BENGKEL PENYEDIAAN KIT MEDIA DAN PELAPORAN AKTIVITI

Oleh: Hasnita Ibrahim, Pengurus Maklumat BERNAMA, Naib Presiden I PPM dan Pengerusi Jawatankuasa Latihan PPM.

 

Bengkel Penyediaan Kit Media dan Pelaporan Aktiviti telah diadakan di Pusat Komuniti TTDI, Lot 31204, Jalan Athinahapan, Taman Tun Dr Ismail dari 25 hingga 26 September 2019. Bengkel ini dianjur oleh Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) dan dihos oleh Perpustakaan Kuala Lumpur. Menerusi Bengkel dua hari ini, seramai 17 orang pustakawan dari beberapa perpustakaan sekitar Malaysia didedahkan dengan amalan standard dalam industri media selain dibimbing menyedia kit media untuk aktiviti perpustakaan agar dapat menarik minat pihak media untuk membuat liputan.

 

Mereka juga menjalani latihan menulis pelaporan aktiviti perpustakaan untuk disiar di dalam laman sesawang, media sosial atau media cetak organisasi. Mereka juga dimaklum mengenai penglibatan media dalam profesion kepustakawanan bagi mempromosi perpustakaan dengan penulisan berkesan dan menjadi bahan arkib dalam media tempatan untuk aktiviti utama perpustakaan. Pihak penganjur berharap agar para pustakawan yang menyertai Bengkel ini  dapat  menghasil kit media berkualiti serta berkesan untuk melaksana promosi yang hebat selain daripada pelaporan aktiviti yang lebih menarik dan berimpak.

Peserta menjalani latihan

Sementara itu, para peserta memberi maklum balas positif. Mereka berpendapat Bengkel ini amat berguna khususnya sebelum, semasa dan selepas aktiviti dijalankan. Menerusi pendekatan cara penulisan yang baik, para peserta merasakan penulisan mereka menjadi lebih mudah dan tepat. Para peserta merasakan Bengkel ini sangat berguna dan sepatutnya dihadiri oleh warga perpustakaan yang mengendali promosi dan berfungsi sebagai komunikasi korporat. Malah, mereka berminat untuk menghadiri bengkel penulisan pula untuk belajar cara menulis dengan lebih baik dan mantap.

Peserta bersama fasilitator
Fasilitator Bengkel, Puan Nur-ul Afida Kamaludin,
Ketua dan Editor Meja Penulisan Strategik, Perkhidmatan Berita Am BERNAMA

 

Sepanjang Bengkel, pelbagai petua dikongsi oleh fasilitator Bengkel, Puan Nur-ul Afida Kamaludin, Ketua dan Editor Meja Penulisan Strategik, Perkhidmatan Berita Am BERNAMA. Beliau juga adalah tenaga pengajar bagi Bengkel berkaitan dengan penulisan berita, siaran akhbar, buletin dan rencana serta penulisan dan penterjemahan kapsyen untuk petugas BERNAMA dan peserta luar.

Berdasarkan pengalamannya selama 36 tahun dalam bidang kewartawanan, Puan Nur-ul Afida adalah seorang daripada tenaga pengajar bagi BERNAMA School of Journalism sejak 2009. Beliau pernah bertugas di pelbagai bahagian dan unit termasuk sebagai pemberita kadet, wartawan, penulis kapsyen, penyunting dan penolong editor.

Peserta yang hadir

 

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s