IFLA Global Vision Update

Oleh: Kumpulan Editor, Berita PPM

Puan Chin Loy Jyoon selaku Naib Presiden II PPM, telah memberi penerangan tentang IFLA Global Vision semasa Persidangan Perpustakaaam Se-Malaysia 2017. Beliau terlebih dahulu menjelaskan tentang 17 matlamat yang termaktub dalam pembangunan mampan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) atau United Nations.

Perpustakaan juga tidak terkecuali untuk meneruskan pembangunan selari dengan pelan tindakan PBB tersebut. Walaupun tidak semuanya berkaitan secara langsung dengan perpustakaan, namun ia menjadi satu penanda aras yang boleh digunakan untuk membentuk konsep perpustakaan masa depan sesuai dengan era Revolusi Perindustrian Keempat dan keperluan pelan Transformasi Negara 2050 (TN50) yang hendak dicapai.

Beliau juga menyeru semua pustakawan, warga kerja perpustakaan dan ahli-ahli kesarjanaan bidang Sains Perpustakaan mengambil bahagian untuk menjawab semua soalan soal selidik IFLA Global Vision untuk menyampaikan maklumbalas masyarakat tentang peranan yang sepatutnya dimain oleh perpustakaan di negara masing-masing pada masa depan. Penyertaan ini penting bagi menyatakan sokongan kita terhadap konsep perpustakaan bersatu atau united library.

Ahli-ahli Majlis PPM Penggal 2016-2018 menyeru warga kerja Perpustakaan & ahli-ahli kersarjanaan bidang Sains Perpustakaan memberi sokongan gerak kerja IFLA Global Vision
Encik Azman Hashim, Ketua Pustakawan Universiti Malaysia Kelantan turut bersama menyokong gerak kerja IFLA Global Vision
Pelajar Fakulti Pengajian Maklumat, UiTM turut tidak ketinggalan menyahut seruan menyokong gerak kerja IFLA Global Vision