MELAKAR MASA DEPAN BIDANG KEPUSTAKAWANAN : BENGKEL PEMBANGUNAN WIM BAGI NOSS SIRI 3

Barisan ahli-ahli panel yang terlibat

 

Oleh: Hasnita Ibrahim, Pengurus Maklumat BERNAMA, Naib Presiden I PPM dan Pengerusi Jawatankuasa Latihan PPM dan Nor Edzan Che Nasir (Ph.D.), Mantan Presiden Terkini PPM; Ketua Editor, Berita PPM dan Jurnal PPM

 

Bengkel Pembangunan WIM (Written Instructional Material) bagi Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) Siri 3 bagi Bidang Kepustakawanan Tahap 2 & 3 anjuran Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) dan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) telah diadakan dari 9 hingga 12 Disember 2019 di  Seri Bayu Resort, Bagan Lalang, Sepang. Bengkel ini adalah siri ketiga yang mana Bengkel siri 1 telah diadakan dari 3 hingga 6 Disember 2018 di PNM dan Siri 2 dari 14 hingga 17 Januari 2019 di Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor.

 

WIM adalah keperluan bagi menjalankan program Persijilan Pembantu Pustakawan. Pada Ogos 2017, NOSS Kepustakawanan (Operasi) Tahap 2–R910-001-2:2017 dan  NOSS Kepustakawanan (Pengawasan) Tahap 3–R910-001-3:2017 telah  diluluskan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran dan dirasmikan semasa Mesyuarat Agung Tahunan PPM pada Mac 2018.

 

Dengan berpandukan NOSS,  dokumen yang dihasilkan terdiri daripada  Pelan Mengajar–Teori, Kertas Penerangan,  Kertas Tugasan, Pelan Mengajar–Amali dan Kertas Kerja berpandu kepada Jadual Pembahagian WIM–Teori dan Amali. Lebih 70 WA (Work Activity) yang terdiri dari lebih 460 WA bakal dihasil dan sebanyak 54.5% telah berjaya disiap dan selebihnya akan dimurnikan dan dijangka siap selewat-lewatnya pada 31 Januari 2020.

 

NOSS Kepustakawanan (Operasi) Tahap 2 terdiri dari  6 CU (Competency Unit) iaitu Perkhidmatan Kaunter Perpustakaan, Penyusunan Bahan Perpustakaan, Perolehan Monograf & Bahan Media, Pengkatalogan Awalan Bahan Perpustakaan, Pengendalian Program Galakan Membaca dan Penggunaan Kemudahan ICT. Bagi Tahap 2 terdapat 28 CU dan 324 sub-CU.

 

NOSS Kepustakawanan (Pengawasan) Tahap 3 terdiri dari  8 dokumen iaitu Perkhidmatan Pelanggan Perpustakaan, Perolehan Bahan Terbitan Bersiri, Pengkatalogan Salinan & Deskriptif, Pengoperasian Perkhidmatan Rujukan,  Pengoperasian Pengindeksan Koleksi, Promosi  Perpustakaan, Pemeliharaan Bahan Perpustakaan, Penyeliaan Operasi Perpustakaan dan Perkhidmatan Pelanggan Perpustakaan. Untuk Tahap 3 pula terdapat 36 CU dan 375 sub-CU. Secara keseluruhannya, panel pembangun perlu menyiapkan 64 CU dan 699 sub-CU.

 

Seramai 35 orang panel pembangun WIM yang telah dilantik dari  pelbagai agensi yang berkaitan, antaranya Persatuan Pustakawan Malaysia, Perpustakaan Negara Malaysia, Jabatan Peguam Negara, Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor, Universiti Kebangsaan Malaysia, Jabatan Penyiaran Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kementerian Kesihatan, Perpustakaan Kuala Lumpur, Fakulti Pengurusan Maklumat,  Universiti Teknologi MARA, Perpustakaan Universiti Malaya, Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negara, BERNAMA, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak dan Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia.

 

Bagi Tahap 2, panel pembangun terdiri dari Chin Loy Jyoon, Nadzirah Misran, Kamariah Jaafar, Rohaya Umar, Mazidah Abdul Rahman, Ahmad Junaidi Tajuddin, Manirah Mansor, Rozainees Kamarudin, Sannyza Abd Rahim, Zaiton Hassan, Anita Mohd Jali, Mohd Zaihan Hussin dan Mohod Nizam Manat.

 

Bagi Tahap 3, panel pembangun terdiri dari Shamsiah Abu Bakar, Dr. Nor Edzan Che Nasir, Dr. Ghazali Mohamed Fadzil, Siti Suzani Mohd Taib, Noraini Ya’cub, Habirah Mohamad, Anis Omar, Mohd Shah Abu Kassim, Puan Jizni Azrin Juhari, Nur Athirah Che Zahariman, Nik Zaleha Nik Mustafa, Rohana Mahmood, Hasnita Ibrahim, Mohammad Nazari Abdul Hamid, Nurrull Huda Abdul Wahid, Zailan Endin, Noor Lela Osman, Jafalizan Mohd Jali, Prof. Dr. Sohaimi Zakaria dan  Mohd Aizat Abd Halim. Ada dalam kalangan yang tidak dapat hadir dan masih komited terhadap dokumen seperti Mohd Kamal Mohd Yusof dari Perpustakaan Universiti Kuala Lumpur, Suzliana Abdul Hamid dari PPAS dan Rashidah Othman dari Perpustakaan MATRADE.

This slideshow requires JavaScript.

Fasilitator kali ini adalah Puan Faliza Fudzil daripada JPK (Jabatan Pembangunan Kemahiran). Beliau lebih menumpukan memurnikan sub-WA dan memberi nasihat untuk membaiki dokumen. Penjelasan mengenai Penilaian Pengetahuan dan Penilaian Prestasi telah dibuat.  Bengkel ini adalah kesinambungan Bengkel yang pertama dan kedua dan untuk melengkapkan dokumen WIM.

Bersantai di pantai selepas penyediaan WIM

 

PPM merancang untuk menawar program latihan kemahiran dalam bidang kepustakawanan pada tahun 2020 dengan mendapat pentauliahan samada sebagai Pusat Bertauliah secara  latihan/penilaian/pengesahan; Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) secara bukti keterampilan melalui latihan lampau, pengalaman kerja dan pengalaman hidup; dan Sistem Latihan Dual Nasional secara penyediaan latihan (teori dan simulasi) trainers dan syarikat (amali) coach. Usaha pentauliahan ini akan dikongsi dengan semua ketua dan pengarah perpustakaan serta warga perpustakaan apabila WIM siap agar tindakan sewajarnya  untuk persijilan boleh diambil.

 

Walaupun panal pembangun sibuk dengan tugasan harian masing-masing, mereka menunjukkan komitmen tinggi terhadap penyediaan dokumen WIM kerana  ini adalah sumbangan mereka terhadap bidang kepustakawanan. Persijilan ini bukan hanya akan menyedia petugas yang berkemahiran tinggi tetapi pakar dalam profesion kepustakawanan.  Semoga dengan segala cabaran yang dilalui, dokumen WIM dapat dihasilkan dan diluluskan oleh pihak JPK selewat-lewatnya pada Jun 2020. Seterusnya PNM dan PPM boleh memainkan peranan untuk yang menawar program kemahiran dalam bidang kepustakawanan di samping melatih perantis serta Pembantu Pustakawan yang kompetan, berketerampilan, berkemahiran tinggi sehingga ke peringkat Diploma Tahap 4 (Diploma Kemahiran Malaysia) dan Tahap 5 (Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia) yang menjadi aset kearah memantapkan tahap profesionalisme bidang kepustakawanan.

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s