Posted in PPM

Hala Tuju Jawatankuasa Tetap Golongan Khas PPM 2016/2018

Oleh : Radia Banu Jan Mohamad, Kumpulan Editor, Berita PPM

Jawatankuasa Tetap Golongan Khas PPM 2016/2018 dalam rangka kerjanya telah merancang beberapa aktiviti yang bermanfaat untuk semua pustakawan dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada golongan khas yang merupakan salah satu kategori pelanggan Perpustakaan. Pertambahan bilangan pengguna daripada golongan khas di institusi pengajian memerlukan pustakawan yang mahir dan bersedia dalam memberikan perkhidmatan yang diperlukan.

Aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan secara berkala oleh Jawatankuasa adalah seperti berikut:
1. Lawatan ke Perpustakaan/Pusat sumber Malaysian Association for the Blind (MAB)

1.1 Lawatan penanda aras ke perpustakaan/pusat sumber MAB akan diadakan pada bulan Mac 2017. Objektif lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan awal penyediaan bahan rujukan untuk pengguna yang mengalami masalah penglihatan. Penyediaan bahan rujukan kepada pengguna golongan kurang upaya penglihatan memerlukan perancangan yang lengkap, justeru lawatan tersebut diharapkan dapat memberikan gambaran dan ilmu baharu kepada peserta.

2. Latihan kepada pustakawan

2.1 Sesi latihan JAWS
Sesi latihan/taklimat ringkas berkaitan dengan perisian JAWS yang membantu pustakawan untuk mengajar pengguna golongan orang kurang upaya penglihatan untuk mengakses laman sesawang. Pustakawan yang bertugas di bahagian rujukan, pengajaran sesi maklumat dan pustakawan penghubung di alu-alukan untuk menyertai sesi latihan ini.

2.2 Konsep Perpustakaan Inklusif
Taklimat berkaitan dengan konsep perpustakaan inklusif yang telah lama digunapakai oleh pustakawan di negara maju akan dijalankan untuk mempromosikan budaya tersebut. Konsep universal design di dalam perancangan sesebuah Perpustakaan juga akan diketengahkan. Isu-isu yang dibincangkan dapat dijadikan panduan kepada pustakawan untuk merancang pembangunan perpustakaan. Program ini akan dibuka kepada semua pustakawan dari perpustakaan akademik, perpustakaan awam dan perpustakaan khusus.

3. Penerbitan
Terbitan berkaitan dengan aksesibiliti pusat informasi di Malaysia.

Jawatankuasa berharap agar program-program tersebut akan mendapat sokongan dan penglibatan para pustakawan. Maklum balas daripada semua pihak adalah amat dialu-alukan untuk memastikan penyampaian perkhidmatan yang berkesan kepada pengguna golongan khas.

Ahli Jawatankuasa Golongan Khas PPM 2016-2018
1. En. Mohd Faizal Hamzah (Pengerusi)

Pustakawan Kanan
Perpustakaan Universiti Malaya,
Universiti Malaya,
50603 Lembah Pantai,
Kuala Lumpur.
Tel: 60379673921
Emel: faizal586@um.edu.my / faizal586@gmail.com

2. En. Ahmad Nadzri Mohamad

Pensyarah
Fakulti Pengurusan Maklumat
UiTM Kampus Puncak Perdana,
No. 1, Jalan Pulau Angsa AU10/A,
Seksyen U10,Shah Alam,
40150 Selangor.
Tel: 0137778194
Emel: nadzri.mohamad@gmail.com

3. Cik Nurul Hasni Abu Hassan (Setiausaha)

Pustakawan 
Perpustakaan Universiti Malaya,
Universiti Malaya,
50603 Lembah Pantai,
Kuala Lumpur.
Tel: 60379677003
Emel: nurulhasni@um.edu.my

4. Pn. Firdausiah Ahamad (Penolong Setiausaha)

Pustakawan Kanan
Unit Promosi dan Seranta Bahagian Perkhidmatan,
Sokongan Akademik & Seranta,
Perpustakaan Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjong Malim,
Perak.
Tel: 0126191761/6054506373
Emel: firdausiah@upsi.edu.my

5. Pn. Siti Mawarni Salim

Pustakawan
Perpustakaan Universiti Malaya,
Universiti Malaya,
50603 Lembah Pantai,
Kuala Lumpur.
Tel: 60379673921
Emel: sitimawarni@um.edu.my

6. Pn. Nur Farah Jori Abdullah

Pustakawan
Library Resource Centre,
Malaysian Association for the Blind (MAB),
Kompleks MAB,
Jalan Tebing,
Off Jalan Tun Sambanthan 4,
50470 Kuala Lumpur.
Tel: 03-22722677
Emel: librarian@mab.org.my

7. En. Mohd Hafiz Kasirun

Pustakawan Kanan
Unit Perkhidmatan Pelanggan & Pengurusan Koleksi
Perpustakaan Tun Dr Ismail 2,
Universiti Teknologi MARA Johor,
KM 12, Jalan Muar, 85200 Segamat,
Johor Darul Takzim.
Tel: 6079352064
Emel: hafiz9644@johor.uitm.edu.my

8. Pn. Norfardilla Mohd Nor

Pustakawan
Ketua Sektor Pengurusan dan Perancangan
Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah Jalan Kolam Air
05100 Alor Setar
Kedah.
Tel: 6047333592
Emel: fardilla2210@yahoo.com