Program Kesedaran IFLA WLIC 2018 dan Promosi PPM Roadshow di Utara Malaysia

Oleh : Mazmin Mat Akhir, Pengerusi PPM Kumpulan Utara (Ketua Pustakawan UNIMAP) dan Azni Yantee Abdul Raoh Setiausaha PPM Kumpulan UTARA (Pustakawan UNIMAP)

Peserta Program Kesedaran IFLA WLIC 2018 Kuala Lumpur & PPM Roadshow

30 Januari 2018 – Lebih 100 orang komuniti pustakawan dan guru Pusat Sumber berhimpun di Perpustakaan Hamzah Sendut 1, Universiti Sains Malaysia (USM) untuk menyertai Program Kesedaran IFLA WLIC 2018 Kuala Lumpur.  Penerangan mengenai penganjuran IFLA WLIC dan promosi penyertaan dalam persidangan berprestij ini telah disampaikan oleh Puan Rashidah Begum Fazal Mohamad, Ahli Jawatankuasa Kebangsaan Pemasaran IFLA WLIC 2018. Ketua Pustakawan USM, Puan Engku Razifah Engku Chik pula memanfaatkan peluang dengan berkongsi pengalaman menyertai IFLA WLIC 2007 di Durban dan IFLA WLIC di Lyon, France pada tahun 2014. Dalam sesi sama, Encik Muhammad Akmal Ahmat yang merupakan Ahli Majlis PPM 2016/2018 berkongsi maklumat mengenai kepentingan menyertai Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) ke arah memperkasa profesionalisme kepustakawanan di Malaysia.

Ucapan aluan oleh Puan Mazmin Mat Akhir, Pengerusi PPM Kumpulan Utara
Penerangan penganjuran IFLA WLIC oleh Puan Rashidah Begum Fazal Mohamad, Ahli Jawatankuasa Kebangsaan Pemasaran IFLA WLIC 2018
Perkongsian pengalaman menyertai IFLA WLIC oleh Puan Engku Razifah Engku Chik, Ketua Pustakawan USM
Penerangan keahlian PPM oleh Encik Muhammad Akmal Ahmat, Ahli Majlis PPM 2016/2018

 

Walaupun IFLA WLIC merupakan antara persidangan tersohor, penerangan  berkaitan promosi penyertaan IFLA WLIC sememangnya perkara baru kepada sebahagian besar generasi muda Pustakawan di Wilayah Utara.  Sesi ini memberi kesedaran baru mengenai pelbagai peluang menyertai IFLA sama ada sebagai pembentang kertas kerja, pembentangan poster, meningkatkan keterlihatan institusi melalui Segmen Library Boulevard,  peserta persidangan mahupun menyumbang secara berimpak sebagai sukarelawan persidangan. Syabas kepada Pasukan Promosi IFLA WLIC 2018 Kuala Lumpur di atas perkongsian maklumat berkesan. Paling penting ialah bagaimana platform ini dimanfaatkan oleh para peserta sebagai input memperkasa profesionalisme kepustakawanan dan institusi perpustakaan di Malaysia.

One thought on “Program Kesedaran IFLA WLIC 2018 dan Promosi PPM Roadshow di Utara Malaysia

  1. Saya tabik usaha semua.Very proud to be your fellow librarian.Lets together make PPM world renowned and WLIC 2018 a success.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s