Posted in Events, News from Malaysian Libraries

Sistem Perpustakaan Digital dilancarkan di Perpustakaan Sultan Ismail

Oleh : Tengku Termizi Tengku Aziz

Pustakawan, Perpustakaan Sultan Ismail Majlis Bandaraya Johor Bahru
slide1

Sistem Perpustakaan Digital (ELIB) Perpustakaan Sultan Ismail telah dilancarkan secara rasmi oleh Tuan Haji Ghazali Bin Karim, Timbalan Setiausaha Majlis Bandaraya Johor Bahru selaku wakil rasmi Datuk Bandar Johor Bahru  pada 24 Oktober 2016  bertempat di Perpustakaan Sultan Ismail.

slide2

ELIB Perpustakaan Sultan Ismail adalah salah satu alternatif baru perpustakaan bagi menggalakkan masyarakat meneruskan minat membaca di mana pengguna boleh mendapat bahan bacaan secara atas talian di mana jua mereka berada tanpa mengunjungi perpustakaan.

 

Buat masa kini, ELIB Perpustakaan Sultan Ismail mengandungi 300 judul bahan bacaan fiksyen dan bukan fiksyen yang boleh dilayari melalui pautan psi.elib.com.my dan 500 judul bahan rujukan akademik sekolah melalui pautan psiacademic.elib.com.my.

slide3

Dengan pelancaran ELIB, perkhidmatan perpustakaan dapat diperluas selari dengan peredaran teknologi semasa. Ia juga dapat mencapai petunjuk prestasi di dalam Pelan Strategik Tahunan MBJB iaitu memantap usaha komunikasi, interaksi dan sebaran informasi Perpustakaan Sultan Ismail.

 

 

 

 

Posted in Events, News from Malaysian Libraries

Bengkel Perpustakaan Digital Untuk Rakyat Malaysia diadakan di Sabah

Oleh : Dg Salwah Pg Abd Razak, Pustakawan Perpustakaan Negeri Sabah 

Hajjah Fatimah Abdillah Pustakawan, Perpustakaan Negeri Sabah

 

Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dengan kerjasama Perpustakaan Negeri Sabah (PNS), Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) Kumpulan Sabah telah menganjurkan Bengkel Hands On Perpustakaan Digital PNM dari 18 hingga 19 Oktober 2016. Bengkel ini telah diadakan di Fakulti Perniagaan, Ekonomi & Perakaunan dan Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan, UMS.

 

Perkhidmatan Perpustakaan Digital PNM merupakan salah satu daripada Pelan Transformasi MOTAC di bawah inisiatif Merakyatkan Perkhidmatan Awam. Portal Perkhidmatan Sumber Elektronik PNM (PNM Digital) mula diperkenal pada April 2012 dan ia adalah portal utama yang boleh digunakan oleh rakyat Malaysia untuk mengakses pelbagai maklumat dari pangkalan data yang dilanggan dan juga inisiatif digital PNM. Perkhidmatan ini boleh dicapai melalui http://www.pnmdigital.gov.my dan sehingga kini telah mencecah 4.1 juta penggunaan.

 

Bengkel ini diadakan untuk menggalak pengguna di Malaysia mengguna perkhidmatan ini  serta pada waktu yang sama meningkatkan penggunaan selaras dengan sasaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia iaitu pencapaian sebanyak 3 juta pengguna pada 2016. Sebanyak 14 pangkalan data boleh diakses secara terbuka dan secara percuma oleh pengguna seperti e-buku, buku audio, e-majalah, e-surat khabar, e-jurnal, e-rujukan, e-pembelajaran dan sebagainya.

 

Seramai 200 orang peserta yang terdiri daripada pelajar UMS, pustakawan dan penjawat awam agensi negeri dan persekutuan di Sabah telah menghadiri bengkel ini. Peserta telah diberi tunjuk ajar secara spesifik untuk mengguna pangkalan data yang terdapat di dalam Perkhidmatan Perpustakaan Digital PNM.

This slideshow requires JavaScript.