Posted in Events

Keceriaan Aidilfitri di PPM

Oleh : Ali Rashid

 

Program Jamuan Raya PPM merupakan satu program tahunan bagi menyemarakkan lagi sambutan Hari Raya yang disambut pada setiap bulan Syawal. Ceria Aidilfitri PPM 2016 yang berlangsung pada 4 Ogos 2016 yang lalu telah diadakan di Bilik Serbaguna, Perpustakaan Negara Malaysia bersempena penganjuran program Bicara Intelek Pustakawan 2016 bertujuan untuk mencapai beberapa objektif berikut:

  • Mengeratkan hubungan ukhuwah di kalangan ahli PPM
  • Bertukar-tukar idea dan pengalaman di kalangan ahli untuk meningkatkan profesion pustakawan ke peringkat global melalui perkongsian ilmu dan maklumat serta;
  • Meningkatkan semangat kerjasama dan berpasukan melalui aktiviti yang dianjurkan

 

Tema Ceria Aidilfitri dipilih untuk menggambarkan keceriaan dan keriangan ahli-ahli PPM dalam menyemarakkan lagi sambutan raya di penghujung Syawal 1437H. Pelbagai aktiviti menarik diadakan antaranya cabutan bertuah, persembahan busker raya daripada The Matrix Buskers yang diundang khas untuk menghiburkan tetamu yang hadir. Photo booth turut disediakan bagi ahli yang ingin merakam gambar kenangan dan setiap gambar yang dicetak diedar secara percuma sebagai tanda penghargaan dan kenangan.

 

Majlis Ceria Aidilfitri 2016 telah dihadiri oleh Puan Hajjah Nafisah Ahmad, Presiden PPM serta 90 orang ahli PPM seluruh Malaysia.

 

This slideshow requires JavaScript.