JAWATANKUASA HARTA INTELEK PPM. Penggal 2020-2022

Salah satu jawatankuasa yang bernaung di bawah PPM ialah Jawatankuasa Harta Intelek. Bagi penggal 2020/2022. Jawatankuasa ini dianggotai oleh:

Pengerusi    

Encik Zawawi Tiyunin                     Universiti Malaysia Sabah

Setiausaha  

Puan Salina Haji Zawawi               Pustaka Negeri Sarawak

Ahli                

Encik Azman Hashim                      Universiti Malaysia Kelantan

Encik Muizzudin Kaspol                 Universiti Putra Malaysia

Dr. Nor Edzan Che Nasir

Puan Ratna Sari Mohd. Amin        Universiti Malaya

Encik Suhaimi Jamaludin               Open University Malaysia

Ahli Jawatankuasa Harta Intelek

Tugas dan tanggungjawab Jawatankuasa ini adalah:

  1. Meneliti perkembangan perundangan berkaitan dengan harta intelek.
  2. Mengkaji kesan perundangan berkaitan dengan harta intelek ke atas perpustakaan di Malaysia.
  3. Mengutara cadangan ke PPM mengenai tindakan yang perlu diambil untuk melindungi kepentingan perpustakaan dan pusat maklumat.
  4. Mengada program khas bertujuan mendidik pustakawan mengenai perkara berkaitan dengan harta intelek. 
  5. Menyedia pelbagai laporan aktiviti Jawatankuasa untuk Majlis PPM dari semasa ke semasa.

Harta intelek merangkumi komponen-komponen berikut:

  1. Paten (Patents)
  2. Tanda perdagangan (Trademarks)
  3. Hakcipta (Copyright), dan
  4. Rahsia tanda perdagangan (Trademark secrets).

Jawatankuasa akan memberi tumpuan kepada komponen hakcipta memandangkan ianya berkait raapat dengan bidang kepustakawanan. Walau bagaimana pun, komponen-komponen lain akan diberi perhatian.

Satu mesyuarat secara maya telah diadakan pada 29 Oktober 2020 bermula pada pukul 8.00 malam. Dengan mengguna aplikasi Google Meet ahli Jawatankuasa telah merancang beberapa aktiviti yang akan dijalankan sepanjang 2020 dan juga 2021. Antaranya adalah satu siri webinar dan forum. Jawatankuasa juga akan membuat penulisan mengenai harta intelek, kuiz, video dan menghasilkan satu garis panduan yang akan menyentuh tentang hakcipta tesis dan disertasi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s