BERKHIDMAT SEBAGAI PUSTAKAWAN PROFESIONAL DI WILAYAH SCANDINAVIA BUKANNYA MUDAH, RAKYAT MALAYSIA INI BERKONGSI PENGALAMAN.

Oleh Muhammad Akmal Ahmat, Pustakawan Universiti Sains Malaysia

 

Baru-baru ini tular satu hantaran status Facebook daripada seorang rakyat Malaysia yang berkongsi pengalaman tentang kerjaya sebagai seorang pustakawan profesional disalah sebuah sekolah menengah rendah awam di wilayah Scandinavia. Individu yang dimaksudkan adalah Abby Andersson [merujuk kepada nama panggilan dan nama keluarga suami] yang kini menetap di negara Sweden. Abby telah berkongsi pengalaman tersebut melalui grup komuniti maya Facebook yang dikenali sebagai “Sembang Pustakawan” dan telah mendapat sambutan luar biasa pengguna Facebook. Abby ada menyatakan bahawa bukan mudah menjadi seorang pustakawan profesional sekolah di negara terbabit. Bukan saja seseorang itu perlu memiliki ijazah sarjana muda bidang pengurusan maklumat sebagai kelayakan minima untuk berkhidmat di sekolah negara tersebut, malah majikan di negara-negara wilayah Scandinavia juga menuntut seseorang itu fasih berbahasa Nordic dan mengetahui latar belakang bahan-bahan kesusasteraan Nordic. Hal ini kerana hampir kesemua bahan-bahan ilmiah dan buku teks sekolah diterbitkan dan diterjemahkan ke bahasa Nordic termasuk buku-buku daripada luar negara.

Abby [berkaca mata] bersama pembantunya memberi galakan membaca buku-buku biografi untuk memotivasikan para pelajarnya.
Menurut Abby lagi, amat membanggakan ijazah sarjana muda bidang Pengurusan Maklumat, Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Sweden. Pemohonan pengiktirafan tersebut dibuat sendiri oleh Abby di pejabat kementerian. Ianya mengambil beberapa tempoh masa yang lama. Ditambah pula, Abby telah beberapa kali bertungkus lumus cuba melepasi saringan temu duga, dan akhirnya Abby berjaya berkhidmat disalah sebuah sekolah di Sweden. Menariknya, pustakawan disana diangkat sebagai ‘specialist’ dan gaji yang diterima juga seperti gaji seorang jurutera.

 

Selain itu, Abby menyatakan bahawa cara hidup dan undang-undang Sweden adalah sangat berbeza dengan Malaysia. Sebagai contoh, apa-apa gambar dan ilustrasi seseorang rakyat Sweden yang dirakam secara ‘candid’ dan kemudian dikongsi ke media sosial perlu mendapat keizinan tuan badan terlebih dahulu. Lebih-lebih lagi gambar wajah seseorang kanak-kanak, surat keizinan daripada ibu bapa adalah amat diperlukan. Kalau tidak, tindakan undang-undang bukan saja sivil malah jenayah boleh dikenakan. Selain itu, budaya kelestarian alam sekitar juga amatlah dititikberatkan di negara Sweden ini. Waktu siang walaupun bergelap di kawasan kediaman rumah, cahaya lampu tidak digalakkan digunakan kerana caj bil yang dikenakan terlalu tinggi berbanding di Malaysia. Seterusnya, cukai pendapatan yang dikenakan kepada rakyat pula amatlah tinggi. Ianya sebanyak 31% dikenakan untuk membayar cukai pendapatan daripada jumlah gaji kasar. Lebih besar gaji seseorang itu lebih tinggi cukai pendapatan dikenakan sehingga ada pembayar cukai pendapatan perlu membayar 50% daripada gajinya.

 

Namun begitu, sistem perkhidmatan awam amatlah baik dengan kemudahan pendidikan percuma diberikan daripada peringkat kanak-kanak rendah hingga ke peringkat universiti. Kemudahan ini terbuka kepada semua rakyat dan imigran yang layak terutama pelarian-pelarian UNHCR. Kemudahan penyediaan makanan di kantin sekolah juga adalah percuma. Tiada bayaran dikenakan! Menariknya di sekolah Abby bertugas, makanan halal dengan menitiberatkan kandungan khasiat juga disediakan bagi pelajar-pelajar muslim. Wow! Sekolah ini mempunyai kesedaran tinggi tentang toleransi beragama terutama menjaga kandungan khasiat makanan yang sihat dan halal.

 

Sementara itu, Abby telah berkongsi gambar-gambar suasana Perpustakaan sekolah yang dimaksudkan. Antara gambar-gambar yang dikongsi adalah seperti berikut:-

 

Hiasan dalaman kaunter perkhidmatan
Robot yang digunakan untuk mengajar tentang bahasa pengaturcaraan
Ruang bacaan
Ruang rak buku dan pameran buku
Ruang kerja staf. Bahan-bahan baru yang diterima untuk diproses.

Cantik dan kemas bukan? Sudah tentu banyak tugas yang perlu dilakukan oleh Abby. Ya, sememangnya benar. Abby menyatakan bahawa:-

 

“Perkhidmatan kami sama seperti di Universiti juga, cuma setiap hari saya ke kelas-kelas untuk ‘review’ buku-buku cerita yang baru. Saya juga mengajar pelajar saya ‘critical review’ dan pencarian fakta yang tepat. Saya juga mengunakan ‘digital aids’ untuk memaksimumkan pembacaan pelajar-pelajar saya. Di perpustakaan saya juga memberi galakkan kepada pelajar-pelajar saya untuk cuba membuat ‘programming’ mengunakan Qbot.”

“Semua pelajar di Sweden [dipastikan] dapat maklumat sama rata tidak kira bangsa, agama atau ‘gender’ 😊.  Pelajar saya dari pelbagai bangsa. Saya ada pelajar-pelajar dari negara-negara pelarian, pelajar-pelajar yang memang keturunan ‘vikings’ 😉, pelajar yang ada ADHD [attention deficit hyperactivity disorder], pelajar yang [mengalami] disleksia, pelajar yang [mengalami] autism dan sebagainya. Sebagai pustakawan kami juga diajar untuk bekerja dengan pelajar-pelajar istimewa kami.”

“Kerja-kerja teknikal pula banyak melibatkan bahan-bahan buku yang diterjemahkan kepada Bahasa Nordic. Jadi, sangat mencabar diri untuk melakukan kerja-kerja pengkatalogan”

Sememangnya nampak menarik berkhidmat sebagai seorang Pustakawan profesional di sekolah negara Sweden ini.

Diharapkan suatu hari nanti sekolah kerajaan di Malaysia pula dapat memberi peluang kepada pustakawan profesional untuk bertugas di pusat sumber dan media sekolah manakala guru-guru pula dapat menumpukan perhatian sepenuhnya aktiviti pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas.

Selamat maju jaya diucapkan kepada Abby Andersson.

 

Sumber: https://www.facebook.com/groups/250385588322140/permalink/3207330452627624/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s