IFLA WLIC KUALA LUMPUR: PANDUAN UNTUK PENGALAMAN YANG MENARIK DAN BERMAKNA

Oleh: Nurul Anisah Binti Mohamed Sultan, Pustakawan, Kolej DISTED, Pulau Pinang

 

Menghadiri persidangan buat pertama kali adalah pengalaman yang mengujakan. Apatah lagi  persidangan tersebut akan diadakan di Kuala Lumpur dan dihadiri oleh lebih daripada 3,000 orang delegasi dari lebih 102 buah negara termasuk Malaysia. Peserta dapat bersemuka dan berkenalan dengan seramai yang boleh dan seterusnya mewujud jaringan dengan peserta yang datang dari pelbagai latar belakang dan negara. Berdasarkan perbincangan saya bersama pustakawan yang berpengalaman dan biasa menghadiri persidangan ini, saya akan kongsikan beberapa tips atau panduan yang boleh membantu anda mendapat manfaat yang sepenuhnya dan penyertaan anda berjalan dengan lancar.

 

  1. KONGRES DI HUJUNG JARI ANDA : MUAT TURUN APLIKASI
Muat turun Aplikasi WLIC 2018

Muat turun aplikasi WLIC 2018 dari Apple Store bagi pengguna iPhone dan Google Play bagi pengguna Android. Aplikasi mudah alih ini tersedia untuk semua peserta IFLA WLIC 2018. Ia direka khas untuk membantu anda merancang dan menyelaras jadual waktu peribadi anda. Pengguna aplikasi boleh melayari Program Kongres, mencari sesi dan bilik mesyuarat, lokasi pameran melalui peta, berhubung dengan perwakilan lain dan banyak lagi. Anda juga boleh menulis komen dan melihat komen terkini mengenai IFLA WLIC 2018 di Twitter, Facebook dan Flickr. Program lengkap juga terdapat di laman sesawang https://2018.ifla.org

 

  1. MENELITI PROGRAM SEBELUM PERSIDANGAN

Terdapat lebih daripada 200 sesi serentak meliputi lebih dari 600 pembentangan. Pilih program yang bersesuaian dengan minat, bidang dan kepakaran anda. Anda perlu jelas mengenai apa yang anda ingin capai semasa dan selepas menghadiri persidangan ini. Berikut adalah cadangan beberapa sesi yang menarik untuk dihadiri bagi peserta kali pertama dan juga peserta lama.

 

 

Tarikh: 25 Ogos (Sabtu)

  1. Newcomers session

(Sesi 068, Lokasi: Ballroom 1,  Masa: 08:30-10.00)

Sesi ini menawarkan pengenalan ringkas kepada aspek Kongres dan IFLA sebagai     sebuah organisasi. Sesi Pendatang Baru adalah penting dan peserta “Newcomers” digalakkan menghadiri sesi ini.

 

  1. Opening ceremony

(Sesi 069, Lokasi: Plenary Hall, Masa: 10:30-12.00)

Acara pembukaan yang akan menampil yang terbaik dari Malaysia termasuk ucapan khas dari YAB Perdana Menteri Malaysia.

 

Tarikh: 26 Ogos (Ahad)

  1. Motors of Change: Changing Ourselves to Change Our World – IFLA: President’s Session (SI) (Sesi 091, Lokasi: Plenary Hall, Masa: 9:30- 12.00)

Sesi bersama Presiden IFLA mengenai persediaan perpustakaan dalam menghadapi trend terkini dan cabaran globalisasi. Peserta juga diberi peluang untuk memberi input.

 

Tarikh: 27 Ogos (Isnin)

  1. Librarian Fashion: What does the way we dress say about us? – New Professionals, Management of Library Associations and Public Libraries (Sesi 142, Lokasi: :Conference Hall 1/2, Masa: 9:30-11:30)

Membincang mengenai penampilan pustakawan dan pandangan serta penilaian masyarakat terhadap fesyen pustakawan.

 

Tarikh: 29 Ogos (Rabu)

  1. Closing ceremony

(Sesi 249, Lokasi: Plenary Hall,  Masa: 16:15-17:30)

Acara penutup serta pengumuman tuan rumah bagi IFLA WLIC 2020.

 

  1. MENGHADIRI CULTURAL EVENING

(Tarikh: 27 Ogos (Isnin), Masa: 19:00 hingga 24:00, Lokasi: WOW KL/MaTic)

Peluang untuk menikmati makanan dan budaya tempatan serta berinteraksi dalam suasana santai dengan peserta lain.

 

  1. MELAWAT TRADE EXHIBITION

(Tarikh: 26 Ogos hingga 28 Ogos (Ahad – Selasa), Lokasi: Exhibition Hall 1 & 2)

Pameran produk dan perkhidmatan perpustakaan. Peluang yang baik   mengunjungi  ke booth-booth pameran dan berbual dengan pembekal. Sekiranya anda bertuah anda berpeluang mendapat percuma cenderahati seperti beg, pen dan lain-lain.

 

  1. MELAWAT POSTER SESSION

(Tarikh: 25  hingga 27 Ogos (Sabtu – Ahad), Lokasi: Exhibition Halls 1 & 2)

Terdapat lebih kurang 122 poster dari seluruh negara yang membincangkan inisiatif dan projek yang

berkesan.

 

  1. MELAWAT LIBRARY BOULEVARD

(Tarikh: 26 Ogos hingga 30 Ogos (Ahad – Khamis), Masa: 10:00 pg-17:30 ptg)

Pameran sebanyak 110 buah poster yang memberi peluang kepada perpustakaan tempatan untuk meningkat kesedaran serta melihat impak produk dan perkhidmatan perpustakaan mereka ke atas pembangunan Malaysia.

 

  1. MENGGUNAKAN MEDIA SOSIAL SEBAGAI PLATFORM BERKONGSI PENGALAMAN Bagi pustakawan yang aktif dalam media sosial melalui Facebook, Twitter, Instagram, dan  Whatsapp, mohon guna hashtag #WLIC2018 umtuk perkongsian maklumat dan pengalaman.

 

  1. MENDAFTAR UNTUK LAWATAN PERPUSTAKAAN

Jangan lupa untuk mendaftar bagi lawatan ke perpustakaan tempatan. Pilih yang mana sesuai dengan minat anda.

 

Akhir sekali, pengurusan masa yang bijak amat penting supaya dapat menghadiri program yang diminati secara terancang. Anda juga akan diberi beg Kongres yang unik dari Malaysia semasa mendaftar.

Beg tenun Pihan untuk peserta Kongres
(Gambar dari Ghazali Mohd Fadzil)

Untuk makluman semua, tidak terdapat masa yang ditetapkan untuk makan pagi, tengah hari dan petang. Anda perlu mengurus waktu makan minum serta urusan peribadi. Marilah kita bersama-sama memeriahkan lagi Kongres kali ini.

 

KITA BERJUMPA DI IFLA WLIC 2018

Leave a comment