Posted in Events, IFLA, PPM

Horeyyy Malaysia Tuan Rumah IFLA WLIC 2018

Oleh: Kumpulan Editor, Berita PPM

Seperti kebanyakan negara di dunia, Malaysia tidak terkecuali mempunyai impian dan harapan untuk menganjurkan IFLA World Library and Information Congress (WLIC). Malaysia telah membuat dua kali bidaan namun tidak dipilih. Akan tetapi ini bukan bermakna Malaysia berputus asa. Tahun 2016 merupakan tahun menggembirakan buat Malaysia apabila Donna Scheeder, Presiden IFLA mengumumkan Malaysia akan menjadi Tuan Rumah IFLA WLIC Kali Ke-84 pada tahun 2018. Pengumuman tersebut telah dibuat semasa sesi penutupan IFLA WLIC 2016 yang diadakan di Columbus, Ohio, Amerika Syarikat. Hajah Nafisah Ahmad, Presiden PPM telah menerima watikah penerimaan penganjuran IFLA WLIC 2018.

 

Berikut adalah perkongsian dari rakan-rakan pustakawan yang hadir di IFLA WLIC 2016 yang menyaksikan peristiwa bersejarah itu.

 

Maimunah Kadir: We were informed by IFLA they wanted to skype on 2nd Aug at PNM at 16.00 hrs. Bila kami diberi tahu kita menang bid untuk IFLA WLIC 2018 kami tergamam seketika mungkin kerana terkejut. Saya dan Hajah Nafisah mengalirkan air mata tanpa kami sedar kerana kegembiraan diatas berita baik tersebut dan setelah kami melalui proses pembidaan ini untuk kali ketiga. 2 (dua) kali Malaysia tewas dan Alhamdulillah kita menang pada cubaan kali ketiga. Ini sudah pasti sokogan padu yang ditunjukkan oleh semua ahli PPM. PNM pula banyak menyumbang dari segi mendapatkan dana yang diperlukan. Terima kasih juga kepada MyCEB dan KLCC yang menyokong dalam proses pembidaan.

Chin Loy Jyoon, Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia Merangkap Timbalan Presiden II: It was  a dream come true for Malaysia when we were announced as the host for the IFLA WLIC 2018  during the Closing Ceremony of IFLA WLIC 2016  in Columbus, Ohio , USA.  We were all so excited and proud that Malaysia has finally won the bid to host IFLA WLIC in Kuala Lumpur at our third attempt.  Thank you to everyone who has contributed to the success of this bid. With the cooperation and support  of all the libraries and librarians  in Malaysia, I am confident that Malaysia will host the best ever IFLA WLIC in 2018.

slide1

Dzulkarnain Abd Karim, Ketua Pustakawan Universiti Pertahanan Malaysia: Masih kedengaran di telinga ini saat-saat ketika President IFLA, Donna Scheeder  mengatakan  “At this point I am pleased to announce the location of WLIC  2018 in Kuala Lumpur Malaysia”. Perasaan ketika itu berbangga kerana Malaysia terpilih sebagai tuan rumah WLIC 2018. Sekaligus pada 2018 para ilmuan dalam bidang kepustakawanan dan maklumat akan berkumpul di Kuala Lumpur untuk pembentangan dan mesyuarat bagi meneroka ilmu-ilmu kepustakawan dan maklumat yang baharu.

Saya sebagai wakil Ketua Pustakawan Akademik Universiti Awam amat berbangga kerana dapat bersama menyaksikan detik bersejarah secara tersebut. Cik Hajah Nafisah Ahmad, Presiden Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) telah menerima mandat selaku Tuan Rumah WLIC 2018.

Terima kasih kepada Persatuan Pustakawan Malaysia kerana berjaya membawa Malaysia sebagai Tuan Rumah WLIC 2018.

 

Edison Riket, Pustakawan Pustaka Negeri Sarawak:Third Times The Charm!!! Overjoyed, proud and honoured that Malaysia FINALLY will be hosting the 84th World Library and Information Congress in Kuala Lumpur”

 

slide2

Posted in IFLA, Meeting, PPM

Mesyuarat Jawatankuasa Kebangsaan IFLA WLIC 2018 bersama Pegawai IFLA, Netherlands

Oleh: Kumpulan Editor, Berita PPM

Pada 13 Disember 2016 delegasi wakil Governing Board IFLA yang diketuai oleh Josche Ouwerkerk, Managing Director, IFLA Holdings BV dan Roberta Odebrecht, Account Director, K.I.T Group Gmbh telah mengadakan mesyuarat bersama Jawatankuasa Kebangsaan IFLA WLIC 2018 yang dipengerusikan bersama  oleh Presiden PPM, Puan Hajah Nafisah Ahmad dan YBhg Dato’ Dr. Zaiton Osman, yang merupakan Konsultan PPM. Mesyuarat  yang diadakan di Bilik Mesyuarat PNM, Aras 15 berjaya memberi pencerahan mengenai perjalanan persediaan kongres dan mendapat sambutan baik dari kedua-dua pihak.

slide1

Dalam mesyuarat kali ini, Puan Hajah Nafisah memperkenalkan ahli-ahli yang hadir dan nama jawatankuasa-jawatankuasa yang telah diwujudkan untuk membantu penganjuran IFLA WILC 2018 yang bakal diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre pada 24-30 Ogos 2018. Seterusnya membentangkan rekaan logo IFLA WLIC  2018 Kuala Lumpur yang berlatarkan Menara Berkembar Petronas dan bunga raya sebagai  simbol bunga kebangsaan Malaysia; dan akhirnya telah dipersetujui oleh IFLA. Begitu juga dengan tema kongres yang dipilih iaitu ‘Transform Libraries, Transform Societies’.

slide2

Mesyuarat ini  juga menyentuh status perkembangan  setiap jawatankuasa yang ditubuhkan di peringkat kebangsaan serta ‘timeline’ bagi proses pelaksanaan setiap jawatankuasa.  PPM dan beberapa agensi bertanggungjawab di Malaysia sangat teruja menjadi hos IFLA WLIC 2018 dan menyasarkan penyertaan peserta seramai 3,000-4,000 orang dari seluruh dunia. Sesi soal-jawab ahli jawatankuasa dengan pegawai IFLA berlangsung dengan baik dan harmoni dan masing-masing beriltizam meningkatan usaha untuk menjayakan persidangan terbesar dunia yang mengangkat profesion kepustakawanan dan sains maklumat ini.

Semoga penganjuran IFLA WILC 2018 di Kuala Lumpur akan berjalan dengan lancar dan menjadi satu realiti bagi masyarakat berilmu dan Negara Malaysia.

 

Posted in IFLA, Meeting, PPM, Recognitions

Malaysia Negara ketiga Asia Tenggara Menjadi Hos IFLA WLIC

Oleh: Kumpulan Editor, Berita PPM

Malaysia telah menerima pengumuman yang memberangsangkan dari IFLA untuk menjadi hos IFLA WLIC kali ke 84 pada tahun 2018 bertempat di Kuala Lumpur. Datuk Zulkefli Sharif, Ketua Pegawai Eksekutif Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB) bercakap persidangan itu yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), dijangka akan menjana pendapatan RM44.4 juta kepada negara.

Beliau berkata, penganjuran kongres itu akan membuka peluang-peluang kerjasama bagi Malaysia dalam membangunkan pengetahuan berasaskan ilmu bertaraf dunia setanding dengan negara yang terbaik di dunia.

Sementara itu, teks ucapan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan  Datuk Ab Ghaffar A Tambi dibacakan oleh Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Puan Hajah Nafisah Ahmad yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi IFLA WLIC 2018. Beliau menyatakan dengan menganjurkan acara itu, Malaysia dapat mengukuhkan kepimpinan profesional dalam mempromosikan perpustakaan dan kepustakawanan di peringkat nasional, serantau dan antarabangsa. “Semasa kongres selama lapan hari, mesyuarat satelit, lawatan ke perpustakaan, boulevard perpustakaan, malam kebudayaan dan pameran perdagangan antarabangsa akan diadakan dengan disertai hampir 100 pempamer dari seluruh dunia.

“Melalui sokongan dari 13,693 perpustakaan di Malaysia yang terdiri daripada perpustakaan akademik, perpustakaan awam negeri, perpustakaan khas, perpustakaan luar bandar dan perpustakaan sekolah, kami yakin kongres ini akan kencapai kejayaan yang cemerlang”.

Dalam sidang akhbar itu juga, Hajah Nafisah menyatakan yang Malaysia akan menghantar seramai 1,500 pustakawan dari negara ini untuk menyertai IFLA WLIC 2018. Diharapkan persidangan ini akan memberi impak yang positif untuk memasyarakatkan ilmu  dan meningkatkan profesion kepustakawanan di negara ini.

This slideshow requires JavaScript.