KONSEP TERAPEUTIK DI DALAM LANDSKAP PERPUSTAKAAN

Oleh: Haslinda Binti Husaini (P 2147), Pensyarah Kanan, Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Shah Alam.

PENGENALAN

Konsep terapeutik di dalam landskap perpustakaan adalah merujuk kepada jenis perkhidmatan, sumber maklumat, ruang serta prasarana atau kemudahan yang ditawarkan sebagai perkhidmatan di dalam perpustakaan. Secara kasarnya, ia merujuk kepada sumbangan perpustakaan daripada pelbagai aspek yang berupaya memberi kesan positif kepada pengguna dan juga kakitangan perpustakaan. Persekitaran landskap perpustakaan dilihat berupaya membantu dan membentuk modal insan dikalangan masyarakat hari ini. Ia turut menyumbang kepada gaya hidup yang sihat dengan mengambil kira faktor positif ke atas aspek fizikal, mental dan juga kerohanian.

PERANAN PERPUSTAKAAN

Perpustakaan dilihat sebagai agen yang paling hampir dengan masyarakat. Menurut Brewster, (2014) perpustakaan awam dilihat sebagai ruang bagi tujuan pemulihan dan penambaikan serta berupaya untuk membawa rasa keseronokan dan mempromosikan gaya hidup sihat yang sejahteraan. Perpustakaan tidak dilihat sebagai sebuah organisasi yang bertanggungajawab untuk persekitaran yang perlu dibaik pulih. Kajian menunjukan elemen persekitaran yang terdapat di perpustakaan iaitu perkhidmatan dan sumber maklumat, prasarana serta kemudahan yang disediakan telah menggalakan aktiviti yang sihat dan membawa kepada pendekatan yang secara tidak langsung memberikan rasa seronok, selesa dan selamat berada di dalam perpustakaan. Hasil kajian tersebut telah mengkategorikan perpustakaan awam kepada:

  1. Perpustakaan sebagai sebuah organisasi yang bersifat terbuka, mesra dan mudah untuk didekati
  2. Perpustakaan sebagai sebuah organisasi yang mempunya sifat menyenangkan dan menyelesakan
  3. Perpustakaan sebagai sebuah organisasi yang mempunyai sifat untuk memperkasakan masyarakat

Ini dapat dilihat dari objektif sasaran perpustakaan awam untuk menjadi tempat yang bermakna bagi pengguna dan komuniti perpustakaan. Semasa sesi temu ramah di awal kajian penyelidikan, didapati bahawa objektif semasa perpustakaan awam yang menekankan ciri perpustakaan awam sebagai institusi dan persekitaran yang kondusif, berteraskan kepada objektif berikut:

  1. Perpustakaan sebagai rumah kedua
  2. Perpustakaan sebagai pusat pembelajaran
  3. Perpustakaan sebagai tempat pertemuan komuniti
  4. Perpustakaan sebagai tempat rekreasi dan riadah
  5. Perpustakaan sebagai tempat pembangunan manusia

Secara tidak langsung, melalui objektif sebegini, perpustakaan awam telah dilihat membudayakan gaya hidup yang sihat di kalangan masyarakat. Ini, disokong oleh sorotan literatur yang melaporkan perpustakaan awam digunakan sebagai tempat untuk membantu dan mempromosi kesejahteraan gaya hidup yang lebih baik, bukannya sebagai tempat pemulihan. Walaupun begitu, kajian terdahulu bersetuju bahawa persekitaran yang baik yang memberi tumpuan kepada kesejahteraan masyarakat akan membantu mempromosikan penyembuhan secara holistik (Brewster, 2014). Justeru, peranan perpustakaan awam dalam perkembangan masyarakat akan lebih jelas dan ketara dengan kualiti landskap terapi di dalam perpustakaan yang mana ia akan menjamin kepuasan terapeutik bukan sahaja di kalangan pengguna malah juga kakitanggan perpustakaan.

TEORI DAN KONSEP

Hasil daripada kajian awal didapati, bahawa pengguna perpustakaan berminat dan peka terhadap perkhidmatan, kemudahan dan koleksi perpustakaan. Bagi jangkamasa panjang, pembangunan landskap yang berupaya memberikan rasa terapeutik di dalam perpustakaan di Malaysia perlu dipertimbangankan. Ia dilihat dari tiga dimensi utama daripada teori asal terapeutik landskap yang dipelopori oleh Gesler (1992) dan popular digunakan dibidang perubatan dan geografi. Teori ini terus berevolusi dalam pelbagai bidang yang lain seperti hospital, taman kanak-kanak, taman bunga warga emas dan lain-lain lagi. Meskipun begitu tiada penemuan yang dilihat mengkaji dari aspek perpustakaan. Melihat kepada kepentingan perpustakaan hari ini yang begitu berperanan di dalam masyarakat dan pembentukan modal insan, kajian telah dijalankan pada tahun 2015 oleh penyelidik bagi mendapatkan elemen yang bersesuaian dalam kerangka kerja yang dibina.

Idea landskap terapi telah digunakan secara meluas untuk menerangkan hubungan antara tempat dan peningkatan kesihatan mental. Justeru dimensi dan elemen bagi kualiti landskap terapeutik di perpustakaan perlu dikaji dan dibina. Ia merupakan konsep yang telah kukuh dalam bidang lain terutama dari area geografi dan perubatan tetapi masih baru untuk diterokai di bidang sains perpustakaan dan maklumat. Tiada elemen, dimensi malah instrument dibina untuk mengukur kualiti landskap terapi di dalam perpustakaan. Justeru, penyelidikan dan kerangka kerja yang masih terlalu baru mengenai landskap terapi di dalam perpustakaan terutama di Malaysia dikaji (Brewster, 2014; Hutchinson, 2014; Motealleh et. al., 2015; Chen 2015; Lipman, 2016; Noordin et. al. 2017; Husaini H., Noordin, S.A and Shuhidan S.M, 2015 & 2018).


Konsep Kerangka kerja Landskap Terapeutik di Perpustakaan  (Husaini, H., Noordin, S.A., Shuhidan, S.M., 2015, 2016, 2017, 2018, 2019, 2020)

Persekitaran landskap terapi dalam perpustakaan, merangkumi aspek seperti persekitaran semula jadi dan binaan, persekitaran sosial perpustakaan dan persekitaran spiritual dalam perpustakaan.  Perpustakaan perlu untuk mengukur aspek yang dinyatakan bagi memastikan sumber dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada masyarakat adalah berkualiti dan mencapai memuaskan hati pengguna.  Dengan cara ini, pihak pengurusan perpustakaan berupaya untuk mengukur prestasi setiap elemen yang disediakan di dalam perpustakaan.

Has 3

MENGADAPTASI NORMA BAHARU BERSAMA MODEL LANDSKAP TERAPI DI DALAM PERPUSTAKAAN

Ketika penularan COVID-19 yang diisytiharkan sebagai pandemik. Pelbagai aktiviti telah terhenti. Malah pergerakan umum turut terbatas. Amat jelas pasca  pandemik ini telah memberikan impak kepada semua industri. Apabila perintah kawalan pergerakan dikeluarkan, ramai kita banyak menghabiskan masa di rumah. Ini menimbulkan situasi yang tidak berapa menyenangkan kepada beberapa pihak, ada antaranya yang berasa gusar kerana kesukaran untuk meneruskan aktiviti harian memandangkan sebahagaian sektor masih berlangsung secara atas talian. Situasi ini, telah membuka norma baharu di dalam pelaksanaan beberapa perkhidmatan terutamanya di perpustakaan. Ia telah merubah landskap gaya hidup dan komunikasi global perpustakaan. Ini ternyata apabila perkhidmatan perpustakaan mendapat lonjakkan ketara dari segi perkhidmatan digital dan sosial. Ini adalah fakta hari ini dan norma baharu dalam sejarah tahun 2020. Peranan perpustakaan dikalangan masyarakat Malaysia hari ini sudah tidak dapat disangkal. Keperluan masayarakat kepada sumber maklumat dan perkhidmatan di perpustakaan berada pada tahap yang amat bagus.

Pasca selepas pandemik adalah lebih mencabar. Pelbagai situasi dialami oleh pelbagai pihak. Justeru perpustakaan serta kakitangan perlu lebih bersedia dalam menerima cabaran ini. Perpustakaan awam sudah dikenal masyarakat sebagai tempat untuk mengakses maklumat dan menjalankan aktiviti kemasyarakatan. Peranan dan fungsi perpustakaan awam sangat difahami oleh masyarakat. Hari ini dengan kemajuan teknologi dan komunikasi, peranan perpustakaan awam diserlahkan lagi dari perspektif penyertaan sosial bersama masyarakat. Oleh itu, perpustakaan harus melihat semula akan elemen yang berada di dalam landskap perpustakaan hari ini. Ini bagi memastikan perkhidmatan perpustakaan hari ini bukan sahaja mencapai objektif tetapi juga berupaya membantu menangani pelbagai masalah sosial yang lain yang wujud akibat daripada impak pandemik. Selaku organisasi yang paling hampir dengan masyarakat, perpustakaan harus bijak mengambil peluang ini dengan menggunakan keseluruhan sumber maklumat dan perkhidmatan yang terdapat di perpustakaan bagi membantu masyarakat. Antaranya ialah dengan penganjuran pelbagai aktiviti sosial atas talian bersama masyarakat seperti:

  1. Diskusi peluang perniagaan
  2. Membina & mempromosi koleksi bahan bacaan mengikut keperluan
  3. Peluang bagi melanjutkan pelajaran
  4. Mengadakan pelbagai aktiviti atas talian
  5. Mengadakan latihan kemahiran ICT
  6. Bual bicara secara langsung bersama komuniti
  7. Menganjurkan latihan literasi maklumat
  8. Mempelbagaikan aktiviti bagi mengalakan masyarakat membaca seperti IM Read
  9. Mempromosikan bahan koleksi secara atas talian
  10. TV perpustakaan

Dengan cara begini, masyarakat akan terasa lebih dekat dan lebih mahu mengenali dan mendatangi perpustakaan. Kelangsungan itu, perpustakaan boleh menggunakan daya tarik yang ada pada pada perpustakaan seperti persekitaran kerohanian, persekitaran sosial dan juga persekitaran semulajadi/binaan di perpustakaan. Aktiviti lanjut di dalam perpustakaan perlu dirancang bagi memastikan penggunaan perpustakaan berada di tahap maksimun dan mampu membentuk modal insan.

KESIMPULAN

Has 4

Konsep terapeutik dalam perpustakaan merujuk kepada penggunaan perkhidmatan, ruang, sumber maklumat yang ada di dalam perpustakaan yang berupaya memberi kesan positif kepada pengguna dan juga kakitangan perpustakaan. Kesan yang positif yang dimaksudkan termasuklah peningkatan kepada aspek fizikal, mental dan juga kerohanian pengguna dan kakitangan perpustakaan. Erti kata lain ia adalah ruang dan persekitaran yang mampu menggalakan aktiviti yang sihat dan membawa pendekatan yang secara tidak langsung menjadikan seseorang rasa seronok berada di dalam perpustakaan. Kesemua aspek ini merupakan ciri penting kepada pembangunan modal insan. Melihat kepada peranan perpustakaan hari ini yang mementingkan sumber maklumat dan perkhidmatan serta penyediaan fasiliti yang terbaik demi menjamin kualiti dan kepuasan pengguna. Ini penting dalam memastikan objektif utama perpustakaan dalam menawarkan pelbagai perkhidmatan dan fasiliti tercapai. Hasil daripada penyelidikan ini, terdapat tiga perkara yang disumbangkan dari penyelidikan, iaitu:

  1. Model Bagi Kualiti Dan Kepuasan Terapeutik Landskap Di Perpustakaan
  2. Instrument Dan Soalan Kaji Selidik Kualiti Dan Kepuasan Pelanggan
  3. Perpustakaan Awam Sebagai Terapeutik Landskap: Landscape: Alat Penilai Kualiti

Hasil penyelidikan telah menerima Hak Cipta daripada MyIPO, iaitu Perbadanan Harta Intelek Malaysia. Pendekatan ini boleh dijadikan sebagai salah satu asas bagi mengukur prestasi perpustakaan. Adalah penting bagi perpustakaan untuk mengukur keupayaan sumber yang ada yang mana ia mampu memberikan data dan fakta yang tepat dalam membantu pengurusan dan perancangan perpustakaan.

RUJUKAN

Aarts, H and Dijksterhuis, AP. (2003). The Silence of the Library: Environment, Situational Norm, and Social Behavior. Journal of Personality and Social Psychology. Vol 4 (1): 18-24

Association of Research Libraries Statistics and Assessment Program. (2014). LibQUAL+®. Retrieved September 12, 2014, from https://www.libqual.org/about/about_lq/general_info

Brewster, Liz. (2014). The Public Library as Therapeutic Landscape: A Qualitative Case Study. Health & Place 26: 94-99

Conradson, D.  (2005).   Landscape, Care and   the   Relational   Self: Therapeutic Encounters in Rural England.  Health Place 11 (4).  337. http://Dx.Doi.Org/10.1016/J. Health-Place, 2005.02.004 -48

Frederiksen, Lia. (2015). Our Public Library: Social Reproduction and Urban Public Space in Toronto. Women’s Studies International Forum 48: 141-153

George, D., & Mallery, P. (2003). SPSS for Windows step by step: A simple guide and reference. 11.0 update (4th ed.). Boston: Allyn & Bacon.

Gesler, W.M.  (1993), ‘Therapeutic Landscapes:  Theory and a Case Study of Epidaurus, Greece’, Environment and Planning D 11: 171–89.

Gesler, W.M. (1998), ‘Bath’s Reputation as a Healing Place’, in R.A. Kearns and W.M.  Gesler (eds) Putting Health into Place (Syracuse:  Syracuse University Press) pp. 17–35.

Glenn Garder, Anne Gardner, Lorna MacLellan, Sonya Osborne. (2003). Reconceptualising the objective of a pilot study for clinical research. International Journal of Nursing Studies. V.4 (7); 719 – 724.

Husaini, H., Noordin, S.A., Shuhidan, S.M. (2019). Accommodating Children’s Social Wellbeing through Library Therapeutic Landscape: A Conceptual Framework. 33rd IBIMA Conference, Granada, Spain: 10-11 April

Husaini, H., Noordin, S.A., Shuhidan, S.M., Bahry, F. D.S. (2019). Modelling the Public Library Therapeutic Landscape Quality and Satisfaction. 33rd IBIMA Conference, Granada, Spain: 10-11 April 2019.

Husaini H., Noordin, S.A and Shuhidan S.M (2015). Bibliotherapy in the Malaysian Public Libraries: A Conceptual Framework’. The Asian Conference on Literature and Librarianship 2015. Osaka 2 – 5 April. Conference Proceedings; ISSN 2186-2281

Husaini H., Noordin, S.A and Shuhidan S.M (2015). Assessing The Public Library Therapeutic Landscape Quality and Satisfaction: A Conceptual Framework. International Journal of Computer Science and Electronic Engineering. 3 (5): 371 – 374.

Husaini H., Noordin, S.A and Shuhidan S.M (2015). The Public Library as Therapeutic Landscape: Quality and Satisfaction. National Invention Innovation Design Research. Faculty of Information Management, MARA University of Technology, ISBN: 9789834277161

Jiang, Shan. (2014). “Therapeutic Landscapes and Healing Gardens: A Review of Chinese Literature in the Relation to the Studies in Western Countries.” Frontiers of Architectural Research 3 (2): 141-53.

IM Read (2020). Book Talk with PNM. Retrieved https://www.facebook.com/IM-Read-112080073799316

IM Read (2020). U-Pustaka: Generasi Milenial Vs Generasi Z | Book Talk Bersama Encik Ali Bin Rashid. Retrieved https://youtu.be/AS7V18tIGV0

Krolak Lisa (2005), The role of libraries in the creation of literate environment. A paper prepared for the UNESCO education for all global monitoring report, 2006, literacy for life, Hamburg, Germany, 2006.

Lucas, C. V., & Soares, L. (2013). Bibliotherapy: A tool to promote children’s psychological well-being. Journal of Poetry Therapy, 26(3), 137–147. doi:10.1080/08893675.2013.823310

Martin, GP., et.al. (2005) Place, policy and practitioners:  on rehabilitation, independence and their therapeutic landscape in the changing geography of care provision to older people in the UK. Soc. Sci. Med. 61 (9): 1983-1904

Motealleh, P. et. al., (2015). Investigating the significance of landscape in designing library by emphasizing on the enhancement of learning. HBRC Journal. http://dx doi:10.1016/j.hbrcj.2014.12.007

Mohamad Yusoff et. al. (2013). Attitude towards Rural Library Services among Youths in Malaysia. Journal of Basic and Applied Scientific Research. 3(6)777-782.

Noordin, S.A., Husaini, H., Shuhidan, S.M., Othman, N.A. (2020). A Preliminary Study on the Library Therapeutic Landscape Quality: Evidence from Malaysia. (2020) International Economic Society. Volume 12, Issue 2, 831-836

Noordin S.A, Husaini H. and Shuhidan S.M. (2016). Library Therapeutic Landscape Quality of the Public Library. 27th IBIMA Conference. Milan, Italy: 4 – 5 May

Palka, E. (1999). Accessible    Wilderness    as    a    Therapeutic    Landscape: Experiencing the Nature of Denali National Park, Alaska.  Therapeutic Landscapes:    The    Dynamic   Between    Place    and    Wellness.    MD: University Press of America, Inc.: 29-51. 

Parasuraman, A. A., Zeithaml, V. A., & Berry, L. L. (1988). SERVQUAL: A Multiple-Item Scale for Measuring Consumer Perceptions of Service Quality. Journal of Retailing, 64(1).

Scarpaci, J. (1999). Healing Landscapes:  Revolution and Health Care in Post-Socialist Havana. Therapeutic Landscapes: The Dynamic Between Place and Wellness. MD: University Press of America, Inc.: 202-20. 

Suhar et. al. (2012). Towards A Better Design: Physical Interior Environment of Public Libraries in   Peninsular Malaysia. Procedia – Social and Behavioral Sciences 4: 131-143

Thurber, C.   and   Malinowski, J.   (1999). Summer   Camp   as   a   Therapeutic Landscape.  Therapeutic Landscapes:  The Dynamic Between Place and Wellness. MD: University Press of America, Inc.: 53-70. 

Tukhareli, Natalia. (2011) Bibliotherapy in a Library Setting: Reach out to Vulnerable Youth. The Canadian Journal of Library   and Information Practice and Research, vol. 6, no. 1,2011.

Williams, A.  (2002). Changing geographies of care:  employing the concept of therapeutic landscapes as a framework in examining home space. Social Science & Medicine. 55(1): 141-54 

Wilson, K. (2003). Therapeutic Landscapes and   First Nations peoples:   an exploration of culture, health and place. Health & Place. 9(2): 83-93. 

Winterson, J., 2012. We Must Protect and Reinvent Our Local Libraries. The Guardian, London, 23 November.

Wood, V.J., et al., (2013). Creating “therapeutic landscapes” for mental health careers in inpatient settings: a dynamic perspective on permeability and inclusivity. Soc. Sci. Med. 91, 122–129

Zakaria, Z.; Z.H. Hussin; N. Noordin; M.Z.H.M. Sawal; S.M.A.S. Ahmad Alhady, et al., (2011). Service Quality Dimensions In Public Library: Northern Area Experienced”, J. Soc. Sci., 7: 265-270

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s