Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah, UMT dekati komuniti mengenai Sains Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (S.T.E.M)

Oleh: Mohd Shahrulnizam bin Zuraimi, Timbalan Ketua Pustakawan, Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ), Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

Pada 04 November 2019, bertempat di Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 2 (SKSS 2), Kuala Terengganu, satu majlis ringkas penyerahan sumbangan beberapa set peralatan elektro-mekanikal kepada pihak sekolah telah disempurnakan oleh Tuan Haji Abu Hassan Ghazali, Ketua Pustakawan Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ), Universiti Malaysia Terengganu. Majlis penyerahan ini dilakukan bersempena program tanggungjawab sosial korporat (CSR) sebagai sebuah perpustakaan akademik yang inklusif dalam memupuk minat masyarakat terutama murid-murid sekolah terhadap bidang Sains Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (S.T.E.M).

Ketua Pustakawan sedang memerhatikan model peralatan elektro-mekanikal yang dipasang oleh murid-murid SKSS 2

 

Pada majlis itu juga, satu demonstrasi tentang pemasangan peralatan tersebut  yang melibatkan 5 orang pelatih praktikal dan 30 orang murid telah berlangsung. Sepanjang program ini berlangsung kelihatan riak wajah murid-murid menunjukkan minat yang tinggi untuk menonjolkan kreativiti masing-masing terhadap aktiviti-aktiviti teknikal ini. Murid-murid tekun mendengar penerangan diberikan bagi meningkatkan kefahaman tentang peralatan yang digunakan dan seterusnya mencuba memasang peralatan tersebut sehingga dapat berfungsi dengan baik.

Murid-murid tekun memasang peralatan elektro-mekanikal tersebut mengikut arahan yang telah ditetapkan

Program ini adalah salah satu usaha bagi memenuhi hasrat pihak pengurusan universiti untuk menyokong aktiviti pemindahan ilmu serta membantu dalam memperkasakan S.T.E.M.  Pihak PSNZ juga melihat ini sebagai satu peluang untuk mempelbagaikan kaedah pembelajaran yang lebih menyeronokkan di sekolah serta meningkatkan peranan Pusat Sumber Sekolah sebagai pusat mencetus kreativiti. SKSS 2 merupakan sekolah rendah yang pertama di daerah Kuala Terengganu mempunyai sudut STEM didalam Pusat Sumber Sekolah dan potensi dan aktiviti ini akan diperluaskan dimasa akan datang.

Serahan model peralatan elektro-mekanikal secara D.I.Y kepada pihak sekolah
Bersama sebahagian peserta terlibat
Bersama sebahagian peserta terlibat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s