CABARAN TUGAS PUSTAKAWAN SEMASA TEMPOH COVID-19

Oleh: Md Yazid Muji (P1594), Pustakawan Kanan, Pusat Sumber Informasi (IRC), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).

1. Pengenalan

Satu cabaran yang besar buat rakyat Malaysia sejak disahkan pandemik COVID-19 merebak di negara Malaysia pada 25 Januari 2020 yang lalu. Di tambah pula, Perdana Menteri Malaysia iaitu YAB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Bin Hj. Muhmmad Yassin telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula dari 18 mac hingga 14 April. Perkembangan ini telah memberi impak kepada sosial, ekonomi, perdagangan, pendidikan, agama, sukan, kebudayaan dan perlancongan. Malah ia juga telah menimbulkan pembelian panik ke atas barang-barang keperluan seperti beras, telur, gula, minyak, ayam, daging, ikan dan lain-lain.

Gambaran imej COVID-19

Sejak diumumkan pandemik ini, juga telah menyebabkan topeng muka tidak mengcukupi kerana ada individu di kalangan rakyat Malaysia membeli topeng muka ini dengan kuantiti yang banyak sehingga orang lain gagal membelinya dari farmasi tersebut. Keadaan ini, juga ada pihak tidak bertanggungjawab telah menaikkan harga sewenang-wenangnya tanpa rasa bersalah dan rasa tanggungjawab.

2. Kemaskini status maklumat COVID-19

Sebagai rakyat Malaysia tidak pernah lekang dengan kemaskini maklumat berkenaan COVID-19 samada melalui kaca televisyen, radio atau media sosial seperti Facebook & Whatapps. Saya secara peribadi berpendapat yang kemaskini dari Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia iaitu Datuk Dr. Noor Hisham bin Abdullah lebih sampai kerana kemaskini yang diberikan secara liputan menyeluruh melalui siaran-siaran televisyen seperti TV1, TV2, TV3, Astro dan siaran TV yang lain.

Kita juga boleh lakukan tinjauan melalui media sosial terutama melalui Facebook yang banyak membuat liputan secara berterusan berkenaan status terkini wabak COVID-19. Liputan ini merangkumi status terkini berdasarkan tarikh ke atas kes baharu, kes sembuh baharu, kematian baharu, jumlah kes aktif, jumlah kes sembuh, jumlah kematian dan jumlah kes keseluruhan wabak COVID-19 di seluruh Malaysia. Salah satu contoh yang dapat dilihat melalui infografik yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bertarikh 10 Mei 2020 yang menyediakan data-data dinyatakan di atas dengan terperinci.

Datuk Dr. Noor Hisham bin Abdullah sedang membentangkan laporan status Covid-19
di dalam siding akhbar bersama wartawan

Berdasarkan infografik di bawah, mencatatkan 67 kes baharu dan 96 kes baharu di Malaysia. Jumlah kes sembuh juga terus meningkat di mana ia mencatat 5,025 kes sembuh bersamaan 75.5% dari jumlah kes keseluruhan, 6,656 kes. Manakala jumlah kes aktif adalah 1,523 kes bersamaan 22.88% dari jumlah keseluruhan dengan mencatat jumlah kes ICU 18 orang dan 6 orang daripadanya menerima bantuan alat penafasan. Selain itu, infografik ini juga memaparkan jumlah kematian seramai 108 orang atau 1.62% dari jumlah kes keseluruhan. Secara langsung, maklumat ini memberi gambaran sebenar kepada semua rakyat Malaysia berkenaan status COVID-19 ini dan saya secara peribadi mengucapkan syabas kepada KKM dengan inisiatif dan usaha keras ini.

Status Covid-19 di Malaysia pada 10 Mei 2020

Kemaskini status COVID-19 ini juga dapat kita saksikan di mana Jabatan Kesihatan Negeri Selangor mengambil tindakan yang sama memberi maklumat terkini kepada penduduk Selangor yang menyediakan maklumat berkenaan kes terkumpul, kes sembuh, kematian, kes aktif dan kes luar negara. Maklumat terperinci ini merangkumi 9 daerah di Selangor iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat, Petaling, Sepang, Hulu Langat, Gombak dan Hulu Selangor.

Kes aktif Covid-19 mengikut mukim di Daerah Negeri Selangor

Melalui infografik di atas juga memaparkan jenis zon iaitu zon merah, zon hijau, zon kuning dan zon jingga.

3. Limitasi akses kepada dokumen atau fail kerja

Semenjak PKP dilaksanakan pada 18 April yang lalu, saya sebagai pustakawan di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) sememangnya menghadapi limitasi dalam mengakses dokumen-dokumen atau fail-fail penting di pejabat. Dengan limitasi ini, sukar bagi Pustakawan yang bertugas di bahagian teknikal contohnya di bahagian pembelian, katalog dan langganan pangkalan data. Bahagian-bahagian ini memerlukan bahan yang perlu dirujuk dan disemak bagi menjalankan proses teknikal seperti penerimaan bahan dan mengkatalog bahan secara 3terperinci.

Selain itu, di bahagian pembelian bahan dan langganan pangkalan data semestinya akan merujuk dan menyemak dokumen sebutharga, menyediakan memo pembelian atau langganan, menyemak invois pembelian atau langganan, menghadiri mesyuarat tender dan menyemak surat perjanjian. Walaupun pihak vendor boleh menyediakan dokumen sebutharga dan invois dalam format elektronik, tetapi semakan secara fizikal lagi selesa di kalangan Pustakawan. Pustakawan juga boleh berdepan dengan vendor jika dokumen-dokumen yang disediakan tidak memenuhi keperluan pembelian atau langganan.

Syukur Alhamdulillah syukur, walaupun menerima halangan limitasi yang sangat mencabar ini ketika tempohmasa PKP, sebagai seorang pustakawan telah berjaya melaksanakan beberapa tugas dan aktiviti dengan lancar dan konsisten secara berkerja dari rumah. Beberapa tugasan dan aktiviti penting yang dinyatakan dapat disenaraikan seperti di bawah:-

  • Menguruskan proses tandatangan dan pengesahan surat perjanjian ScienceDirect dan SCOPUS oleh TNC bagi tahun 2020.
  • Menghadiri mesyuarat bersama Pengarah, Ketua Unit dan staf UNITEN IRC melalui Microsoft Team Meetings, Zoom Cloud Meetings dan Cisco Webex Meetings.
  • Menyertai mesyuarat Personal Data Protection (PDP) bersama Unit Undang-undang UNITEN dan wakil unit bisnes lain melalui Microsoft Team Meetings.
  • Menyertai dan menjadi moderator di Program Jom Membaca Bersama semasa Quran Time anjuran Pusat Islam UNITEN.
  • Menyertai dan menjadi hos mesyuarat Internship: Task and Project Progress bersama pelajar praktikal melalui Cisco Webex Meetings.
  • Menyertai Sesi Perbincangan Pengurusan dan Hal Ehwal Kepustakawanan anjuran Librarian Ideas melalui Facebook Live.
  • Mengemaskini status semasa COVID-19 di UNITEN IRC Facebook Timeline dengan mengambil sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
  • Penyediaan infografik laporan statistic EDS, OPAC, Pure Technology, laman web, langganan pangkalan data, aktiviti IRC semasa PKP dan total paper submission di dalam platform Turnitin.
  • Mengemaskini data IRC di dalam pangkalan data Malaysia Academic Statistic Report.

4. Mengadaptasi norma baharu

Dengan melalui pasca pandemik Covid-19 sejak 18 Mac 2020, ke semua rakyat Malaysia telah melalui norma baharu walaupun dalam keadaan kita rela atau tidak rela, suka atau tidak suka, bersedia atau tidak bersedia dan boleh adaptasi atau tidak adaptasi. Kita pun sudah melalui fasa ini dengan keadaan cuba membiasakan diri untuk memenuhi sesuatu keperluan. Dengan kata lain, pasca pendemik ini telah memberi impak yang besar kepada perkhidmatan kesihatan, jualan barangan, bisnes pendidikan, pasaran hartanah dan lain-lain. Selain itu, aktiviti-aktiviti kebiasaan rakyat Malaysia turut berubah di mana kita tidak sewenang-wenangnya untuk membeli belah, bersukan, berekreasi, membeli belah dan lain-lain bagi menyokong usaha kita memutuskan rantaian Covid-19 di Malaysia.

Maklumat berkenaan langkah-langkah yang perlu diambil semasa norma baharu

Dalam adaptasi norma baharu ini, suatu kajiselidik telah dilaksanakan oleh Firma Konsultan Bershire Media ke atas 15,340 responden terdiri dari rakyat Malaysia yang mewakili majoriti demografi di negara ini. Berdasarkan kajiselidik ini terdapat 60.7% responden merasakan mereka perlu mengambil langkah berjaga-jaga selepas PKP berakhir, 24% masih merasakan tidak selamat untuk berada di luar sana, manakala baki 15.1% merasakan keadaan sudah kembali terkawal. Sementara itu, 39.3%s responden merasakan mereka tidak akan lagi melakukan aktiviti normal seperti ke restoran Mamak, ke tempat awam, malah menghadiri majlis perkahwinan, 48.8 peratus pula memilih untuk keluar jika benar-benar penting, dan baki 11.8 peratus lagi merasakan kehidupan kembali seperti normal untuk mereka.

Cara berinteraksi semasa rakan sekerja, kawan-kawan, pelanggan, pelajar, pensyarah, penyelidik dan lain-lain turut berubah secara drastik. Pengaplikasian platform video atas talian seperti Google Meet, Zoom Cloud Meeting, Cisco Webex Meetings dan Microsoft Team Meetings. Namun begitu penggunaan platform ini, memerlukan peranti dan rangkaian internet yang baik dalam menyokong perlaksanaan teknologi ini secara berkesan dan meluas. Pustakawan salah satu profession penting di saat pandemik COVID-19 juga mengambil peluang situasi semasa ini dengan menggunakan Facebook Live dalam melaksanakan sesi perkongsian ilmu, idea dan pengalaman sesama Pustakawan di seluruh Malaysia. Syabas saya ucapkan kepada pasukan Librarian Ideas kerana bertungkus lumus secara konsisten mengelola sesi ini dengan baik dan lancar. Berdasarkan pos di dalam Facebook Page Librarian Ideas siri Sembang Santai akan dilaksanakan pada 20 Jun 2020 yang bertajuk Perkhidmatan Perpustakaan Kembali Beroperasi: Bersediakah Kita?. Syabas sekali lagi dari saya.

Selain itu, apa yang saya dapat tinjau di dalam situasi norma baharu ini kebanyakkan rakyat Malaysia telah berkerja dari rumah atau Work from Home (WFH). Kebanyakkan tugas hakiki dilakukan di rumah dengan dilengkapi laptop, meja laptop, telefon pintar dan rangkaian UNIFI membolehkan tugas- tugas tersebut dilaksanakan dengan lancar dan mengikut seperti yang dirancang.. Komunikasi telah dapat dilaksanakan melalui panggilan telefon, email, mesyuarat atas talian seperti dinyatakan paragraf di atas dan WhatApps. Antara tugas mencabar yang dihadapi adalah semasa menyediakan kertaskerja pembaharuan pangkalan data atas talian, mendapatkan perakuan atau pengesahan dari Pengarah IRC, kelulusan menggunakan peruntukkan bajet dan berkomunikasi dengan Jabatan Perolehan dan Kewangan. Selain tugas hakiki, ada tugas lain yang amat mencabar buat pustakawan yang bergelar ayah/bapa/abah kerana menjadi Mr. Mama sepenuh masa menjaga anak-anak di rumah. Dalam menjaga anak, cabaran lain yang perlu dipenuhi adalah makan dan minum, jajan, keperluan dapur dan keperluan kenderaan peribadi.

5. Kesimpulan

Secara realiti, kita perlu menghadapi norma baharu ini secara positif dan dengan hati terbuka. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua mengharungi semua ujian ini. Aamin, Aamiin Ya Rabbal Alamin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s