Mengeratkan Hubungan Melalui Hari Bertemu Pelanggan

Oleh: Nurul Nor Aini Hassan, Pustakawan; INTI International College Subang, Mohd Rozan Abdul Mutalib, Ketua Pustakawan INTI College, Kumpulan Editor Berita

Hari Bertemu Pelanggan, Perpustakaan Lee Fah Onn, INTI International College Subang

Pada 29 Ogos 2018, ketika Malaysia sibuk menjadi tuan rumah IFLA WLIC 2018, Perpustakaan Lee Fah Onn, INTI International College Subang telah mengadakan Hari Bertemu Pelanggan bertemakan “Celebrating Our Nation with Reading”. Objektif utama penganjuran aktiviti ini adalah untuk mengeratkan ukhuwah antara pustakawan dan pengguna, selain dapat menjadikan perpustakaan sebagai wadah mengumpul dan menimba ilmu yang berguna dan bermanfaat.

Banyak aktiviti menarik yang telah diadakan semasa Hari Bertemu Pelanggan supaya ia lebih bermakna. Antaranya ialah, “Book Exchange Program”, “Shelving Challenge”, “Malaysian Traditional Games Exhibition”, “Spin the Wheel”, “Blind Date With a Book”, “Share Your Positive Thoughts” dan “Guess How Many Book”. Aktiviti-aktiviti ini dapat memupuk dan menarik minat para pengguna dalam mendekatkan diri dengan perpustakaan dan juga sedikit sebanyak dapat menambah ilmu tentang semangat keMalaysiaan dalam diri.

Aktiviti “Book Exchange Program” menggalakkan berlakunya pertukaran buku yang telah digunakan untuk penyebaran ilmu dan perkongsian bersama. Manakala “Shelving Challenge” mendidik para pengguna dalam mendapatkan buku dengan tepat dan cepat. Pameran permainan traditional pula secara tidak langsung mendedahkan pengguna mengenai permainan tradisi rakyat Malaysia yang popular dimainkan sebelum hadirnya alat peranti dan telefon pintar.

Sambutan yang menggalakkan dilihat melalui penglibatan pengguna perpustakaan dalam aktiviti seperti “Spin the Wheel” dan juga permainan tradisional yang disediakan seperti batu Seremban, ceper, congkak dan karom. Tidak kurang juga peminjaman buku yang banyak melalui aktiviti “blind date with a book” dimana buku-buku yang dibalut dengan penuh misteri dan menampakkan keterujaan pengguna dalam membaca sedikit sinopsis yang tersedia. Menara buku persis Menara Berkembar Kuala Lumpur telah dibina dalam aktiviti “guess how many book”. Aktiviti menara buku telah mendapat penyertaan dan maklum balas baik.

Perpustakaan juga telah menyediakan ruang untuk menyebarkan kata-kata motivasi dengan mengisi nota-nota kecil dan melekatkan nota-nota di ruang yang disediakan untuk dikongsikan. Hari Bertemu Pelanggan merupakan salah satu platform yang membolehkan pengguna berinteraksi secara terus dengan perpustakaan berhubung masalah atau kekeliruan yang dihadapi. Perpustakaan bukan sahaja sebagai tempat untuk sesuatu yang serius bagi tujuan pengajaran pembelajaran atau penyelidikan tetapi juga tempat santai untuk perkara berfaedah.

Secara keseluruhan Hari Bertemu Pelanggan di Perpustakaan Lee Fah Onn berjaya diadakan melalui penglibatan dan kemeriahan semasa program tersebut. Di akhir program penyampaian hadiah telah diberi kepada pemenang.

 

This slideshow requires JavaScript.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s