Bersara Tetapi Tetap Sayangkan Perpustakaan

Oleh: Zawawi Tiyunin, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan Universiti Malaysia Sabah

Pada 7 Mei 2018, seramai lapan orang mantan kakitangan Perpustakaan UiTM Cawangan Sabah yang telah bersara atau buat masa kini bertugas di jabatan lain, telah mengada lawatan ke Pustaka Negeri Sarawak.

Puan Nesly Rebid, Ketua Sektor Perkhidmatan Pengguna dan mantan kakitangan UiTM Cawangan Sabah iaitu Rosnah Awang, Noor Azura Abdullah, Nurah, Samin, Rosmah Hj Md Ideris, Saloma, Zawawi Tiyunin, Josepah, Ag Atim, Usman, Saimie Sumar dan Edision Riket

 

Pada tahun 1999, kumpulan ini telah mengadakan lawatan sambil belajar ke beberapa buah perpustakaan di Kuching, Sarawak. Antara perpustakaan yang dilawati adalah Perpustakaan UNIMAS, Perpustakaan UiTM Cawangan Sarawak dan Dewan Bandaraya Kuching Utara. Lawatan bertujuan untuk menimba ilmu sambil mencari idea baharu untuk dilaksana di Perpustakaan UiTM Cawangan Sabah pada masa itu. Namun pada tahun tersebut kumpulan ini tidak berkesempatan untuk mengadakan lawatan ke Pustaka Negeri Sarawak kerana Pustaka Negeri Sarawak masih dalam proses pembinaan pada masa tersebut. Namun niat dan semangat terkubur pada masa itu sehingga pada tahun 2018 kumpulan ini telah berkumpul semula untuk mengada lawatan semula ke Kuching. Lawatan kali ini tertumpu kepada Pustaka Negeri Sarawak yang selama ini hanya didengari melalui omongan rakan-rakan.

 

Ketibaan rombongan telah disambut mesra oleh kakitangan Pustaka Negeri Sarawak yang diketuai oleh Puan Nesly Rebid, Ketua Sektor Perkhidmatan Pengguna. Peserta lawatan telah diberi penerangan ringkas berhubung statistik penggunaan dan program yang diadakan. Program Reading Seeds memukau hati para peserta lawatan lebih-lebih lagi ianya melibatkan pembacaan seawal bayi dalam kandungan ibu lagi.

Penerangan oleh Puan Nesly Rebit berhubung Pustaka Negeri Sarawak
Penerangan yang diberi kepada peserta lawatan

 

Peserta juga telah dibawa melawat di sekitar Pustaka. Ianya memberi satu gambaran positif mengenai perpustakaan moden diselang dengan pengumpulan khazanah warisan. Semua peserta  amat berpuas hati dengan lawatan yang disertai ditambah dengan ilmu yang menarik serta layanan Pustaka yang baik. Menurut Nurah, Rosmah, Saime, Rosnah dan Azura, mantan kakitangan yang telah bersara dari Perpustakaan UiTM Cawangan Sabah, “kami berharap akan mengada lawatan seperti ini lagi dan turut serta dalam program Pustaka pada masa akan datang. Biar jauh dimata tetapi dekat dihati”.

Mantan Kakitangan Bersara UiTM Cawangan Sabah bergambar bersama Dr Rashidah Bolhassan, CEO Pustaka dan Puan Arpha Adenan Timbalan CEO Pustaka

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s