Posted in Meeting, PPM

Wong Vui Yin Pengerusi PPM Kumpulan Sabah 2016/2018

Oleh: Kumpulan Editor, Berita PPM

 

Dalam Mesyuarat Tahunan PPM Kumpulan Sabah yang diadakan pada 1 Jun 2016 di Dewan Matakin Aras 2, Perpustakaan Negeri Sabah (PNS), Encik Wong Vui Yin telah dilantik sebagai Pengerusi PPM Kumpulan Sabah 2016/2018. Encik Wong yang merupakan Pengarah PNS telah diberi mandat untuk menerajui PPM Kumpulan Sabah. Dalam ucapannya beliau menyatakan akan berusaha untuk meningkatkan PPM di Sabah selain dari menerus dan mengadakan aktiviti yang dapat merapatkan hubungan di antara pustakawan dan perpustakaan di negeri ini. Beliau juga berharap program seperti Kembara Merdeka dapat diteruskan dan diangkat sebagai aktiviti di peringkat negeri.

slide1

Jawatankuasa baharu PPM Kumpulan Sabah kali ini menampilkan ramai wajah baharu yang terdiri dari:

 

Pengerusi                          : Wong Vui Yin (PNS)

Setiausaha                        : Fiona C. J. Jonioh (PNS)

Bendahari                         : Md. Kamil Abdullah (UMS)

Ketua Biro

  1. Biro Pendidikan : Antonia P. Sani (PNS)
  2. Biro Pendidikan : Chung Fon Mee (PNS)
  3. Biro ICT) : Sherylyn Selvester Sipining (UCSF)
  4. Biro Perhubungan : Korporat Haritah Tanaisus (PNS)
  5. Biro Penerbitan : Tajuddin Atin (UMS)
  6. Biro Sosial dan Rekreasi : Md. Sazali Md. Salleh (UMS)
  7. Biro Khidmat Masyarakat : Siti Rinawaty Ag. Ali (Inti College)

 

Jawatankuasa terdahulu dan semua pustakawan di Sabah akan bersama-sama berganding bahu untuk membantu mengerakkan PPM di Sabah untuk kepentingan semua.

This slideshow requires JavaScript.

Advertisements