SIRI BICARA HARTA INTELEK/INTELLECTUAL PROPERTY TALK SERIES: MILIK SIAPAKAH TESIS INI?

Oleh: Muizzuddin Kaspol, Penolong Ketua Pustakawan, Perpustakaan Sultan Abdul Samad UPM; Ahli Jawatankuasa Harta Intelek PPM 2020/2022 dan Nor Edzan Che Nasir (Ph.D.), Ahli Jawatankuasa Harta Intelek PPM 2020/2022.

Sesi ketiga Siri Bicara Harta Intelek anjuran Jawatankuasa Harta Intelek PPM telah diadakan pada 27 Januari 2021. Bermula pada jam 10.00 pagi dengan membawa tajuk Milik Siapakah Tesis Ini?, pembentang-pembentang bagi sesi kali ini adalah Profesor Dr. Nazura Abdul Manap, Dekan Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia; Dr. Rozilee Asid, Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi), Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan, Universiti Malaysia Sabah; dan Encik Azman Hashim, Ketua Pustakawan, Universiti Malaysia Kelantan. Moderator bagi sesi kali ini pula adalah Encik Suhaimi Jamaludin, Ketua Pustakawan, Open University Malaysia.

Ahli-ahli panel dan moderator semasa pembentangan

Bagi menentukan sejauh mana seorang pelajar mempunyai hak ke atas hasil karya atau tesis yang dihasilkan, terdapat empat syarat atau kategori sesuatu hasil karya yang dilindungi oleh Akta Hak Cipta 1987 iaitu:

  1. Hasil karya dikategorikan dibawah Akta Hak Cipta 1987.
  2. Hasil karya itu perlu hasil karya asli.
  3. Hasil karya perlu diterjemah dalam bentuk penulisan atau direkod dalam medium cetakan atau digital.
  4. Pengkarya yang menghasilkan hasil karya adalah orang yang layak.

Ahli-ahli panel berpendapat sesuatu idea itu tidak dilindungi oleh Akta Hak Cipta 1987 kecuali ianya diterjemah ke dalam bentuk penulisan atau direkod dalam apa jua bentuk cetak atau digital. Bagi menjawab persoalan Milik Siapakah Tesis Ini?, ahli-ahli panel menyatakan hak milik tesis adalah hak mutlak pengkarya yang menghasilkan tesis iaitu pelajar/penulis, sekiranya yuran pengajiannya dibiayai sepenuhnya oleh pelajar/penulis berkenaan, dan selagi:

  1. pengajian pelajar/penulis tidak dibiayai oleh badan-badan tertentu atau pengajian disambung atas kehendak pekerjaan, tesis berkenaan adalah hak milik majikan atau penaja.
  2. pelajar/penulis tidak menyerah hak pemilikan atau pindah milik tesis kepada pihak ketiga (universiti), tesis berkenaan adalah hak milik universiti.
  3. pelajar telah menandatangan surat perjanjian/kontrak semasa menjadi research assistant atau graduate research assistant, tesis berkenaan adalah hak milik universiti.

Hak milik sesebuah tesis boleh dikawal dengan beberapa cara. Perpustakaan perlu menyediakan peraturan yang jelas mengenai penerimaan, kaedah penyimpanan dan penggunaan tesis. Perpustakaan juga perlu mengguna pelbagai technological measures untuk mengawaal akses kepada digital tesis. Ini boleh dilakukan dengan meletak username dan password untuk mengakses tesis, meletak digital watermark pada tesis serta mematikan fungsi salin dan tampal.

Ahli-ahli panel juga membincangkan tentang Malaysian Theses Online (MyTO), MyTO (http://myto.upm.edu.my/find/) adalah satu inisiatif electronic thesis and dissertation (ETD) untuk mengurus pengumpulan tesis dan disertasi universiti awam dan swasta di Malaysia. Pada akhir tahun 2005, MyTO telah ditubuhkan untuk menjadi pusat penyimpanan tesis Malaysia dan berkongsi koleksi tesis antara perpustakaan akademik di Malaysia secara elektronik. Semua data tesis dan disertasi adalah hak milik universiti berkenaan dan MyTO berfungsi sebagai portal yang mengindeks dan mengumpul data ini dalam satu enjin pencarian untuk memudahkan pengguna mendapat maklumat tesis dan disertasi di Malaysia.

Ahli-ahli panel telah menjawab beberapa soalan yang ditanya oleh penonton. Pembentangan ini telah bersiaran di FB Live PPM dari 10.00 pagi hingga 11.30 pagi. Rakaman pembentangan ini boleh diakses dari koleksi video FB PPM.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s