MAJLIS PRA PELANCARAN IFLA WLIC 2018

Oleh: Ali bin Rashid, Timbalan Pengarah, Bahagian Pinjaman PNM; Ahli Majlis PPM 2018-2020  dan Dr. Nor Edzan Che Nasir, Ahli Majlis PPM 2018-2020

 

Majlis Pra Pelancaran IFLA WLIC 2018 telah diadakan pada 14 Ogos 2018 bertempat di Dewan Banquet, Parlimen Malaysia. Majlis yang telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Muhammaddin Ketapi, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia turut disertai oleh Yang Berbahagia Datuk Rashidi Hasbullah, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia; Yang Berusaha Cik Saraya Arbi, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia; Yang Berbahagia Dato’ Nafisah Ahmad, Ketua Pengarah PNM dan Yang Berbahagia Dato’ Dr. Zaiton Osman selaku Pengerusi Bersama Jawatankuasa Kebangsaan IFLA WLIC 2018.

 

Majlis Pra Pelancaran IFLA WLIC 2018

 

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia

 

Majlis ini diadakan bagi tujuan mempromosi penganjuran IFLA WLIC 2018 yang akan berlangsung dari 24 hingga 20 Ogos 2018 di KLCC.

Menteri dan KSU Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia bersama Pengarah PNM dan Pengerusi Bersama Jawatankuasa Kebangsaan IFLA WLIC 2018

 

Dalam sesi kenyataan akhbar bersama media, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia menyeru semua pustakawan dan pakar maklumat untuk menyertai serta menjayakan Kongres yang julung kalinya diadakan di Malaysia. Kongres yang akan berlangsung selama tujuh hari ini bakal menyaksikan penyertaan lebih 3,000 orang peserta dari 140 negara, 250 sesi pembentangan kertas kerja, lebih daripada 100 pembentangan poster lebih dari 70 pempamer dan lebih daripada 115 poster dipamer di Library Boulevard.

 

Sebahagian daripada Ahli Jawatankuasa Kebangsaan IFLA WLIC 2018 bersama Menteri dan KSU Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia

 

Majlis diteruskan dengan Mesyuarat Jawatankuasa Kebangsaan IFLA WLIC 2018 yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia.

(Foto dari Maimunah Kadir, Wan Yuhaimisham Wan Yusoff dan Dato’ Nafisah Ahmad)

 

 

 

Leave a comment