Delegasi IFLA WLIC 2018 ke Menara Kembar PETRONAS

Oleh: Nurul Hana bt Hasri dan Nur Isma Wahyuni bt Ismail Pelatih Praktikal UiTM Pusat Sumber PETRONAS (PRC)

Pusat Sumber PETRONAS telah berbesar hati menerima kunjungan seramai 83 delegasi IFLA WLIC 2018 dari pelbagai negara seperti Bulgaria, Kemboja, Cameroon, Kanada, Greece, India, Myanmar, Belanda, Singapura, Sweden, Switzerland, Amerika Syarikat, Vietnam, Zimbabwe dan juga Malaysia untuk lawatan ke Menara Kembar PETRONAS iaitu ke Jejantas Udara (Skybridge) di Aras 42 dan Pelantar Pemandangan di Aras 86 Menara tersebut pada 30 Ogos 2018. Turut hadir sama ialah beberapa Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) dan juga dua pegawai dari Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MoTAC).

Lawatan yang bermula pada jam 10.00 pagi ini adalah kerjasama di antara Pusat Sumber PETRONAS dan Jawatankuasa Kebangsaan IFLA (IFLA National Committee) bersempena dengan International Federation Library Association World Library International Congress (IFLA WLIC) 2018 Kuala Lumpur yang telah dianjurkan pada 24 hingga 30 Ogos 2018 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) baru-baru ini. Para delegasi telah disambut mesra oleh kakitangan Pusat Sumber PETRONAS (PRC) dengan diketuai oleh Puan Norhayati Abd Malik, Ketua Pustakawan, Pusat Sumber PETRONAS.

Puan Norhayati Abd Malik, Ketua Pustakawan, Pusat Sumber PETRONAS bersama para Delegasi IFLA WLIC 2018.

Untuk memulakan lawatan, para delegasi telah dibahagikan kepada kumpulan kecil seramai 20 orang setiap kumpulan di mana mereka kemudiannya di bawa menaiki lif untuk meninjau pemandangan bandaraya Kuala Lumpur dari aras 41, 83 dan 86. Lif yang dinaiki mempunyai kelajuan terpantas iaitu 1 saat bagi setiap aras.

Puan Norhayati Abd Malik, Ketua Pustakawan, Pusat Sumber PETRONAS bersama para delegasi IFLA WLIC 2018.

 

Sesi lawatan bermula dengan lawatan ke Jejantas Udara (Skybridge) yang menghubungkan 2 Menara Kembar tersebut di Aras 41 dan Aras 42 di mana para delegasi telah diberi taklimat dan penerangan oleh para petugas lawatan. Jejantas Udara di Menara Kembar PETRONAS terletak pada aras 170 m (558 kaki ) di atas tanah dan panjangnya mencapai 58.4 m (192 kaki) dengan berat 750 tan. Selepas taklimat ringkas, para delegasi begitu teruja dan gembira dapat melihat pemandangan dari jejantas dan membuat aktiviti bebas seperti bergambar dan sebagainya.

Sesi penerangan diberikan kepada delegasi sebelum memasuki PRC

 

 

Mereka kemudiannya dibawa menaiki lif ke Aras 86 iaitu ke Pelantar Pemandangan. Aras 86 adalah aras tertinggi di Menara Kembar yang boleh dikunjungi oleh pelawat dimana di pelantar tersebut para delegasi berpeluang menikmati pemandangan keseluruhan bandaraya Kuala Lumpur dan suasana sekitarnya dengan lebih jelas dan terang dengan dibantu oleh teropong peninjau. Mereka juga berpeluang mengambil gambar dan menggunakan kemudahan-kemudahan seperti layar grafik, model replika Menara Kembar PETRONAS dan sebagainya semasa jangkamasa 20 minit yang diperuntukkan. Para delegasi dan kakitangan Pusat Sumber PETRONAS juga telah mengambil peluang untuk mengambil gambar berkumpulan sebagai kenangan lawatan di mana bendera Malaysia telah diagihkan ddan dikibarkan sebagai simbolik meraikan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke 61 yang akan disambut pada keesokan harinya iaitu pada 31 Ogos 2018.

Setelah menikmati pemandangan dari Aras 86, dan sebelum mengakhiri sesi lawatan, para delegasi dibawa ke aras 83 yang menyediakan maklumat tentang Menara tertinggi di dunia termasuk Menara Kembar PETRONAS dan beberapa bangunan tertinggi yang lainnya seperti Makkah Royal Clock Tower Hotel, Burj Khalifa, Taipei 101, Shanghai Tower dan lain-lain lagi. Dari Aras 83, kesemua mereka telah di bawa turun untuk mengakhiri sesi lawatan tersebut pada jam 10.45pagi.

Sesi bergambar dihadapan ruang lobi PRC

Sebelum meninggalkan Menara Kembar PETRONAS, para delegasi telah mengambil peluang untuk mengunjungi dan membeli beberapa cenderahati di kedai cenderahati yang terletak di sebelah pintu masuk utama. Kesemua mereka begitu gembira dan teruja kerana dapat menyertai lawatan ini dan menyatakan peluang sebegini adalah sukar untuk diperolehi dan amat berterima kasih kepada pihak Pusat Sumber PETRONAS kerana berbesar hati membawa mereka melawat ke Menara Kembar PETRONAS. Sebagai tanda kenangan sebelum berpisah, kakitangan Pusat Sumber PETRONAS telah memberikan sedikit cenderahati kepada semua para delegasi yang telah menyertai lawatan tersebut.

 

This slideshow requires JavaScript.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s