PROGRAM YELLOW APRON – READ ME A BOOK DI TADIKA EDUCARE, UIAM KUANTAN

Oleh: Nor Hasyimah Mustapa, Ketua Perpustakaan Darul Hikmah, UIAM Kuantan dan Pengerusi Jawatankuasa Perpustakaan Perubatan PPM, 2018/2020

 

Buat julung kalinya, Perpustakaan Darul Hikmah UIAM Kuantan dan Perpustakaan Sultan Ahmad Shah (PASAS) Kuantan telah bekerjasama untuk menyahut cabaran Yellow Apron bagi sesi bercerita. Program ini berlangsung di Tadika Educare UIAM Kuantan pada 3 Mac 2020 dari jam 9:30 hingga 11:30 pagi dan  membabitkan 50 orang kanak-kanak berusia 5 dan 6 tahun.

 

Memandangkan ini kali pertama pihak perpustakaan UIAM mengadakan aktiviti sebegini, maka pihak PASAS telah memberi bantuan latihan serta tunjuk ajar bagi teknik serta bahan bacaan yang sesuai sebelum acara berlangsung.

Sesi bercerita – Rusa dengan siput
Bersama kanak-kanak usai bercerita

Aktiviti telah berlangsung dengan jayanya dan pembabitan kanak-kanak yang interaktif menjadikan sesi bercerita ini tidak membosankan. Sesi bercerita pertama dikendali oleh pihak PASAS dengan menampilkan pelajar praktikal dari UiTM sebagai pencerita. Sesi kedua pula dikendali oleh pihak UIAM.

Aktiviti tarian sebagai penutup acara

Program diakhiri dengan aktiviti tarian yang dikelola oleh kakitangan PASAS. Pihak Perpustakaan Darul Hikmah, UIAM Kuantan berharap agar kerjasama sebegini dapat diadakan pada masa akan datang dalam mendekatkan lagi hubungan perpustakaan dengan komuniti setempat.

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s