LIBRARIAN IDEAS: SEMBANG SANTAI SERIES 4 PERANAN PUSTAKAWAN DALAM MENGEKANG PENULARAN BERITA PALSU

Oleh: Nor Edzan Che Nasir (Ph.D.), Mantan Presiden Terkini PPM; dan Ketua Editor Berita PPM dan Jurnal PPM, 2018/2020

Librarian IDEAS telah bersiaran buat kali keempat pada 16 April 2020 bermula dari jam 10.00 pagi. Panel jemputan kali in terdiri daripada Dr. Nor Edzan Che Nasir, Mantan Presiden Terkini PPM; Encik Zawawi Tiyunin, Ketua Pustakawan UMS; dan Tuan Noorazmir Zakaria, Peguam dari Akram Hizri Azad & Azmir. Moderator kali ini adalah Encik Mohd. Ikhwan Ismail, Pustakawan Kanan dari Universiti Sains Malaysia.

Makluman forum Sembang Santai Series 4

Seperti biasa, platform yang digunakan kali ini ialah Stream Yard. Forum bermula dengan pengenalan diri kesemua ahli panel dan ahli panel juga berkongsi secara ringkas pengalaman mereka sepanjang PKP. Apabila menyentuh tentang penularan berita palsu, kesemua ahli panel bersetuju bahawa sepanjang PKP, jumlah bilangan berita palsu meningkat.

Dr. Nor Edzan Che Nasir dan Encik Zawawi Tiyunin telah memberi pendapat dari perspektif pustakawan. Mereka menyatakan pustakawan perlu memain peranan untuk menyedarkan masyarakat mengenai penyebaran berita palsu. Pustakawan juga perlu membantu kerajaan dalam membendung penularan berita palsu melalui peringatan dalam bentuk posting atau video mengenai cara untuk mengesan berita palsu dan bahaya penularan berita palsu. Walaupun kursus literasi maklumat diadakan di kebanyakan perpustakaan, masih terdapat sebilangan besar masyarakat yang tidak menilai kesahihan berita yang mereka terima. Persoalan yang timbul disini ialah adakah kursus literasi maklumat kurang berkesan atau ada kelompok masyarakat yang tidak didedahkan kepada kursus literasi maklumat? Kedua-dua ahli panel ini bersetuju agak usaha perlu dipertingkat untuk mendedahkan masyarakat kepada cara untuk menilai berita palsu.

Infografik How to Spot Fake News: COVID-19 Edition
(Sumber: https://www.ifla.org/publications/node/93015)

Tuan Noorazmir Zakaria telah membentang isu penularan berita palsu dari sudut perundangan. Beliau menyatakan penyebaran berita palsu adalah salah di sisi undang-undang. Sebarang penularan berita palsu melalui media sosial boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman denda atau penjara. Terdapat beberapa akta lain yang membabitkan penularan berita palsu seperti Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, Akta Fitnah dan Akta Hasutan. Beliau berpendapat pustakawan juga perlu menyatakan dalam posting mereka implikasi penyebaran berita palsu dari segi undang-undang. Tuan Noorazmir Zakaria menjelaskan perjalanan mahkamah sepanjang PKP. Beliau juga diminta oleh penonton untuk memaklumkan proses yang berlaku apabila seseorang itu dibawa ke mahkamah untuk menghadapi pertuduhan menyebar berita palsu.

Ahli panel telah memberi respon kepada pelbagai soalan yang dilontar oleh penonton dan juga mengambil maklum kepada pandangan yang diberi. Memandangkan terdapat banyak soalan terutama yang berkait dengan perundangan, forum kali ini berakhir sekitar jam 11.30 pagi. Sekali lagi, tahniah dan syabas Librarian IDEAS.

Bagi mereka yang ingin melihat serta mendengar forum ini, sila layari Facebook Librarian I.D.E.A.S.

URL: https://web.facebook.com/ikhwanismail82/videos/10218900320832032/

NEN/26.04.2020

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s