TAHNIAH KEPADA PEMENANG-PEMENANG DECO-DECO: WOW LIBRARY!

Oleh: Mohd Rozan Mutalib, Chief Librarian INTI College

Buat Julung kalinya dari 1 Mac 2019 hingga 30 May 2019 telah berlangsungnya pertandingan “Deco-deco: Wow Library!” anjuran Knowledge Link Sdn. Bhd. Terdapat dua acara pertandingan yang dipertandingkan iaitu “Library Decoration Competition” dan “Library Portal Design Competition”. Pertandingan ini dibuka kepada semua pelanggan Knowledge Link Sdn. Bhd. dan Paradigm Systems Berhad yang mengguna produk mereka dengan syarat penyertaan haruslah dihantar sebelum atau pada 28 Februari 2019.

 

Berpandukan syarat-syarat yang telah ditetapkan dimana para peserta harus mempamer keunikan produk tersebut sebagai sebahagian daripada produk yang telah diguna di perpustakaan dan harus menghantar lima gambar kepada penganjur untuk pertandingan “Library Decoration Competition”. Manakala bagi pertandingan “Library Portal Design Competition”, perpustakaan haruslah mempunyai eQUIP CMS atau eQualizer dan memastikan ia dapat diakses dari luar kawasan kampus. Selain daripada mempunyai rekabentuk yang kreatif, penggunaan produk haruslah secara aktif dan memberi manfaat kepada pengguna serta memastikan ia dapat diakses dimana-mana dan pada bila-bila masa.

 

Tempoh dua bulan ini telah diguna sebaiknya oleh Perpustakaan Lee Fah Onn setelah dinobat sebagai pemenang bagi pertandingan “Library Portal Design Competition”. Manakala pertandingan “Library Decoration Competition” pula telah dimenangi oleh Perpustakaan Bernama. Hadiah telah disampaikan semasa majlis rumah terbuka Chit Chat Raya anjuran Knowledge Link Sdn. Bdn. dan Paradigm Systems Berhad pada 26 Jun 2019 yang lalu.

 

Pertandingan seperti ini merupakan satu pertandingan yang amat sihat di mana para peserta dilihat berusaha sehabis baik dalam menjadikan perpustakaan mereka kelihatan lebih cantik dan selesa. Disamping itu, peserta juga dapat mempertingkat perkhidmatan yang sedia ada kepada lebih moden dan mengikut arus perkembangan semasa dunia dihujung jari. Di harapkan agar usaha yang dilakukan ini dapat dipertingkatkan lagi pada masa akan datang dan pertandingan seperti ini dapat anjur oleh organisasi lain pula. Justeru, peserta dapat meningkat dan mengaplikasi kemahiran yang telah mereka pelajari di dalam bidang kepustakawanan ini.

Penerima Anugerah Deco-Deco: Wow Library
Penerima Anugerah Deco-Deco: Wow Library

 

Secara keseluruhan, pertandingan yang dianjur ini merupakan salah satu cara bagaimana Knowledge Link Sdn. Bhd. dan Paradigm Systems berhubung secara terus dan bersemuka dengan pelanggan mereka serta menjamin hubungan baik antara dua hala dengan pelanggan. Hal ini juga dapat dijadikan sebagai salah satu contoh terbaik bagi sesebuah organisasi atau sesebuah perpustakaan dalam menjaga hubungan erat dengan pelanggan sedia ada. Kesimpulannya, pertandingan yang sihat mampu menjadikan sesebuah organisasi menjadi lebih maju dan berdaya saing seiring dengan arus kemodenan masa kini. Tahniah kepada semua pemenang “Deco-deco: Wow Library!”.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s