Program ’NIGHT AT THE LIBRARY’

Oleh: Afiza Ibrahim, Bahagian Komunikasi Korporat, Pustaka Negeri Sarawak

Pustaka Negeri Sarawak telah mengadakan Program ’Night at The Library’ pada 24 Februari 2018 jam 7:00 malam bertempat di Pustaka Negeri Sarawak. Antara aktiviti yang telah berjaya menarik perhatian orang ramai ialah Info Hunt, Paper Quiling, bengkel TJBot, tayangan filem percuma ‘Spiderman Homecoming’, Tales of Tellers dan sesi Aerodance.

Program anjuran bersama Pustaka Negeri Sarawak dengan Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, diadakan pada waktu malam untuk memberi pendedahan dan suasana baru kepada pengguna. Dengan mengadakan aktiviti bermanfaat pada waktu malam disamping, perspektif sesetengah masyarakat yang beranggapan bahawa waktu malam tidak sesuai untuk mengadakan aktiviti yang berilmiah di perpustakaan boleh diubah. Disamping itu juga, ia merupakan salah satu cara pembelajaran menarik dan baru dengan pelbagai kaedah pengajaran berbeza. Ia juga adalah satu usaha untuk meningkat penggunaan koleksi dan perkhidmatan yang terdapat di Pustaka. Selain daripada itu, diharap ia dapat membentuk generasi muda yang sentiasa berminat untuk mencari dan menimba ilmu pegetahuan di perpustakaan. Seramai 1,000 orang awam telah hadir dan mendaftar diri untuk mengikuti aktiviti-aktiviti yang diadakan.

Pada malam tersebut, terdapat juga foodtruck yang disediakan untuk orang awam membeli makanan dan minuman. Acara cabutan bertuah telah diadakan dan dengan pemenang membawa pulang hadiah utama iaitu sebuah gelombang ketuhar.

Peserta mendaftar diri di kaunter
Tayangan filem percuma sedang berlangsung.
Sesi Aerodance di perkarangan hadapan Pustaka Negeri Sarawak
Pemenang cabutan bertuah utama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s