LIBRARIAN IDEAS: SEMBANG SANTAI SERIES 5 MENJALANKAN PENYELIDIKAN SEMASA PKP: DI MANAKAH PERANAN PUSTAKAWAN?

Oleh: Nor Edzan Che Nasir (Ph.D.), Mantan Presiden Terkini PPM; dan Ketua Editor Berita PPM dan Jurnal PPM, 2018/2020

Pada 22 April 2020, Librarian IDEAS telah bersiaran pada jam 10.00 pagi buat kali kelima. Ahli panel terdiri daripada Dr. Diljit Singh, Konsultan dan Pensyarah yang telah bersara dari Universiti Malaya; Dr. Ranita Hashim, Pustakawan Kanan dari Perpustakaan Universiti Malaya; dan Dr. Siti Khairunnisa Sheikh Abdul Mutalib, Pensyarah Kanan dari Universiti Teknologi MARA Kedah. Dr. Mohd. Faizal Hamzah, Pustakawan Kanan dari Universiti Malaya bertindak sebagai moderator.

Makluman forum Sembang Santai Series 5

Seperti kebiasaan, forum dimulakan dengan pengenalan diri dan moderator seterusnya mengutarakan soalan kepada ahli panel. Ahli panel menyatakan budaya kajian dikalangan pustakawan dan pensyarah muda wujud tetapi pada tahap yang rendah. Tetapi masih terdapat penerbitan dari kalangan bidang kepustakawan di dalam jurnal serta persidangan tempatan dan antarabangsa. Bagi pustakawan, terdapat kecenderungan untuk menjalankan penyelidikan berskala kecil dan dibentang di organisasi sendiri. Bagi pensyarah pula, ahli panel berpendapat kekurangan dana, kurang pendedahan, persepsi tentang penyelidikan serta tajuk penyelidikan mungkin menjadi penghalang.

Ahli panel juga berpendapat kurang pengetahuan dan kemahiran tentang kaedah penyelidikan tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak membuat penyelidikan. Kaedah penyelidikan adalah salah satu kursus yang diajar dalam program sains perpustakaan dan maklumat. Ini menunjukkan bahawa asasnya sudah ada tetapi perlu diingat kembali dan dipraktikkan. Terdapat banyak sumber maklumat mengenai kaedah penyelidikan yang boleh dirujuk oleh pustakawan. Ahli panel juga menyatakan sehingga kini tiada penyelidikan dalam bidang kepustakawanan yang menyumbang kepada polisi kerajaan kerana penyelidikan kita bukan cross disciplinary tetapi tertumpu kepada kepustakawanan sahaja.

Seseorang individu itu perlu mempunyai minat untuk menjalankan penyelidikan dan menulis. Ahli panel menyatakan budaya ini perlu di terap dan boleh bermula dari tempat kerja. Penyelidikan boleh bermula secara berkumpulan dan beban kerja diagih kepada ahli kumpulan. Disertasi dan tesis boleh diolah untuk menjadi artikel dan kertas persidangan. Bagi pensyarah pula, mereka juga boleh membentuk satu pasukan, pilih tajuk penyelidikan dan cari penyelesaian yang mungkin.

Ahli panel juga menjawab soalan-soalan yang ditanya oleh penonton seperti sumbangan penulisan kepada KPI, cara untuk memulakan penyelidikan dan kursus kaedah penyelidikan yang banyak diadakan tetapi masih tidak dapat menghasilkan banyak penulisan, Ahli panel menyarankan supaya ada champion dikalangan pustakawan dan pensyarah yang boleh mengajak rakan sekerja untuk bersama-sama menjalankan penyelidikan dan penulisan. Ahli panel menyarankan agar kita melihat kepada impak kecil dan jangan terlalu fokus kepada impak besar. Sekecil mana pun penyelidikan yang dijalankan, hasilnya tentu sekali akan menyumbang kepada pengetahuan. Buat masa ini terdapat ramai pustakawan yang berpengalaman dalam penyelidikan dan penulisan yang sedia membantu.

MJLIS adalah satu-satunya jurnal sains perpustakaan dan maklumat
yang diindeks oleh WOS dan Scopus

Forum ini berakhir sekitar jam 11.30 pagi. Tahniah dan syabas kepadaa ahli panel dan moderator. Sila layari Facebook Librarian I.D.E.A.S. untuk menonton rakaman Sembang Santai: Series 5.

URL: https://web.facebook.com/librarianideas/videos/3810242742380505/

NEN/26.04.2020

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s