Bengkel Pengukuhan Penghubung Fakulti : Ke Arah Peningkatan Kecekapan Penghubung Fakulti & Pengguna

Oleh: Wan Abdul Rahman Bin Wan Bujang, Pustakawan Kanan CAIS, UNIMAS; Kumpulan Editor Berita PPM & Korina Ibrahim, Pemangku Ketua Pustakawan, CAIS, UNIMAS

Bengkel ini telah dijalankan selama dua hari dari 22 hingga 23 Februari 2018 di Bilik Mesyuarat CAIS. Untuk memastikan semua objektif tercapai, Puan Korina Ibrahim selaku Pemangku Ketua Pustakawan telah menjadi fasilitator untuk bengkel ini. Antara objektif bengkel ini adalah untuk meningkat kemahiran menyampai maklumat secara efektif dan berkesan kepada pengguna di fakulti terutama semasa pembentangan dalam Mesyuarat Fakulti. Selain daripada itu, ia juga untuk meningkat keyakinan penghubung fakulti dengan kemahiran pembentangan serta mempelajari teknik mengetengah maklumar menarik dan terkini untuk pengguna fakulti. Terdapat sembilan buah fakulti di UNIMAS iaitu Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Sains & Teknologi Sumber, Fakulti Ekonomi & Perniagaan, Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat, Fakulti Sains Kognitif & Pembangunan Manusia, Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, Fakulti Bahasa & Komunikasi, Fakulti Seni & Gunaan Kreatif dan Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan.

Mereka yang terlibat dalam Bengkel terdiri daripada pustakawan dan pembantu pustakawan. Kesemua Pustakawan Penghubung Fakulti telah diberi tugasan untuk menyediakan slaid persembahan untuk dibentang kepada Fakulti masing-masing. Setiap persembahan akan dinilai dari segi kreativiti, keyakinan diri serta kandungan maklumat yang hendak dibentang.

Bengkel kali ini telah mencapai matlamatnya kerana berjaya memberi panduan dan rujukan kepada kesemua Pustakawan Penghubung Fakulti untuk menampilkan maklumat yang berfokus dan terkini kepada golongan sasarannya. Selain daripada itu, ia dapat membantu pihak pengurusan CAIS untuk menghasil dan mengumpul slaid pembentangan yang akan diguna pakai secara standard kepada semua warga CAIS.

Sepanjang pembentangan wakil pustakawan mempersembahkan maklumat kepada peserta
Sebahagian daripada peserta yang hadir
Fakulti Seni dan Gunaan Kreatif
Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan
Pembentangan dari Fakulti Kejuruteraan
Pembentangan oleh Pustakawan Penghubung Fakulti Sains Teknologi Sumber
Taklimat oleh Pemangku Ketua Pustakawan Puan Korina Ibrahim

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s