SEMAK KELAYAKAN MEMILIH AHLI MAJLIS PPM 2020 -2022

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,

Kepada
Ahli Persatuan Pustakawan Malaysia,

Dengan hormatnya merujuk perkara di atas.

Adalah dimaklumkan tuan/puan boleh menyemak kelayakan untuk memilih dan mengundi Ahli Majlis PPM 2020 – 2022 melalui pautan berikut, URL: http://www.ppm55.org/directory/.

Namun begitu, sekiranya nama tuan/puan tidak disenaraikan dalam direktori terbabit, tuan/puan diminta emel kepada pustakawan55@gmail.com untuk semakan semula.

Selain itu, penghantaran kertas undi telah pun dilaksanakan melalui emel sepenuhnya, namun, sekiranya tuan/puan tidak mendapat kertas undi, tuan/puan juga boleh menghubungi melalui emel kepada pustakawan55@gmail.com.

Untuk pengetahuan semua, kelayakan memilih dan mengundi hanya kepada kategori ahli seumur hidup dan ahli profesional yang aktif bagi tahun 2017 hingga 2020.

Sekian,

Terima kasih.

GARIS PANDUAN PENGOPERASIAN PUSAT SUMBER SEKOLAH PASCA PERATURAN KAWALAN PERGERAKAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Dato ‘/ Prof. / Dr. / Tuan / Puan,

Jawatankuasa Tetap Pusat Sumber Sekolah Persatuan Pustakawan Malaysia telah menyediakan Garis Panduan Pengoperasian Pusat Sumber Sekolah Pasca Peraturan Kawalan Pergerakan berdasarkan pengumuman Kerajaan Malaysia berkaitan dengan pandemik COVID-19. Diharapkan panduan tersebut dapat membantu Pusat Sumber Sekolah di seluruh negara membuat persediaan untuk operasi pasca-PKP. Perpustakaan boleh membuat penyesuaian berdasarkan keadaan dan keperluan organisasi / institusi.

Sekian, Terima Kasih.

MUAT TURUN PANDUAN (BAHASA MELAYU)

ASAS PENILAIAN MAKLUMAT

Oleh: Almanizam Bin Alias, Pustakawan Kanan Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah, Universiti Malaysia Terengganu

 

Ledakan teknologi maklumat menjadi satu anjakan baru kepada proses penyampaian dan perkongsian sesuatu maklumat pada masa kini. Penggunaan media sosial merupakan satu kaedah perkongsian maklumat yang popular dan terbuka tanpa sempadan telah mengubah cara komunikasi seluruh dunia pada masa kini. Perkembangan ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti kaedah komunikasi dan gaya hidup pada masa kini yang merupakan satu keperluan dalam menjalani kehidupan seharian. Perkembangan dan perubahan ini menurut Trilling and Fadel (2009) adalah: (a) dunia yang kecil, kerana dihubungkan oleh teknologi; (b) kemajuan dan pembangunan teknologi yang pantas (c) pertumbuhan ekonomi global yang mempengaruhi perubahan pekerjaan dan pendapatan; dan (d) kebolehan ekonomi untuk bersaing pada persaingan global.

Sumber: Google Image

Tidak ketinggalan juga penyebaran maklumat berkenaan wabak Covid-19 di negara kita. Umum mengetahui bahawa dunia telah dikejutkan dengan serangan wabak Covid-19. Hampir seluruh negara di dunia terjejas dengan penularan wabak ini. Begitu juga dengan negara kita. Kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac 2020 sehingga kini Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi mengekang penularan wabak ini. Semenjak itu jugalah penyebaran maklumat palsu berkenaan wabak ini sepantas penularannya sehingga kerajaan terpaksa mengenakan tindakan undang-undang bagi menangani perkara ini.

Persoalannya, sejauh manakah kebenaran atau kesahihan maklumat yang ditularkan di alam maya itu tepat dan mengapa ianya sering berlaku. Adakah penyebar mahu menjadi orang pertama yang menyampaikan sesuatu maklumat sehingga tidak menyelidik dahulu ketepatan maklumat yang ingin dikongsikan dan kesan daripada penyebaran maklumat tersebut.

Sumber: Astro Awani Junior

Apakah peranan kita sebagai pustakawan untuk memastikan maklumat-maklumat yang sentiasa tular sesuai untuk dijadikan rujukan terutamanya dalam pembelajaran di kalangan pelajar universiti. Bagaimana cara kita untuk mendidik pengguna untuk mendapatkan maklumat dari sumber-sumber yang sahih dan tepat. Ini kerana kebanyakkan pelajar lebih gemar mendapatkan maklumat dari sumber Google atau dari mana-mana website di internet kerana ianya begitu senang diperolehi berbanding dengan mencari maklumat dari platform yang sememangnya sahih dengan data-data dan kajian yang terperinci seperti pangkalan-pangkalan data yang dilanggan oleh pihak perpustakaan.

Walaubagaimanapun, tidak salah untuk mendapatkan maklumat bersumberkan dari internet atau media-media sosial. Namun ianya harus dinilai kesahihannya terlebih dahulu sebelum menerima maklumat tersebut sebagai rujukan. Ini adalah bertujuan bagi menjamin kesahihan sesuatu maklumat yang diperolehi dan maklumat yang disampaikan juga mestilah tepat dan benar agar dapat memberi manfaat kepada pihak lain pula.

Beberapa aspek perlu dinilai terlebih dahulu sebelum sesuatu maklumat yang diperolehi boleh dijadikan rujukan. Berikut adalah asas-asas dalam menilai sesuatu maklumat:

  1. Fakta atau Pendapat

Fakta merupakan suatu maklumat yang tepat, sahih dan benar berdasarkan kepada kajian yang dijalankan secara ilmiah atau saintifik. Manakala pendapat pula merujuk kepada pandangan seseorang atau pihak dalam sesuatu bidang perkara dan ianya tidak semestinya tepat. Oleh itu, kita perlu membuat perbandingan antara fakta dan pendapat dalam menilai sesuatu perkara.

 

  1. Tahun Penerbitan dan Penanggungjawab

Maklumat-maklumat terkini perlu diperolehi daripada bahan-bahan maklumat yang terbaharu. Bagi menilai sama ada maklumat yang diperolehi adakah terkini, kita boleh menyemak tarikh penerbitan bahan tersebut dan daripada mana maklumat tersebut didapati. Penanggungjawab berperanan penting untuk mengetahui asal-usul maklumat yang telah diperolehi dan untuk menilai sama ada maklumat tersebut boleh dipercayai atau sebaliknya. Bagi menentukan kesahihan sesuatu maklumat yang diperolehi, kita boleh menyemak melalui perkara-perkara seperti berikut:

Siapakah penulis sesuatu artikel berkenaan?

Apakah kelayakan akademik penulis artikel tersebut?

Adakah pengarang tersebut adalah seorang pakar dalam bidang yang ditulisnya?

Apakah artikel-artikel lain yang pernah dihasilkan oleh pengarang tersebut?

  1. Bahan popular dan akademik

Bahan-bahan popular sering memaparkan maklumat yang berbentuk pendapat dan kurang fakta jika berbanding dengan bahan-bahan akademik. Ini kerana bahan popular cenderung kepada publisiti dalam melariskan bahan mereka. Berbeza dengan maklumat yang diperolehi daripada bahan-bahan akademik yang dijalankan secara ilmiah, pengumpulan data secara formal dan berobjektif, setiap pandangan disokong oleh bukti, penyampaian secara sistematik dan yang paling penting tidak bersifat emosional.

Sumber: Astro Awani Junior
  1. Kumpulan Sasaran

Artikel, kertas kerja atau kertas cadangan kebiasaannya dihasilkan untuk kumpulan sasaran yang tertentu. Oleh itu, adalah penting bagi kita untuk menyemak sama ada kita berada dalam kumpulan sasaran atau tidak dalam maklumat yang diperolehi. Ini kerana tidak semua maklumat yang kita dapati boleh dijadikan rujukan. Ianya bergantung kepada tujuan sesuatu maklumat itu dijadikan rujukan.

 

Selain daripada asas-asas menilai sesuatu maklumat yang dinyatakan di atas, kita juga boleh merujuk kepada cara untuk menyemak fakta atau maklumat yang diperolehi daripada internet seperti yang dinyatakan oleh jurulatih semak fakta daripada United Kingdom, Pengasas dan CEO FATHM Fergus Bell. Beliau menyatakan:

  1. Menilai kebolehpercayaan sumber. Tanya diri sendiri jika terdapat rekod untuk dinilai.
  2. Semak maklumat itu di Google. Cari ruangan untuk semak fakta dan lihat keseluruhan halaman untuk mengesahkannya.
  3. Lihat pada “flag”, jika ada seseorang telah memaparkan kepalsuan berita atau kandungan itu
  4. Baca isi kandungan, lakukan semakan dengan segera. Sentiasa fikir dahulu sebelum kongsi maklumat itu
  5. Jika ia adalah imej, lihat imej. Sebagai contoh, jalankan carian imej menerusi ‘google image reverse’ (tool untuk semak imej)
  6. Semak alamat pautan. Untuk mendapatkan kepastian, periksa siapa pemilik tapak itu, sama ada ia meragukan menerusi ‘who.is’ (tool dalam talian untuk memeriksa pemilik laman web tersebut)

Sememangnya kemampuan untuk mengumpul, memproses, mencari, mencapai dan mengagihkan maklumat yang sahih dan benar merupakan satu cabaran dalam mengurus maklumat dalam era maklumat dihujung jari pada masa kini. Ini kerana golongan pelajar merupakan antara golongan yang terdedah dengan limpahan maklumat dari media-media elektronik. Menjadi tanggungjawab kita untuk meningkat kesedaran pengguna kita tentang kepentingan memastikan kesahihan sesuatu maklumat. Selain daripada itu penelitian setiap maklumat yang diterima juga perlu diselidiki dan diperhalusi asas kebenarannya ini kerana pengguna yang bermaklumat dapat mengendalikan maklumat dengan bijaksana.

 

Rujukan

Akta Kebebasan Maklumat pastikan kesahihan sumber. (2018). BERNAMA. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/12/504696/akta-kebebasan-maklumat-pastikan-kesahihan-sumber

Globalisasi, P., Shari, M. I., Harshita, M., & Haroon, A. (2000). Globalisasi Dan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi ( Ict ): Impak Sosial Kepada Masyarakat Malaysia Ismahalil Ishak. 2004, 1–20.

Hopkins, R. L. (1995). Countering Information Overload: The Role of the Librarian. The Reference Librarian, 23(49–50), 305–333. https://doi.org/10.1300/J120v23n49_21

McAskill, W. (2008). Information Literacy: The Leadership Role of the Academic Librarian. College Quarterly, 11(1), 1–15.

Nychiuyee. (n.d.). Kemahiran Belajar. https://nychiuyee.wordpress.com/2018/09/21/bab-6-kemahiran-memproses-maklumat/

Rosmin, R. R. (2020). Semak kesahihan maklumat: Cara melakukannya. SelangorKini. https://selangorkini.my/2020/03/semak-kesahihan-maklumat-cara-melakukannya/

Trilling, B., & Fadel, C. (2009). 21st century skills: Learning for life in our times. In 21st century skills: Learning for life in our times. Jossey-Bass.

INVITATION TO ONLINE CONFERENCE TALK: HOW TO GET PUBLISHED AND BE VISIBLE

Assalamualaikum wbt and very good day

Dear Prof./Assoc. Prof./Dr./Mr./Mrs/Ms,

INVITATION TO ONLINE CONFERENCE TALK: HOW TO GET PUBLISHED AND BE VISIBLE

We are pleased to inform that, Knowledge Management Centre (KMC) UNITAR, Kumpulan Kerja Perpustakaan IPTS (KKPI), and ies Research will collaborate to conduct an Online Conference Talk: “How to get published and be Visible”.

Details of the conference:

Date: 17th June 2020
Time: 3.00 pm – 5.00 pm
Platform: Microsoft Teams (Registration is required)
Presenter: Yuvarani Nair

FREE Sign Up: https://forms.gle/uXM3WxyY7UQfZjiL8
(Session limited to 100 participants)

Session highlights:
1. Publishing Strategy through Bibliometric Analysis
2. Plain Language Summary & Impact Writing Style
3. Graphical Abstract & Video Bytes
4. Research Outreach & Social Media

If you have further questions, please email secretariat at libref@unitar.my. Thank you.

Regards,

Secretariat
Knowledge Management Centre, UNITAR
Kumpulan Kerja Perpustakaan IPTS (KKPI)

NORMAL BAHARU DALAM PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN

Sumber: http://ipgkrm-library.blogspot.com/2020/06/normal-baharu-dalam-perkhidmatan.html

 

Oleh: Mohamad Fadzili bin Baharin

Kini kita telah memasuki fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang dijangka merupakan fasa terakhir dalam kaedah pengawalan pandemik Covid-19. Setelah mengharungi fasa-fasa pkp yang terdahulu sejak 18 mac 2020, kita telah melihat berlaku perubahan yang drastik dalam rutin harian kita sebagai pekerja, pelajar mahupun individu yang tidak bekerja seperti surirumah dan kanak-kanak. Pandemik Covid-19 telah mempengaruhi kehidupan, rutin dan normalisasi masyarakat global.

Perkhidmatan perpustakaan seluruh dunia juga terkesan dengan situasi semasa. Kesemua perkhidmatan bersemuka telah ditutup sepenuhnya dalam mengawal jangkitan Covid-19. IFLA (The International Federation of Library Associations and Institutions) selaku badan antarabangsa  yang mewakili perkhidmatan dan pengguna perpustakaan turut mengemaskini maklumat dan idea secara berterusan dalam membantu perpustakaan dan pengguna menghadapi pandemik Covid-19. Antara yang menjadi kunci utama dan disarankan oleh IFLA adalah megenai keselamatan di tempat kerja iaitu perpustakaan. Setelah memasuki fasa pemulihan, IFLA (2020) turut mencadangkan pembukaan semula perkhidmatan perpustakaan secara fizikal mengikut kaedah dan prosedur yang mengutamakan kesihatan petugas dan pengguna perpustakaan.

Semasa fasa PKP dilaksanakan di Malaysia, kecenderungan pemilihan bahan bacaan lebih kepada bahan berbentuk digital. Ini adalah termasuk penggunaan ‘e-book’ (eBuku), ‘audio-book’ (buku audio), dan bahan akses terbuka di internet. Pengguna memilih untuk menggunakan perkhidmatan digital sebagai alternatif kepada bahan fizikal. Populariti bahan digital pada masa ini telah mendahului kepentingan bahan fizikal.

Walaupun sebelum ini terdapat perkhidmatan bahan bacaan dan rujukan berbentuk elektronik, tetapi kebergantungan pengguna kepada perkhidmatan bersemuka adalah lebih jelas. Majoriti pengguna masih memerlukan buku dan bahan rujukan berbentuk fizikal. Terdapat kajian yang telah membuktikan keperluan buku fizikal adalah lebih tinggi berbanding eBuku. Kajian oleh Naomi Baaron (2017) sebagai contoh telah menjelaskan dalam kajiannya 92% daripada pelajar memilih untuk membuat  rujukan dengan menggunakan buku fizikal.  Kajian beliau menjelaskan bahawa pembaca akan lebih memberikan tumpuan dalam kaedah membuat rujukan dan ulangkaji.

Perkhidmatan perpustakaan juga tidak lari dari menerima kesan dalam perubahan rutin normal. Jika sebelum ini perkhidmatan perpustakaan kebiasaannya adalah perkhidmatan secara bersemuka kini berubah kepada normal baharu. Selama lebih dari 3 bulan kita keluar dari rutin normal yang terdahulu kini kita perlu meletakkan normal baharu sebagai rutin kehidupan seharian. Normal baharu dalam perkhidmatan perpustakaan perlu diterapkan dalam fasa pemulihan ini bagi memastikan perkhidmatan bersemuka secara kawalan dapat dilaksanakan.

Apakah yang dimaksudkan dengan normal baharu dalam perkhidmatan perpustakaan?

  1. Perkhidmatan bahan bacaan dan rujukan atas talian.

Kita akui bahawa agensi-agensi berkaitan seperti Perpustakaan Negara Malaysia, Perpustakaan Akademik dan Perpustakaan Agensi telah giat mempromosikan penggunaan buku elektronik dan platform-platform untuk mengakses bahan-bahan rujukan lain berbentuk atas talian. Kaedah mengakses bahan bacaan dan rujukan secara atas talian telah mendapat sambutan yang baik dan berjaya mengambil alih bahan bacaan fizikal semasa pandemik Covid-19. Kesemua usaha ini amat jelas sebagai alternatif terbaik yang ditawarkan dalam perkhidmatan perpustakaan untuk mengakses bahan bacaan semasa pandemik Covid-19 melanda seluruh dunia.

  1. Perkhidmatan perpustakaan fizikal dengan SOP

Normal baharu dalam perkhidmatan perpustakaan lebih berfokus kepada perkhidmatan berbentuk elektronik seperti penggunaan eBuku dan sebagainya. Namun begitu, setelah kita memasuki fasa pemulihan seharusnya perkhidmatan fizikal telah mula dibuka secara berperingkat. Prosedur Operasi Standard (SOP) yang disediakan oleh pihak berwajib boleh dilaksanakan sebagai kawalan untuk membuka perkhidmatan fizikal kepada pengguna perpustakaan.

  1. Perkhidmatan peminjaman dan pemulangan buku pintu ke pintu

Perpustakaan perlu lebih proaktif dengan perkhidmatan berinovasi yang boleh menggantikan kaedah lama dan digantikan dengan normal baharu yang lebih fleksibel dan pada masa yang sama dapat mengawal pergerakan pengguna. Inilah masa yang terbaik mempraktikkan kaedah peminjaman dan pemulangan buku dari pintu ke pintu. Pelbagai kaedah boleh dilaksanankan sama ada menggunakan perisian, aplikasi mobil dan emel ataupun secara manual melalui panggilan telefon.

  1. Perkhidmatan khidmat nasihat bahan bacaan dan rujukan

Sudah sampai masanya perpustakaan menjadikan normal baharu ini sebagai pemangkin untuk menonjolkan kemahiran dan kepakaran kakitangan perpustakaan untuk membekalkan bahan bacaan dan rujukan kepada pengguna. Pelbagai medium dan kaedah boleh digunakan untuk perkhidmatan ini dapat dilaksanakan. Aktiviti promosi perlu dibuat bagi memastikan perkhidmatan ini diketahui oleh pengguna.

Normal baharu adalah penting dan perlu dilaksanakan semasa fasa pemulihan dan fasa pasca Covid19.  Inilah masa yang paling sesuai untuk menjadikan normal baharu sebagai rutin dalam penyediaan perkhidmatan. Perkhidmatan perpustakaan tetap relevan untuk memenuhi keperluan pengguna tidak kira perkhidmatan bersemuka ataupun pembekalan bahan digital.

Rujukan:

Astroawani.com. 2020. COVID-19: Perpustakaan Negara Tawar 13.2 Juta Bahan Bacaan Digital Secara Percuma. [online] Available at: <http://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid-19-perpustakaan-negara-tawar-13-2-juta-bahan-bacaan-digital-secara-percuma-234173&gt; [Retrieved June 9, 2020].

IFLA (2020). COVID-19 and the Global Library Field. [Online] Available at: <https://www.ifla.org/covid-19-and-libraries&gt; [Retrieved June 8, 2020].

Naomi, B. S. (2017). Attending to reading in a digital age [PDF].