WEBINAR: MENYINGKAP IDENTITI SELANGOR – Siri 3

oleh Puan Hikmah Hassan, Penolong Pustakawan Kanan PPAS.

Pada 16 Disember 2020, Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dengan kerjasama Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) dan Yayasan Bank Rakyat, telah menganjurkan WEBINAR: MENYINGKAP IDENTITI SELANGOR – SIRI 3 ANJURAN PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM SELANGOR, (PPAS) secara Zoom dan Live menerusi FB PPAS dan FB Persatuan Pustakawan Malaysia, dari 9.00 pagi hingga 4 petang yang dihoskan oleh PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM SELANGOR (PPAS)

Program ini adalah bagi meraikan Kuala Lumpur Ibu Kota Buku Dunia (KLWBC) 2020.

Poster Program

Webinar MENYINGKAP IDENTITI SELANGOR anjuran PPAS ini telah bersiaran selama 3 siri. Sasaran Webinar pada kali ini bertujuan untuk mendokumentasikan maklumat-maklumat kebudayaan negeri Selangor. Sasaran umumnya adalah kepada rakyat Selangor. Namun yang lebih utama adalah khusus kepada penyelidik, pelajar orang awam dan institusi berkenaan yang berhasrat menjalankan kajian berkaitan topik yang dibincangkan. Ruang lingkup webinar ini menjangkau nusantara, disebabkan Selangor yang wujud pada penghujung kurun ke-18 memiliki hubungan sejarah dan budaya dengan wilayah-wilayah lain seperti Minangkabau, Riau dan Sulawesi.

Empat (4) topik menarik telah dibentang dalam program Webinar kali ini dengan 3 orang pembentang telah ditaja oleh PPM.

Nama pembentang: Dr. Junaini Binti Kasdan

Tajuk pembentangan: Dialek Selangor: andaian atau kenyataan

Tajuk ini menfokus kepada dapatan kajian mengenai wujudnya dialek di Selangor seperti dialek: Jawa, Banjar, Bugis, Minang,Rawa. Dialek jika tidak dituturkan pada generasi muda akan berpotensi untuk lenyap.

Ramai yang tidak sedar bahawa Selangor turut mempunyai dialeknya sendiri. Kewujudan dialek Selangor turut dibuktikan melalui kajian Dialek Perak yang telah dilakukan sebelum ini. Dialek Selangor turut dipengaruhi oleh unsur persempadanan dan bentuk muka bumi. Sebagai contoh; kawasan Sabak Bernam yang bersempadan dengan Hilir Perak. Walau bagaimanapun kajian dialek Selangor masih berada di peringkat awal dan masih memerlukan tumpuan untuk dilengkapkan. Usaha sedang dilakukan untuk mengelompokkan dialek Selangor kepada sub-dialek Kuala Lumpur dan sub-dialek Selangor Barat.

Dr Junaini bt Kasdan

Nama pembentang: Dr. Abu Hanifah Bin Haris

Tajuk pembentangan: Sejarah Pendidikan Tinggi Islam di Selangor: Perkembangan dan Sumbangan Kolej Islam Malaya, 1955-1970

Penubuhan Kolej Islam Malaya merupakan langkah pertama ke arah penubuhan sebuah Universiti Islam. Kolej ini dibangunkan di atas Istana Jemaah Klang yang telah diwakafkan oleh Sultan Selangor, Sultan Hisamuddin Alam Shah. Tujuan penubuhannya adalah bagi memartabatkan kedudukan pendidikan Islam pada tahap tertinggi dan istimewa setanding dengan universiti-universiti lain. Mendapat sokongan penuh daripada kerajaan Tanah Melayu dan Raja-raja Melayu serta mendapat sokongan dan bantuan daripada kerajaan Mesir seperti tenaga pengajar, sukatan pelajaran dan bahan pembelajaran. Kolej ini telah melahirkan ramai tokoh ulama dan cendekiawan sepanjang dua dekad penubuhannya. Kolej Islam Malaya terpaksa ‘dikorbankan’ bagi memberi laluan kepada penubuhan Fakulti Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Dr Abu Hanifah b Haris

Nama pembentang: Dr. Hamdi Bin Ibrahim

Tajuk pembentangan: Perjuangan Sosial Abu Urwah

Pembentangan mengkhusus kepada tokoh negeri Selangor iaitu Yang Berhormat Tuan Saari Sungib atau nama penanya Abu Urwah dan susur galur sejarah perjuangan beliau. Tokoh anak jati Selangor yang menyumbang kepada ketamadunan umah. Penulis telah menghasilkan lebih dari 60 karya. Abu Urwah menubuhkan JIM dengan matlamat untuk menfokus kepada pendidikan dan kebajikan masyarakat

Webinar satu hari ini telah dikendalikan oleh Puan Hikmah Hassan, Penolong Pustakawan Kanan PPAS, yang juga selaku Setiausaha Persatuan Sejarah Lisan Malaysia. Penonton turut berpeluang mengemukakan beberapa soalan kepada panel yang semuanya telah dijawab secara langsung semasa program berkenaan.

Dr Hamdi b Ibrahim

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s