Posted in ASEAN, PPM

Perkongsian Pintar Malaysia dan Brunei Melalui Lawatan

Oleh : Anna Kustyana Mukandar, Pengerusi Jawatankuasa Khusus Kumpulan Perpustakaan Undang-Undang

 

Pada 28 hingga 30 Oktober 2016 Jawatankuasa Khusus Kumpulan Perpustakaan Undang-Undang telah menganjurkan Lawatan Perkongsian Pintar ke Brunei Darussalam. Seramai  17 orang peserta telah menyertai lawatan ini dan lawatan selama tiga hari tersebut diisi padat dengan pelbagai acara. Antara Perpustakaan yang dilawati adalah Perpustakaan Universiti Brunei Darul Salam, Perpustakaan Mahkamah, Pejabat Peguam Negara, Perpustakaan Undang-Undang, Pejabat Peguam Negara, Perpustakaan Universiti Sultan Sharif Ali (UNISSA) dan Perpustakaan Islam Brunei (Brunei Islamic Library). Lawatan ini telah memberi peluang kepada pustakawan Malaysia dan Brunei untuk membina jaringan atau networking sesama Pustakawan di kalangan perpustakaan akademik, sekolah dan awam. Semoga usaha murni ini akan diteruskan pada masa-masa akan datang.

This slideshow requires JavaScript.