Perpustakaan Laman Hikmah, Sasar Galeri Digital Memori Korporat Menjelang Tahun 2025

Dengan tema “Memori Korporat: Menelusuri Kecemerlangan dan Kegemilangan UTeM”, Perpustakaan Laman Hikmah (PLH) telah mengorak selangkah lagi kehadapan dengan  mengambil inisiatif untuk menubuhkan sebuah galeri digital atau e-galeri yang bertujuan untuk mengumpul, memelihara, menyebar semua maklumat dan informasi yang bernilai sejarah serta simbolisme kepada UTeM melalui satu pusat sehenti. Sebagai sebuah universiti awam yang ke 14 di Malaysia dan tergolong dalam Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN), sudah pastilah banyak momen manis serta kejayaan amat bermakna dilakar sepanjang tempoh penubuhan. Seterusnya, akan dikenang sebagai satu  sejarah yang tidak ternilai kepada warga UTeM khususnya dan institusi pendidikan tinggi di negara ini amnya.

Temubual bersama Mantan Naib Canselor UTeM

Justeru bagi memastikan semua khazanah maklumat dan artifak berharga disimpan serta dipelihara dengan baik, galeri digital yang diwujudkan diberi nama sebagai Memori Korporat UTeM. Maklumat yang dikumpul adalah dari seawal penubuhan UTeM pada tahun 2000 sehinggalah kepada semua peristiwa penting universiti yang terakam dalam tempoh dua dekad kini. Melalui Memori Korporat ini, pengumpulan maklumat sejarah dan peristiwa UTeM akan dipamerkan dalam pelbagai bentuk seperti  pendokumentasian secara digital mahupun artifak/khazanah/monumen sejarah yang turut dipamerkan secara fizikal di Galeri UTeM.

Sebagai fakta, koleksi maklumat ini juga dihasilkan berdasarkan sumber-sumber yang sahih dan benar. Sumber ini akan diolah semula menjadi satu bentuk penulisan bergenre sejarah yang merakam setiap peristiwa yang telah berlaku sepanjang penubuhan UTeM. Di awal fasa pembangunan galeri digital ini, pengesanan semua bahan adalah secara menyeluruh sama ada dalam bentuk fizikal, dokumen, digital, video mahupun sumber lisan. Seterusnya, koleksi maklumat ini akan didokumentasikan dalam bentuk digital dan akan dimuatnaik ke dalam satu platform khas di galeri digital.

Bersama Staff Awal KUKTM

Paling utama, galeri digital ini bertujuan memberi penghargaan dan pengiktirafan ke atas sumbangan warga UTeM yang telah bertungkus lumus menaikkan UTeM ke persada dunia sejak penubuhannya pada 1 Disember 2000. Ia tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memastikan semua khazanah maklumat berkaitan sejarah UTeM dapat direalisasikan dalam  bentuk digital bagi tujuan  menyimpan, mengakses dan  mendapatkan kembali maklumat tersebut dengan mudah serta sistematik seiring dengan keperluan di era IR 4.0.

Pengumpulan Bahan-bahan Memori Korporat

Adalah menjadi harapan universiti agar galeri digital Memori Korporat ini akan dapat diakses sepenuhnya menjelang tahun 2025. Pengaksesan bukan sahaja terhad kepada warga UTeM malahan juga bermanfaat sebagai sumber rujukan kepada mana-mana individu yang berminat dengan visibiliti serta susur galur penubuhan, kecemerlangan dan kegemilangan UTeM .

Temubual bersama Alumni UteM Batch I

OLEH:

Norshahila binti Che Din

Pustakawan Kanan

Unit Informasi & Promosi

Seksyen Rujukan

Bahagian Perkhidmatan Maklumat

Perpustakaan Laman Hikmah

UteM

06-2701199

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s