Posted in Charity, Librarians, Malaysia, News from Malaysian Libraries

Wakaf Buku oleh Bank Islam

Oleh : Shahizan Affandi Zakaria, Pemangku Pengarah, Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah

 

Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) ialah sebuah institusi perbankan yang berasaskan syariah yang pertama di Malaysia dan ia memainkan peranan utama dalam pembangunan industri tersebut. Penubuhan rangkaian perbankan ini yang merangkumi lebih dari 145 cawangan di seluruh negara tidak menghalang organisasi tersebut untuk menjalankan tanggungjawab sosialnya. BIMB telah mengambil inisiatif untuk menyebarkan maklumat kepada masyarakat mengenai perbankan dan kewangan Islam melalui Wakaf Buku.

Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah adalah perpustakaan awam negeri yang pertama dipilih untuk menjayakan program tersebut. Sebanyak 48 buah judul buku terbitan IBFIM Publications berkaitan perbankan dan kewangan Islam telah disumbang melalui Wakaf Buku berkenaan. Antara  judul-judul buku yang diwakafkan ialah Shariah Audit in Islamic Finance, Islamic Investment Planning, Understanding SUKUK, Risk Management in Islamic Financial Institutions dan Pengurusan Harta Pusaka dalam Fiqh Syafi’i.

Penyerahan buku-buku tersebut telah dilakukan oleh Encik Ahmad Fauzi bin Mohd Khir, Pengurus Pejabat Wilayah, Kawasan Utara kepada Encik Shahizan Affandi bin Zakaria, Pemangku Pengarah, Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah pada 24 November 2016 yang lalu. Majlis ini juga dihadiri oleh pegawai-pegawai dari BIMB Kawasan Utara dan Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah sendiri.

This slideshow requires JavaScript.