MESYUARAT JAWATANKUASA PERSIDANGAN TAHUNAN PERPUSTAKAAN MALAYSIA 2021

Oleh: Nor Edzan Che Nasir (Ph.D.), Ahli Jawatankuasa PTPM PPM 2020/2022.

Majlis PPM telah melantik Dr. Ghazali Mohd. Fadzil sebagai Pengerusi Jawatankuasa Persidangan Tahunan Perpustakaan Malaysia 2021. Sebagai langkah permulaan, Dr. Ghazali telah membuka keahlian Jawatankuasa ini kepada mereka yang beminat. Sehingga kini seramai 16 orang ahli PPM telah bersetuju untuk menganggotai Jawatankuasa ini.

Mesyuarat pertama telah diadakan pada 14 Januari 2021 dari jam 2.30 petang sehingga 4.30 petang. Seramai 13 orang ahli Jawatankuasa telah menghadiri mesyuarat yang diadakan melalui platform Google Meet. Mesyuarat telah membincangkan pelbagai perkara termasuk tarikh, tema dan juga kaedah persidangan.

Sebahagian dari AJK PTPM semasa mesyuarat di Google Meet

PTPM adalah persidangan tahunan yang dianjur oleh PPM. PTPM terakhir yang diadakan ialah PTPM 2019 dari 26 hingga 27 Mac 2019 di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kementerian Kerja Raya Malaysia. Tema yang diguna bagi 2019 ialah #MalaysiaMembaca. PTPM 2020 tidak dapat diadakan kerana pandemik COVID-19.

Poster PTPM 2019
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s