LIBRARIAN IDEAS: SEMBANG SANTAI SERIES 12: SESI DIALOG MANIFESTO CALON-CALON PRESIDEN PERSATUAN PUSTAKAWAN MALAYSIA (PPM) 2020/2022

Oleh: Nor Edzan Che Nasir (Ph.D.), Mantan Presiden Terkini PPM; dan Ketua Editor Berita PPM dan Jurnal PPM, 2018/2020.

Pada 2 Julai 2020, bermula pada jam 10.00 pagi, Librarian IDEAS telah bersiaran buat kali keduabelas. Forum kali ini membawa tiga orang calon bagi jawatan Presiden PPM untuk penggal 2020/2022. Mereka terdiri daripada Dr. Ghazali Mohd. Fadzil, Puan Hasnita Ibrahim dan Dr. Rashidah Bolhassan. Moderator kali ini pula ialah Encik Ikhwan Ismail dari Perpustakaan USM dan Encik Amirul Firdaus Zilah dari Perpustakaan UMK.

Objektif sesi kali ini adalah untuk memperkenal calon bagi jawatan Presiden iaitu jawatan peneraju utama PPM. Sesi ini telah memberi peluang kepada kesemua calon berkongsi aspirasi serta harapan mereka kepada komuniti pustakawan dan perpustakaan seluruh Malaysia. Sembang Santai Series 12 dijalankan secara harmonis dan dengan itu tiada sesi dailog diadakan. Terdapat empat segmen bagi sesi ini iaitu:

  1. Pengenalan diri
  2. Kami tanya, anda jawab
  3. Cabutan soalan
  4. Manifesto

Untuk mengikuti serta mengenali dengan lebih dekat ketiga-tiga calon bagi jawatan Presiden kali ini serta mengetahui tentang manifesto mereka, sila ke https://www.facebook.com/librarianideas/videos/268038467761205/

Librarian IDEAS juga telah mengundang Encik Azlan Mohd. Hamzah selaku Pegawai Pemilihan untuk menyampaikan taklimat mengenai proses pemilihan Ahli Majlis PPM 2020/2022. Tarikh mengundi adalah dari 4 hingga 25 Julai 2020. Pengundian akan ditutup pada jam 10.00 pagi pada 25 Julai 2020. Kertas undi akan diedar melalui emel kepada Ahli Seumur Hidup dan Ahli Profesional yang aktif. Ahli boleh mengembalikan kertas undi yang telah siap ditanda melalui emel atau pos. Senarai calon bagi pemilihan kali ini boleh diperolehi di http://www.ppm55.org/senarai-nama-calon-pemilihan-ahli-majlis-persatuan-pustakawan-malaysia-ppm-2020-2022/ dan https://www.facebook.com/ppm55/photos/rpp.305136243791/10158667203818792/?type=3&theater

Semoga proses pemilihan Majlis PPM 2020/2022 berjalan dengan lancar. All the best kepada semua calon-calon yang bertanding kali ini.

NEN/02.07.2020

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s