Pustakawan UMS Wakili Malaysia di IFLA Global Vision Regional Workshop Asia Oceania

Oleh: Kumpulan Editor Berita PPM

Baru-baru ini IFLA Global Vision Regional Workshop Asia Oceania yang dihos oleh National Library of Vietnam telah diadakan dari 23 hingga 25 Mei 2018 di Hanoi, Vietnam. Seramai 37 orang peserta dari 31 buah negara dari rantau Asia dan Oceania telah menyertai bengkel ini dan Malaysia telah diwakili oleh Zawawi Tiyunin, pustakawan daripada Universiti Malaysia Sabah (UMS) merangkap Ahli Majlis PPM dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Penerbitan PPM.

Program ini merupakan program fasa kedua dan telah dikendali menggunakan kaedah perbincangan, brainstorming, knowledge café dan persembahan bagi merancakkan lagi sumbangan pendapat dan idea untuk mencapai satu kemuafakatan. Tujuan utama program ini adalah untuk mendapat idea dan mengambil tindakan bagi menyedia strategi kepada visi IFLA untuk dilaksana diperingkat global.

Program selama dua hari ini tertumpu kepada 10 peluang atau opportunities yang termaktub di dalam  Summary Report. Kupasan idea lebih tertumpu kepada rantau Asia dan Oceania. Dengan sebanyak 858 tahun pengumpulan pengalaman peserta bertugas di perpustakaan, bengkel ini berjaya mengenalpasti idea dan peluang yang paling sesuai dan relevan untuk IFLA Global Vision. Di penghujung program, kesemua peserta diminta untuk melaksana program yang sama di negara masing-masing untuk melihat idea pustakawan di negara tersebut.

Persembahan kumpulan berdasarkan kreativiti kumpulan. Peserta-peserta adalah dari Malaysia, Jepun, Sri Lanka, Pakistan, Bhutan, Laos, Brunei, Australia, Papua New Guinea dan Korea.
Persembahan kumpulan berdasarkan kreativiti kumpulan. Peserta-peserta adalah dari Malaysia, Jepun, Sri Lanka, Pakistan, Bhutan, Laos, Brunei, Australia, Papua New Guinea dan Korea.
Zawawi membentang idea kumpulan kepada peserta dari Filipina, Nepal dan Bangladesh.
Peserta IFLA Global Vision dari 31 buah negara Asia and Oceania

IFLA Global Vision Update

Oleh: Kumpulan Editor, Berita PPM

Puan Chin Loy Jyoon selaku Naib Presiden II PPM, telah memberi penerangan tentang IFLA Global Vision semasa Persidangan Perpustakaaam Se-Malaysia 2017. Beliau terlebih dahulu menjelaskan tentang 17 matlamat yang termaktub dalam pembangunan mampan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) atau United Nations.

Perpustakaan juga tidak terkecuali untuk meneruskan pembangunan selari dengan pelan tindakan PBB tersebut. Walaupun tidak semuanya berkaitan secara langsung dengan perpustakaan, namun ia menjadi satu penanda aras yang boleh digunakan untuk membentuk konsep perpustakaan masa depan sesuai dengan era Revolusi Perindustrian Keempat dan keperluan pelan Transformasi Negara 2050 (TN50) yang hendak dicapai.

Beliau juga menyeru semua pustakawan, warga kerja perpustakaan dan ahli-ahli kesarjanaan bidang Sains Perpustakaan mengambil bahagian untuk menjawab semua soalan soal selidik IFLA Global Vision untuk menyampaikan maklumbalas masyarakat tentang peranan yang sepatutnya dimain oleh perpustakaan di negara masing-masing pada masa depan. Penyertaan ini penting bagi menyatakan sokongan kita terhadap konsep perpustakaan bersatu atau united library.

Ahli-ahli Majlis PPM Penggal 2016-2018 menyeru warga kerja Perpustakaan & ahli-ahli kersarjanaan bidang Sains Perpustakaan memberi sokongan gerak kerja IFLA Global Vision
Encik Azman Hashim, Ketua Pustakawan Universiti Malaysia Kelantan turut bersama menyokong gerak kerja IFLA Global Vision
Pelajar Fakulti Pengajian Maklumat, UiTM turut tidak ketinggalan menyahut seruan menyokong gerak kerja IFLA Global Vision