LIBRARIAN IDEAS: SEMBANG SANTAI: PERANAN PUSTAKAWAN SEMASA MENEMPUH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

Oleh: Nor Edzan Che Nasir (Ph.D.), Mantan Presiden Terkini PPM, Ketua Editor Berita PPM dan Jurnal PPM, 2018/2020

Sekumpulan pustakawan muda yang menamakan diri mereka Librarian IDEAS (Information, Dissemination, Expertise, Amazing, Success) telah mengadakan satu forum perbincangan secara maya pada 23 Mac 2020 bermula dari jam 10.00 pagi. Ini adalah program pertama yang diadakan oleh Librarian IDEAS yang terdiri daripada Amirul Firdaus Zilah (Pustakawan Kanan, Perpustakaan UMK), Dr. Mohd. Faizal Hamzah (Pustakawan Kanan, Perpustakaan UM), Mohd. Ikhwan Ismail (Pustakawan Kanan, Perpustakaan USM) dan Nurul Diana Jasni (Timbalan Ketua Pustakawan, Perpustakaan UiTM). Mohd. Ikhwan Ismail menyatakan walaupun ahli kumpulan mengenali sesama sendiri tetapi mereka menjadi akrab semasa menjadi sukarelawan IFLA WLIC 2018 di Kuala Lumpur.

Sembang Santai dalam bentuk forum yang santai kali ini membicarakan “Peranan Pustakawan Semasa Menempuh Perintah Kawalan Pergerakan”. Dr. Mohd. Faizal Hamzah menyatakan objektif utama program kali ini adalah untuk memberi peluang kepada semua pustakawan berbincang mengenai apa sahaja topik berkaitan dengan profesion, memberi peluang dan ruang kepada pustakawan muda memberi pendapat tentang isu-isu semasa dan menjadikan topik perbincangan sebagai satu wardah yang boleh disertai semua orang.

Makluman forum Sembang Santai

Forum yang julung kali diadakan ini mengguna platform Cisco Webex Meeting dan Facebook Live dan telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Walaupun terdapat beberapa gangguan teknikal, forum ini masih boleh diikuti dengan jelas. Penonton telah menghantar pelbagai soalan, komen, cadangan dan saranan sepanjang perjalanan forum. Antara soalan-soalan yang ditanya dan yang telah diberi maklumbalas oleh ahli panel adalah seperti berikut:

  • How are you serving your users?
  • Bila online resources nak jadi pilihan utama. What is the best way we can maximize the usage selain dari marketing as library individually?
  • For 7 days MCO, any recorded rapid increments for online/digital sources?
  • WFH … adakah kekangan infra juga satu cabaran. Bagaimana pustakawan menghadapi cabaran?
  • Boleh kongsikan jika mana2 perpustakaan ada Pelan Pengurusan Krisis?
  • Apa yang pustakawan beri tugas kepada kakitangan sokongan dalam waktu sekarang?
  • Mantap online services, mantap services pustakawan online. At the end relevance tak traditional libraries?
  • Apakah persediaan yang diperlukan oleh pustakawan dalam membantu pengguna dalam keadaan sebegini (lockdown)? Adakah memadai dengan menyediakan maklumat spt sebelum ini?
  • Minta Encik Ikwan Listkan free databases tersebut
  • I was about to ask about s26 to s19. nk mtk diorg use their own data pon rasa bersalah … tp diorg sgt x berkira.

Penonton juga memberi pelbagai cadangan, saranan dan teguran. Antaranya:

  • Panel boleh highlight isu network di kalangan Perpustakaan dan merayu stakeholder untuk memberi perhatian.
  • Infrastructure, policy/SOP are not the only things, the capability of ourselves also the strength for the profession in order to success.
  • Kita boleh brainstorming online on plan tu. then masing2 sesuaikan dengan agensi/institusi masing2.
  • Dr Faizal saya cadangkan utk buat online forum ni setiap minggu dlm situasi movement control order n work from home.
  • Pandangan saya kita perlu tingkatkan keupayaan (skill and competency) dalam 1) Risk Management 2) Business Continuity Management. Dua ini kan buat kita melihat semua keupayaan kita dgn lebih baik termasuk diri kita sendiri, process kita, SOP dan infrastructure.
  • Mengenai kekangan infrastruktur: Setiap Pustakawan kakitangan kerajaan patut tahu/sedar boleh dapatkan hp atau PC ini mengikut PEKELILING WP9.1/2013 Peraturan-peraturan dan syarat-syarat mengenai Skim Pembiayaan Komputer Bagi Anggota Perkhidmatan Awam. Oleh itu, saya setuju Pendapat panel yang menyatakan sikap proaktif dan sentiasa menyediakan diri untuk mendapatkan sebuah PC atau laptop, dan smartphone. Tq.
  • Ghaz, looking forward to a training by u on this 💪
  • Setuju Dr Ghaz n leadership skills sebab dlm beberapa thn akan datang semua pustakawan muda akan jadi Ketua Pustakawan esp di perpustakaan akademik.
  • Kena terangkan kpd staf kenapa buat itu dan ini apa objektif nya kp pengguna. cth, kita kena jawab chat 24 jam sbb impak dia pengguna bleh graduate on time & sebagainya. kalo Perpustakaan awam mungkin pengguna perlu maklumat utk kerja sekolah, kerja komuniti, kerja hakiki, perniagaan.
  • Setiap Perpustakaan perlu menguji performance accessibility perkhidmatan digital yg disediakan.
  • Minta UMK write up camna korang handle krisis2 dlm Berita PPM. Supaya pengalaman tu jadi panduan kpd semua.
  • Kita perlu ada Disaster Mgmt Plan/Risk Mgmt Plan yang boleh digunapakai oleh semua jenis perpustakaan. Kita perlu bersedia utk apa2 kemungkinan … haze, penyakit berjangkit, bencana alam.
  • Digital Library, biar accessible pd semua bahan digital yang telah dilaksanakan. Kepakaran dan usaha berterusan dalam memantau dan menyelenggara bahan tersebut untuk terus diakses. Paling penting juga, ada backup pada semua bahan yang telah di digital.
  • Di KPM skrg menggunakan pelantar pembelajaran iaitu google classroom.Saya sgt suka dengan perkongsian video mengenai peranan pustakawan.Saya ada juga menyebarluaskan perkhidmatan2 yg ditawarkan oleh perpustakaan negara,perpustakaan akademik dan bbrp institusi kerajaan untuk mempelbagaikan sumber maklumat.Saya harap ada rakan2 yang boleh bantu saya dan rakan2 di Sektor sumber dan teknologi pendidikan setiap negeri dan unit sumber dan teknologi pendidikan setiap daerah.terima kasih.
  • Lepas ni apa2 cerita pasal Perpustakaan boleh share dlm bentuk tulisan publish dlm blog juga.

Forum ini berakhir sekitar jam 11.16 pagi. Pada jam 5.00 petang, perangkaan yang tercatit adalah 1,160 tontonan, 48 perkongsian, 277 komen dan 202 likes, love, emoji.

Dalam posting selepas forum berakhir, Mohd. Ikhwan Ismail bagi pihak Librarian IDEAS telah merakamkan uacapan terima kasih kepada semua yang telah menonton dan mengikuti sesi Sembang Santai. Beliau menyatakan “Kami memohon maaf jika ada kekurangan dari segi teknikal dan terlepas kata. Untuk makluman semua, sesi ini adalah julung kali diadakan dan merupakan pengalaman kami mengendalikan sesi ini dengan kapasiti yang terhad. Kami Librarian IDEAS mengalu-alukan sebarang bentuk cadangan dan komen untuk penambahbaik untuk sesi-sesi akan datang. Kami juga mohon cadangan topik yang boleh dibincangkan pada sesi akan datang sama ada topik yang ringan atau berat. Panel yang bakal dijemput terdiri daripada pelbagai latar belakang, jawatan, pengalaman, usia dan pengetahuan. Semua pendapat adalah pendirian, pengetahuan dan pengalaman panel masing-masing. Diharapkan Sembang Santai ini dapat memberi manfaat kepada kita semua dan juga mendapat sokongan daripada kita semua”.

Semoga Librarian IDEAS meneruskan usaha murni mereka dengan penglibatan lebih ramai pustakawan sebagai ahli panel. Mungkin pustakawan dari kelompok ASEAN iaitu Singapura, Indonesia, Brunei, Thailand, Philippines, Vietnam, Laos, Myanmar dan Cambodia boleh juga diundang untuk forum Sembang Santai. Tahniah dan syabas.

Siar raya kembali perbincangan maya boleh dilakukan melalui pautan ini. URL: https://www.facebook.com/groups/250385588322140/permalink/3332810390079629/

**Anda yang berminat menyertai kumpulan Facebook Sembang Pustakawan diwajibkan menjawab soalan yang diberi terlebih dahulu.

Tontonan melalui tablet
Tontonan melalui telefon bimbit
Respon & sokongan
Respon & sokongan
Respon & sokongan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s