Pesta Buku UPSI 2017 Berlangsung Meriah

Oleh : Noriha Muhammad, Timbalan Ketua Pustakawan, Perpustakaan Tuanku Bainun

Pesta Buku UPSI kali ke-15 telah berlangsung dari 27 – 30 September 2017 bertempat di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, UPSI. Waktu beroperasi adalah dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang. Masuk adalah percuma.

Pesta Buku UPSI merupakan sebuah acara tahunan yang dianjurkan oleh Perpustakaan Tuanku Bainun dengan kerjasama Pejabat Karang Mengarang, UPSI.

Pesta Buku UPSI kali ini telah berjaya menarik penyertaan 65% ahli MAPIM yang terdiri daripada penerbit Universiti, Kolej Universiti dan ITBM. Kejayaan mengumpulkan penerbit buku-buku ilmiah Malaysia ini banyak memberi kemudahan kepada pengunjung terutama pelajar dan pensyarah mendapatkan buku dengan potongan harga yang menarik.

Pesta Buku UPSI untuk tempoh lima tahun berturut-turut telah berjaya menarik ramai pengunjung menjadikan ianya pilihan para pempamer untuk turut serta berkampung di UPSI selama 4 hari. Tahun ini jumlah pengunjung yang mencapai 4,512 orang menjadikan Pesta Buku UPSI berlangsung meriah.

Sejumlah 30 pempamer terdiri daripada penerbit, pembekal dan penulis telah memberi kerjasama yang baik sepanjang pesta buku berlangsung. Pengunjung Pesta Buku UPSI berpeluang memilih pelbagai jenis buku terbitan terbaharu dari dalam dan luar negara dari pelbagai bidang. Pelbagai aktiviti turut disajikan setiap hari sepanjang berlangsungnya Pesta Buku UPSI yang telah memberi impak kepada pengunjung. Setiap aktiviti dirancang untuk pelbagai golongan sasaraniaitu kanak-kanak, ibu bapa, pelajar, kakitangan dan orang awam. Kehadiran vblogger terkenal, Mat Luthfi pada Pesta Buku UPSI kali ke 15/2017 ini menambahkan kemeriahan suasana.

Program Bedah Buku “ The Fourth Industrial Revolition” dikendalikan oleh Personaliti TV terkenal Tuan Sayed Munawar bin Sayed Mohd Mustar mencabar minda pengunjung .
Pelajar gembira mendapat buku kursus yang diperlukan
Pengunjung di Pesta Buku UPSI kali ke-15/2017
Aktiviti yang disajikan setiap hari berlangsungnya Pesta Buku UPSI
Personaliti yang mewarnai aktiviti sepanjang Pesta Buku UPSI 2017