KURSUS LEE FAH ONN LIBRARY GUIDE DI DALAM BLACKBOARD

Oleh:  Nurul Nor Aini Hassan, Pustakawan, INTI International College Subang dan
Mohd Rozan Abdul Mutalib, INTI International College Subang; Kumpulan Editor Berita PPM

 

“Blackboard” adalah salah satu sistem pembelajaran atas talian yang telah dihasilkan oleh Blackboard Inc. Sistem ini membolehkan para pensyarah dan pelajar berkomunikasi dan berhubung secara maya selain membenarkan para pensyarah memuat naik nota, tugasan, kuiz dan sebagainya dalam pelbagai bentuk dan format. Memandangkan penggunaannya yang tinggi, Perpustakaan Lee Fah Onn, INTI International College Subang, mengambil inisiatif untuk menghasilkan kursus “Lee Fah Onn Library Guide” di dalam Blackboard sebagai salah satu usaha mempelbagai sumber maklumat perpustakaan. Pendekatan ini dilakukan kerana para pensyarah dan pelajar lebih kerap mengakses laman “Blackboard” berbanding laman sesawang lain.

Paparan e-Perkhidmatan dalam Blackboard oleh Lee Fah Onn Libary

 

Pada 29 Januari 2018, “Lee Fah Onn Library Guide”  dibuka secara rasminya kepada semua pelajar. Pihak perpustakaan juga turut menyediakan panduan dalam bentuk interaktif dan video agar penyampaian maklumat itu menjadi lebih menarik dan tidak membosankan.  Terdapat juga kuiz yang telah disediakan oleh pihak perpustakaan bagi menguji pengetahuan pengguna. Kesimpulannya, dalam pendekatan dunia hujung jari di masa kini, penggunaan medium yang sesuai dapat membantu perkembangan informasi yang berguna kepada pengguna perpustakaan. Pengguna juga dapat mengurangkan masa dengan mengakses hanya satu laman dan tidak perlu menghafal terlalu banyak ID dan kata laluan. Dengan penggunaan akaun yang minima, ia secara tidak langsung mengurangkan ralat dalam memasukkan kombinasi ID dan kata laluan untuk mengakses sesuatu laman sesawang serta memudahkan pihak pengurusan untuk mengurus laman sesawang itu.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s