PENYATUAN LAMAN SESAWANG EZPROXY ANTARA PERPUSTAKAAN-PERPUSTAKAAN INTI DENGAN INTERGRASI LOG MASUK BLACKBOARD

Oleh: Nurul Nor Aini Hassan, Pustakawan, INTI International College Subang dan  Mohd Rozan Abdul Mutalib, INTI International College Subang; Kumpulan Editor Berita PPM.

 

Dalam era digital masa kini, kita dapat melihat kebanyakan perpustakaan di institusi pengajian tinggi bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia lebih banyak mengguna bahan bacaan di dalam pangkalan data atas talian berbanding bahan bacaan bercetak. Penggunaan pangkalan data ini dilihat lebih memudahkan para pensyarah dan pelajar mendapatkan bahan bacaan dengan lebih tepat. Namun, kos yang dikeluarkan oleh sesebuah institusi itu agak tinggi berbanding pembelian bahan bercetak. Justeru, kesemua perpustakaan INTI International University & Colleges telah bersepakat untuk menyatukan pangkalan data atas talian yang mereka miliki ke dalam satu laman sesawang. Ini adalah usaha perpustakaan untuk menjimat kos langganan pangkalan data; pembaharuan lesen EZProxy (di masa akan datang); penyeragaman laman sesawang dan log masuk; dan juga memperkaya pangkalan data atas talian di kesemua perpustakaan INTI International University & Colleges.

 

Bermula 26 Februari 2018, semua pengguna perpustakaan di seluruh kampus INTI International University & Colleges  seperti di Subang, Nilai, Kuala Lumpur, Penang dan Sabah boleh memuat turun bahan bacaan dengan hanya mengguna akaun log masuk Blackboard yang telah berjaya diintegrasi kedalam laman sesawang EZProxy.  Berkongsi pangkalan data bermakna banyak perkara yang harus dipertimbang dalam merealisasi tugasan ini. Antara perkara penting yang dibincang termasuk kos pembelian, pengurusan akses ke pangkalan data, tugas setiap ahli perpustakaan yang terlibat, keselamatan akaun pengguna, latihan-latihan yang disediakan dan lain-lain lagi

 

Dalam mencapai matlamat ini, beberapa kelebihan dan kekurangan  telah dibincang terlebih dahulu antara perpustakaan. Antara kebaikannya adalah berlakunya pertambahan koleksi bahan bacaan yang lebih mantap dan relevan kepada pengguna. Pertambahan bahan bacaan ini bukan sahaja dapat mengurangkan masa pengguna mendapatkan maklumat yang lebih tepat, malah ia juga dapat mengurangkan masalah pengguna mendapat akses penuh sesuatu bahan bacaan di dalam pangkalan data. Ini juga dapat meningkatkan data dalam My Quest setiap kampus INTI International Universiti & Colleges. Selain daripada  itu, berlaku juga penjimatan kos dalam perkongsian pembelian bahan bacaan bagi pangkalan data.

 

Di samping itu, pembahagian tugas juga berlaku dalam menjayakan matlamat perkongsian bahan bacaan di dalam pangkalan data. Pembahagian tugas ini dapat menambah pengalaman bekerja bersama ahli INTI International Universiti & Colleges yang lain. Perkongsian maklumat juga berlaku dalam proses perkongsian cara kerja antara ahli perpustakaan serta dapat meningkatkan lagi kualiti kerja dalam setiap ahli perpustakaan yang terlibat.

 

Kesimpulannya, perkongsian bahan bacaan di dalam  satu pangkalan data ini bukan sahaja untuk memberi kemudahan kepada ahli perpustakaan tetapi juga untuk penyediaan maklumat yang lebih tepat, mudah dan pantas kepada para penggunanya. Walaupun mudah, terdapat banyak perkara yang harus diteliti dan dititikberat dalam menjayakan perkongsian maklumat ini. Namun, ia memberi pengalaman yang berharga kepada setiap ahli perpustakaan yang terlibat bagi menjadikan perkongsian ini satu realiti.

 

Pengumuman INTI International College Subang berkenaan tetapan fungsi baharu ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s