Posted in Meeting, News from Malaysian Libraries

Mesyuarat Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Negeri (PAN) Se-Malaysia

Oleh : Bahagian Korporat dan Penerbitan, Perpustakaan Negeri Sabah

Perpustakaan Negeri Sabah (PNS) telah menjadi tuan rumah untuk Mesyuarat Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Negeri (PAN) Se-Malaysia, yang berlangsung di Bilik Mesyuarat, Perpustakaan Negeri Sabah pada 3 Ogos 2017. Puan Hajah Rashidah Haji Bolhassan, Ketua Pegawai Eksekutif, Pustaka Negeri Sarawak merangkap Pengerusi Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia (MPAM) telah mempengerusi mesyuarat. Mesyuarat telah dihadiri oleh sembilan orang ahli pengarah perpustakaan awam negeri dan wakil pengarah.

 

MPAM adalah sebuah badan yang mewakili perpustakaan awam negeri di seluruh Malaysia dan berperanan menganjurkan aktiviti serta program yang membentuk dan menggiatkan budaya membaca dikalangan masyarakat.

Antara agenda mesyuarat adalah perbincangan mengenai pengisian yang bakal diadakan termasuk pembentangan kertas kerja, poster dan pameran Malaysia Libraries sempena IFLA WLIC 2017 di Poland dan juga persediaan bagi IFLA WLIC 2018 di Kuala Lumpur. Program Gerakan Membaca turut dibincang dan lebih tertumpu pada penglibatan serta kerjasama pustakawan PBT seluruh Malaysia.

 

Agenda kemuncak mesyuarat tersebut ini ialah penyerahan bendera Sukan Perpustakaan Awam Se-Malaysia (SPASM) dari Pustaka Negeri Sarawak kepada Perpustakaan Kuala Lumpur selaku tuan rumah bagi SPASM ke-22 pada tahun ini. Penyerahan bendera telah disampaikan oleh Encik Wan Mazli Wan Razali, dari Pustaka Negeri Sarawak kepada Tuan Nasri Ahmad yang mewakili Pengarah Perpustakaan Kuala Lumpur disaksikan oleh Puan Hajah Rashidah Haji Bolhassan selaku Ketua Pegawai Eksekutif, Pustaka Negeri Sarawak dan semua yang hadir.

 

Advertisements
Posted in Meeting

Wan Mazli is the Malaysian Representative to the 1st Executive Board of APLiN (ASEAN Public Library Information Network)

The International Network of Emerging Library Innovators (INELI) – ASEAN – Mid-Way Meeting been convened on April 25-27, 2017 at the National Library of Indonesia Auditorium, Jakarta, Indonesia with the presence of representatives from Brunei Darussalam (BRN), Cambodia (KHM), Indonesia (IDN), Laos (LAO), Malaysia (MYS), Myanmar (MMR), Singapore (SGP), Thailand (THA), Viet Nam (VNM) and Philippines (PHL). The meeting elected the 1st Executive Board of APLiN (ASEAN Public Library Information Network).

A total of 9 delegates from 8 countries were elected except the President position. Oath of Office of the APLiN Executive Officers and Board for 2017-2020 was witnessed by NLP Director Cesar Gilbert Adriano.

 

THE 1ST ELECTED EXECUTIVE BOARD OF APLiN are :

  • Bless Velasco, President – Philippines
  • Wan Mazli Bin Wan Razali, Vice-President – Malaysia
  • Punnpa Suksakorn, Secretary – Thailand
  • Maria Vida Aparicio, Treasurer – Phillippines
  • Mao Kolap, Auditor – Cambodia
  • Dayangku Hajah Masdiana Pengiran Haji Damit , Public Relations Officer – Brunei
  • Irhamni Ali, Board of Director – Indonesia
  • Khanphathat Manotham, Board of Director – Viet Nam
  • Tran My Dung, Board of Director – Myanmar
  • Jennifer Dimasaca, Asst. Project Director, INELI-ASEAN
  • Xenia Romero, Asst. Project Director, INELI-ASEAN
  • Rhea Rowena Apolinario, Consultant, INELI-ASEAN

More about International Network of Emerging Library Innovators (INELI) – ASEAN, URI: http://ineli-asean.org/

Oath Ceremony of Office of the 1st APLiN Executive Officers and Board for 2017-2020
Left – Bless Velasco (President – Philippines), Wan Mazli Vin Wan Razali (Vice-President – Malaysia), Punnpa Suksakorn (Secretary – Thailand), Maria Vida Aparicio (Treasurer – Phillippines), Mao Kolap (Auditor – Cambodia), Dayangku Hajah Masdiana Pengiran Haji Damit (Public Relations Officer – Brunei), Irhamni Ali (Board of Director – Indonesia), Khanphathat Manotham (Board of Director – Vietnam), Tran My Dung (Board of Director – Myanmar), Jennifer Dimasaca (Asst. Project Director, INELI-ASEAN), Xenia Romero (Asst. Project Director, INELI-ASEAN) and Rhea Rowena Apolinario (Consultant, INELI-ASEAN)
Posted in Meeting, Membership, PPM

Perlembagaan (Pindaan) 1998 : MAJLIS

Oleh: Dr. Nor Edzan Che Nasir (Mantan Presiden Terkini PPM; Ketua Editor, Berita PPM)

Pengenalan

Fasal X Perlembagaan (Pindaan) 1998 PPM merujuk kepada Majlis. Fasal ini juga memperuntukkan Majlis sebagai satu badan pentadbir dan badan eksekutif yang dipertanggungjawab untuk mengurus PPM.

 

Komposisi

Ahli Majlis PPM dianggotai oleh Presiden; Naib Presiden Pertama atau Naib Presiden I; Naib Presiden Kedua atau Naib Presiden II; Bendahari Kehormat; enam orang Ahli Majlis yang dipilih dalam Mesyuarat Agung Tahunan (M.A.T.) secara undi rahsia; Setiausaha Kehormat yang dilantik oleh Presiden dari kalangan Ahli Majlis yang dipilih atau dari kalangan Ahli Profesional/Ahli Seumur Hidup; dan bekas Presiden yang terdahulu.

 

Majlis juga diberi kuasa untuk melantik satu hingga empat orang dari kalangan Ahli Profesional/Ahli Seumur Hidup untuk menjadi Ahli Majlis. Selain daripada itu, Majlis diberi kuasa untuk melantik Penolong Setiausaha Kehormat dan Penolong Bendahari Kehormat dari kalangan Ahli Majlis.

 

Kelayakan

Hanya Ahli Profesional/Ahli Seumur Hidup sahaja yang layak dipilih ke Majlis. Kesemua pemegang jawatan utama dan setiap pegawai yang menjalankan tugas eksekutif hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia.

 

Tempoh Jawatan

Kesemua Ahli Majlis memegang jawatan untuk tempoh dua tahun sahaja. Mereka boleh bertanding semula tetapi Presiden tidak boleh bertanding semula untuk jawatan Presiden lebih daripada dua penggal berturut-turut.

 

Kekosongan Jawatan

Jika berlaku mana-mana kekosongan jawatan dalam Majlis, Majlis diberi kuasa secara majoriti kecil untuk mengisi kekosongan tersebut. Walau bagaimanapun, jika berlaku kekosongan jawatan Presiden, Naib Presiden 1 akan memegang jawatan sebagai Pemangku Presiden sehingga jawatan ini dipertandingkan pada M.A.T. yang berikutnya.

 

Jika berlaku kekosongan jawatan Presiden dan Naib Presiden I secara serentak, Naib Presiden II akan memegang jawatan Pemangku Presiden. Jika berlaku kekosongan jawatan Presiden dan Naib-naib Presiden secara serentak, Majlis diberi kuasa untuk memilih Pemangku Presiden daripada kalangan Ahli Majlis.

 

Jika berlaku pembubaran keseluruhan Majlis kerana perletakan jawatan Ahli Majlis secara serentak, Mesyuarat Agung Luar Biasa (M.A.L.) hendaklah diadakan bagi pemilihan Majlis sementara untuk mengurus hal ehwal PPM sehingga M.A.T. yang berikutnya.

 

Mesyuarat

Majlis perlu mengadakan mesyuarat Majlis sekurang-kurangnya empat kali setahun dan notis empat belas hari perlu diberi kepada Ahli Majlis sebelum setiap mesyuarat. Walau bagaimana pun, Presiden boleh memanggil untuk mengadakan mesyuarat tergempar Majlis tanpa memberi sebarang notis.

 

Korum bagi kesemua mesyuarat Majlis hendaklah sekurang-kurangnya setengah dari  jumlah ahli Majlis. Mana-mana Ahli Majlis yang gagal menghadirkan diri dalam mesyuarat sebanyak dua kali berturut-turut tanpa alasan wajar, bolehlah disifatkan sebagai telah melepaskan jawatannya dalam Majlis.

 

Perkara yang dibangkitkan

Perkara yang dibangkitkan dalam Majlis akan diputuskan secara pengundian majoriti kecil dan Pengerusi boleh memberi undi pemutus.

 

Undang-undang kecil

Majlis juga diberi kuasa untuk membentuk undang-undang kecil dalam rangka kerja Perlembagaan. Majlis berkuasa untuk  memansuh, membatal, menarik balik atau mengubah mana-mana undang-undang kecil.

Majlis PPM : 2012/2014

 

Majlis PPM 2014/2016

 

Majlis 2016/2018
Posted in Meeting, News from Malaysian Libraries

Mesyuarat Ahli Lembaga Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (PPAP)

Oleh: Dr. Nor Edzan Che Nasir (Mantan Presiden Terkini PPM; Ketua Editor, Berita PPM)

 

Lembaga PPAP telah mengadakan mesyuarat ketiganya pada 1 Ogos 2017 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, PPAP di Kuantan, Pahang. Mesyuarat kali ini telah dipengerusi oleh YAB Dato’ Sri DiRaja Haji Adnan bin Haji Yaakob, Menteri Besar Pahang merangkap Pengerusi PPAP. PPM pula diwakili oleh Dr. Nor Edzan binti Che Nasir. Pelbagai perkara telah dibincangkan dan ahli Lembaga juga telah dibawa oleh Hajah Faridzah Jaafar, Pengarah PPAP, melawat sekitar perpustakaan yang akan dibuka kepada umum secara rasminya mulai 4 September 2017. Perpustakaan yang terletak di Jalan Kemunting, Kuantan ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan akan menjadi salah satu tarikan utama di sini.

ppap1
Sebahagian dari Ahli Lembaga PPAP bersama Pengerusi PPAP
Posted in KKPI, Meeting

LIBRARY INNOVATION TALK 2017

Oleh : Azman Abd. Rahim, Pengerusi Kumpulan Kerja Perpustakaan IPTS (KKPI)

 

Library Innovation Talk (LIT) 2017 telah diadakan pada 12 Julai 2017 dengan tema The Visibility and Invisibility of Information Institutions, Professionals and Resources dengan kerjasama Perpustakaan Tunku Azizah, Universiti Kuala Lumpur (UniKL). LIT kali keempat ini diadakan bersempena Mesyuarat Tahunan Kumpulan Kerja Perpustakaan IPTS (KKPI) dan dirasmikan oleh YBhg. Profesor Datuk Dr. Raduan Che Rose, Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Profesor Negara..

 

Empat kertas kerja yang dibentangkan menyentuh isu-isu visibiliti perpustakaan serta peranan perpustakaan pada masa kini iaitu:

  1. Library in Continuum : from obscure to obvious – Dr. Khasiah Zakaria, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan, Perpustakaan Universiti Teknologi MARA (UiTM).
  2. Open Access Repositories for visibility – Pn. Nur’Aini Abu Bakar, Ketua Bahagian Sokongan Penyelidikan, Perpustakaan Dar’ Al-Hikmah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
  3. The workflow-centric library services: curate-share-analyze in driving the usage of e-resources – Dr. Wong Woei Fuh, dari Consulting Innovative Education Service Pte. Ltd.
  4. ORCID for UniKL – Puan Pazilah Hamzah, Ketua Pustakawan, Perpustakaan Universiti Kuala Lumpur

 

Dipenghujung program, satu perbincangan khas telah di antara ahli KKPI dengan Dekan, Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM dan Wakil National Committee IFLA WLIC 2018.  

This slideshow requires JavaScript.

Posted in Meeting, PPM

Mesyuarat Kumpulan Perpustakaan Perubatan (MLG) bagi perancangan aktiviti-aktiviti 2017 dan 2018

 

Kumpulan Perpustakaan Perubatan (MLG), yang dipengerusikan oleh Encik Wan Suhaimi Ariffin, telah mengadakan mesyuarat pertamanya pada 15 Disember 2016 di Perpustakaan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), PPUKM.  Ahli jawatankuasa yang dilantik terdiri daripada wakil-wakil dari pelbagai institusi. Jawatankuasa yang dilantik adalah Jawatankuasa Promosi dan Keahlian, Sosial, Lawatan dan Kerjasama, Penerbitan Berita dan Laman Web MLG, Pembangunan Profesional, Khidmat Nasihat dan Masyarakat, Latihan serta Consortium PD,  Demo dan Runding Harga.

Mesyuarat diadakan bertujuan sebagai kesinambungan dan penyelarasan perancangan serta membincangkan aktiviti-aktiviti yang akan dianjurkan sepanjang 2017 dan 2018. Antara aktiviti yang telah dirancangkan adalah pengemaskinian keahlian MLG, pengendalian dan perancangan aktiviti sosial dan kemasyarakatan ahli MLG, penerbitan berita-berita berkaitan MLG, penetapan latihan-latihan yang sesuai untuk ahli MLG, penentuani kepakaran dalam  sesuatu subjek, penyediaan union list sumber elektronik serta pengemaskinian da penerbitan MEDICORE.

Pengerusi MLG bersama-sama ahli jawatankuasa yang dilantik bergambar kenangan sebelum memulakan mesyuarat

 

Posted in Events, Meeting, News from Malaysian Libraries

Bengkel Merekabentuk Perkhidmatan Perpustakaan Universiti Awam Sejajar Dengan Amanat Menteri Pendidikan Tinggi 2017

Oleh: Kumpulan Editor, Berita PPM

 

Majlis Ketua Pustakawan (MKP) telah bersetuju untuk melaksanakan penjajaran peranan dan fungsi perpustakaan Universiti Awam (UA) dalam menyokong usaha Kementerian Pendidikan Tinggi merekabentuk semula pendidikan tinggi di Malaysia. Hasilnya ialah penganjuran Bengkel Merekabentuk Perkhidmatan Perpustakaan Awam Sejajar Dengan Amanat Menteri Pendidikan Tinggi 2017 yang telah diadakan pada 10 April 2017 di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur.

 

Bengkel ini telah dihadiri oleh 23 orang Timbalan Ketua Pustakawan dari UA. Puan Noraziah Sharudin, Timbalan Ketua Pustakawan UTM telah mengendalikan bengkel satu hari ini dan antara perkara yang dibincangkan adalah:

  1. Redesigning Higher Education
  2. Massive Open Online Courses (MOOCS)
  3. Keserakanan dan Kesepunyaan
  4. Co-Curators of Knowledge
  5. Program Kepimpinan
  6. Pelaburan kerajaan – Penerbitan/Bilangan Harta Intelek /SitasiPenerbitan

 

Hasil dari bengkel ini akan dibentangkan kepada Majlis Ketua-ketua Pustakawan sebelum dibentangkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi.

This slideshow requires JavaScript.

 

 

Posted in Librarians, Malaysia, Meeting, News from Malaysian Libraries

Bengkel Keserakanan dan Kesepunyaan Bidang Data dan Maklumat

Oleh: Kumpulan Editor, Berita PPM

 

Bengkel Keserakanan dan Kesepunyaan Bidang Data dan Maklumat telah diadakan pada 19 dan 20 April 2017 di Perpustakaan Tun Abdul Razak, Universiti Teknologi MARA (UiTM). Bengkel ini telah dihadiri oleh ahli Majlis Ketua Pustakawan (MKP) beserta Timbalan Ketua Pustakawan Universiti Awam (UA).

 

Dalam ucapannya, Tuan Haji Salleh Hudin Mustafa selaku Pengerusi MKP, telah menjelaskan bahawa objektif utama bengkel adalah mengoptimumkan penggunaan data dan maklumat negara diperingkat kebangsaan dan antarabangsa seterusnya menjimatkan kos dalam pengurusan data dan maklumat, memantapkan tadbir urus data dan sumber maklumat secara lebih bersepadu, meningkatkan kerjasama perkongsian maklumat dan meningkatkan visibiliti bahan penerbitan universiti.

 

Bengkel selama dua hari ini telah diadakan secara perbincangan dalam kumpulan dan pembentangan. Hasil dari bengkel ini ialah Laporan Merekabentuk Perkhidmatan Perpustakaan Universiti Awam Sejajar Dengan Amanat Menteri Pendidikan Tinggi 2017 yang akan diperhalusi dan dibentangkan kepada ahli MKP untuk dipanjangkan kepada Menteri Pengajian Tinggi.

 

Bengkel ini juga diselitikan dengan ceramah oleh Dato’ Prof. Dr.Ahmad Mujahidin bin Ahmad Zaidi, Pengerusi Garis Panduan Kesepunyaan dan Keserakanan.

 

This slideshow requires JavaScript.

 

Posted in Meeting, PPM

Kearah Memperkasakan Pustakawan Dalam Pengurusan Ilmu di Malaysia

Oleh : Siti Khabsah Masrom, Kumpulan Editor, Berita PPM

 

Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) yang ke 61, bagi tahun 2016/2017 telah berlangsung dengan meriah pada 27 Mac 2017 bertempat di Auditorium, Universiti Islam Malaysia, Cyberjaya. Majlis perasmian mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Yang Bhg. Tan Sri Prof. Dr. Mohd Yusof Noor, Presiden Universiti Islam Malaysia.

Yang Bhg Tan Sri telah menyampaikan ucaptama perasmian sejurus selepas ucapan alu-aluan oleh Yang Bhg Dato’ Nafisah Binti Ahmad, selaku Presiden PPM. Majlis ini telah bermula sekitar jam 9:00 pagi dan dihadiri oleh lebih 250 orang ahli pustakawan dari berbagai institusi dan agensi seluruh negara.

Tema dan judul ucaptama mesyuarat kali ini adalah “Kearah Memperkasakan Pustakawan Dalam Pengurusan Ilmu di Malaysia”. Peranan pustakawan amat penting dalam membina generasi berilmu dan berpengetahuan tinggi. Selaras dengan itu profesion pustakawan amat perlu diperkasakan dari semasa ke semasa bagi memastikan kelestarian pustakawan agar “tidak lekang dek masa tak telan dek zaman”

Yang Bhg Tan Sri telah merakamkan ucapan tahniah kepada PPM kerana telah berjaya menyakinkan bidaan untuk penganjuran IFLA World Library and Information Congress ke-84 pada tahun 2018, di Malaysia.

Yang Bhg Tan Sri telah menyarankan bahawa pustakawan perlu memperkasakan konsep Keserakanan dan Kesepunyaan (K&K) yang telah diperkenalkan oleh YB Menteri Pendidikan Tinggi pada 18 Januari, 2017. Lima bidang terpenting yang diketengahkan adalah bidang perkongsian data dan maklumat.

Yang Bhg Tan Sri seterusnya telah berbesar hati menyampaikan hadiah kepada pemenang Anugerah Pingat Emas Pelajar Terbaik Sarjana Muda Sains Perpustakaan 2016 kepada Mohd Jeffri Abu Hassan (Universiti Selangor), Fadhilah Mat Noor (Universiti Teknologi MARA), Nur Ezzati M Taib (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) dan Goh Sok Boon (Universiti Malaya). Majlis telah selamat disempurnakan sekitar jam 10:30 pagi.

This slideshow requires JavaScript.

 

Posted in Conference, IFLA, Meeting, PPM

Program Kesedaran IFLA WILC : Sebuah Perkongsian PPM

Oleh: Kumpulan Editor, Berita PPM

Sempena Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) PPM pada 14 Disember 2016, PPM telah mengadakan forum khas berkaitan kesedaran IFLA dan kongres tahunan. Seramai enam (6) orang panel telah dijemput untuk berkongsi pengalaman menghadiri IFLA WLIC dan penglibatan dalam IFLA.

 

Sidang pertama yang dipengerusikan oleh Puan Puteri Saniah Megat Abd Rahman (mantan Ketua Pustakawan UKM) telah memperkenalkan tiga (3) orang panel iaitu Dato’ Zawiyah Baba, mantan Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia, Encik Mohammed Dzulkarnain Abd Karim, Ketua Pustakawan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dan Puan Hajah Mastura Muhamad, Pengarah, Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS). Dato’ Zawiyah telah menjelaskan berhubung pengalaman beliau menghadiri dan menyertai IFLA WLIC dan perjalanan IFLA WLIC . Encik Dzulkarnain menerangkan mengenai aktiviti-aktiviti yang diadakan semasa IFLA WLIC yang telah beberapa kali dihadiri. Menurut beliau Poster Session dan aktiviti kebudayaan banyak mengajar beliau untuk menghargai IFLA WLIC. Sementara Puan Hajah Mastura berkongsi penglibatan PPAS menyertai Poster Session di IFLA yang merupakan suatu pengalaman yang baik terutamanya untuk memperkenalkan PPAS dan Malaysia kepada dunia.

 

Pada sidang kedua pula Puan Rashidah Begum, Puan Maimunah Kadir dan Puan Chin Loy Jyoon menerangkan mengenai pengurusan IFLA dan perjalanan IFLA WLIC. Puan Rashidah banyak menyentuh berhubung tabdir urus IFLA itu sendiri. Sementara Puan Mainunah berkongsi pengalaman dalam pembidaan IFLA WILC selama tiga (3) kali oleh PPM, yang akhirnya Berjaya pada kali ketiga. Menurut beliau IFLA bergerak berdasarkan timeline untuk setiap program yang dijalankan. Jawatankuasa yang penting dalam IFLA adalah sukarelawan. Ini adalah kerana ia akan melancarkan program FILA dan komitmen padu sukarelawan amat diperlukan. Puan Chin pula menceritakan pengalaman Poster Session yang memberi impak kepada perpustakaan. Manakala Library Boulevard adalah sebaran maklumat berdasarkan poster untuk tambahan ilmu semua peserta yang hadir. Program Kesedaran IFLA ini sangat bermakna dan relevan terutamanya kepada ahli PPM yang belum pernah menghadiri kongres ini kerana PPM dan Malaysia bakal menganjurkan IFLA WLIC pada bulan Ogos 2018 nanti.

Layari rakaman video. URL: 

This slideshow requires JavaScript.