarkan secara terus melalui blog Berita PPM.
  4. PPM kini mengalu-alukan semua warga Perpustakaan supaya dapat menyumbang sebarang bentuk jenis makalah kepada PPM untuk dijadikan naskah berita dan makalah yang berinformatif.
  5. Sekiranya tuan/puan berminat, tuan/puan hanya perlu menghantar manuskrip  dalam bentuk fail Microsoft Word dengan pengisian format seperti berikut:-
    1. Had penulisan sesebuah artikel adalah 400 patah perkataan atau 3 muka surat.
    2. Memaparkan tajuk artikel, nama penulis, nama jawatan & nama organisasi.
    3. Memaparkan 3 kata kunci yang menceritakan topik manuskrip tersebut.
    4. Imej yang dilampirkan dalam sesebuah artikel hendaklah bersaiz tidak melebihi 500KB dan berformat JPEG.
    5. Senarai rujukan mengikut stail APA 6th.
    6. Klik untuk lihat contoh manuskrip.
  6. Hantarkan kepada Jawatankuasa Penerbitan Berita & Jurnal PPM melalui emel: publication@gmail.com dan Courtesy Copy (CC) kepada zawawitj@gmail.com
  7. Tuan/puan boleh hubungi kami untuk sebarang pertanyaan:

Jawatankuasa Penerbitan Berita & Jurnal PPM

 

Advertisements