TRAVELOG SEORANG BIBLIOMANIA

Oleh. Hasnita Hj Ibrahim. Ketua Perpustakaan BERNAMA.

Sempena sambutan Kuala Lumpur sebagai ibu kota buku dunia (KLWBC) 2020 pelbagai program Galakan Membaca dalam talian anjuran Persatuan Pustakawan Malaysia(PPM) dengan kerjasama host dalam kalangan perpustakaan dan mereka yang terlibat dengan industri perbukuan telah diadakan.

Poster Program

BERNAMA telah mendapat peluang menganjurkan aktiviti dengan penglibatan Bahagian Pengurusan Pengetahuan, Bahagian Perkhidmatan Langganan, dan Bahagian Pembangunan Perniagaan.

Penganjuran program secara dalam talian ini merupakan pengalaman pertama buat perpustakaan tetapi bukan kepada pasukan WEBINAR BERNAMA yang telah beberapa kali menganjurkannya.

Program yang dikendalikan oleh Puan Raifanabillah Zulkifli dan Encik Zarif Haizad Azhari dimulakan dengan #TriviaLibrary di mana penonton disajikan dengan pelbagai fakta menarik mengenai perpustakaan di seluruh dunia seperti perpustakaan dengan jumlah koleksi terbesar, perpustakaan digital pertama di Malaysia, pepustakaan dalam negara yang menawarkan perkhidmatan pinjaman menerusi aplikasi WhatsApp, perpustakaan mini dalam keretapi, penggunaan ‘hoverboard’ di perpustakaan dan reka bentuk perpustakaan seperti pusat beli-belah atau hotel mewah di Malaysia. Trivia ini mendedahkan kepelbagaian serta keunikan perpustakaan dalam kehidupan dan tamadun manusia seluruh dunia.

Moderator dan Panel

TRAVELOG SEORANG BIBLIOMANIA pula membawa penonton mengembara bermula saat dilahirkan sehingga kepada kehidupan sebagai pencinta dan pengila buku. Ia menekankan kepentingan membaca tidak kira medium apa sekali pun agar seseorang beroleh kejayaan dalam kehidupan disamping mempunyai minda dan emosi yang sihat dan stabil.

Dr Zahrah Yunos, penulis buku bertajuk Projek Bibliofil: Melawan Mitos Bangsa Malas Membaca, telah dijemput bagi membincangkan ciri-ciri seorang Bibliomania dan pengalaman beliau sendiri dalam penulisan buku berkenaan.

Beliau turut berkongsi tips dan pengalaman memupuk minat membaca sebagai aktiviti yang menyeronokkan. Segmen ini turut menjemput tiga panel lain untuk berkongsi pengalaman. Mereka ialah Encik Khairdzir Md Yunus, Pengerusi Kelab Bibliofil BERNAMA, Encik Ezany Nizariff, seorang pelakon dan Cik Nurul Asyikin Amran pelajar Kolej Antarabangsa Unifield, Negeri Sembilan.

Segmen berikutnya membawa penonton mengenali laman sesawang Kelab Bibliofil BERNAMA dan mengetahui koleksi biblioterapi di Bilik Biblioterapi Perpustakaan BERNAMA. Penonton disajikan dengan perkongsian pengalaman Puan Hasnita Hj Ibrahim Ketua Perpustakaan BERNAMA dalam membangunkan laman sesawang tersebut dengan bantuan Cik Rabiatul Maryani Zailani, seorang pelatih dari Fakulti Pengurusan Maklumat UiTM.

Moderator bersama Pn Hasnita Hj Ibrahim

Ini diikuti dengan segmen perkongsian pengalaman dari panel jemputan iaitu A’dillah Binti Mustafa yang merupakan Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Kampus Puncak Perdana. Beliau telah berkongsi tips bagaimana membina perpustakaan di rumah tanpa perlu berbelanja banyak.

Satu tayangan video yang memaparkan kejayaan membina dan menguruskan perpustakaan di rumah oleh Encik Zamri Misman dan Puan Nor Azzah Momin, Ketua Pustakawan Universiti Sains Islam Malaysia(USIM) dari Lembah Klang, Puan Kasrina Kadir dari  Kampung Titingan, Jalan Tawau Lama, Sabah dan Cikgu Mohammad Radzi dari Sungai Rengit, Johor.

Segmen Bibliomania vs BLISmania memaparkan bagaimana mengakses maklumat dan jutaan berita dengan tepat dan pantas dalam bentuk digital oleh Encik Izzul Zunnurain Darusamin dan Cik Nur Athirah Che Zahariman. BLIS (BERNAMA LIbrary and InfoLink Service) adalah pengkalan berita dan maklumat mengenai Malaysia yang dibangunkan oleh BERNAMA. Terdapat juga perkongsian penghasilan berita oleh Encik Abdul Rahman Ahmad yang merupakan Ketua Pengarang BERNAMA dalam segmen ini.

Segmen penutup Tak Kenal Maka Tak Cinta merupakan perkongsian petugas BERNAMA dan penulis buku iaitu Encik Ali Imran Mohd Noordin dan Encik Ridzuan Mohd Ghazali. Segmen ini juga menekankan kepentingan kita membuat ulasan buku agar dapat meningkatkan pemahaman dan berkongsi faedah dengan pencinta buku lain.

Sesi rakaman awal bersama Artis Jemputan
 

Sebelum tamat program, peserta berpeluang menyertai kuiz yang menyediakan 10 hadiah untuk dimenangi.

Galakan perkongsian semua aktiviti pembacaan KLWBC dan penganjur melalui #klwbc2020 #KLBaca #ProgramPembacaanPPM #programgalakanmembacaPPM, #heritagetrailonline, #travelogseorangbibliomania, sejajar dengan slogan KL Baca iaitu Menyantuni Masyarakat Melalui Pembacaan yang diraikan pada  23 April 2020  hingga 22 April 2021.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s