Minggu Mesra Pelanggan dan Program Budaya Ilmu 2017 UMS

Oleh: Adam Sabri Magi, Pustakawan UMS

Minggu Mesra Pelanggan (MMP) dan Program Budaya Ilmu Universiti Malaysia Sabah (UMS) merupakan program tahunan anjuran bersama enam buah jabatan iaitu Perpustakaan, Bendahari, Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan (JPP), Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK), Koperasi UMS dan Penerbit UMS. Program yang berlangsung dari 23 hingga 28 Oktober 2017 telah diadakan di Perpustakaan UMS dengan slogan “Kami Bersama Anda”. Objektif utama program ini adalah untuk meningkat kefahaman dan kesedaran tentang peranan serta fungsi perkhidmatan. Selain daripada itu, ia menyediakan platform dan kemudahan untuk penyelesaian masalah berhubungkait dengan perkhidmatan.

Majlis Perasmian Penutupan telah disempurnakan oleh Professor Dr. Ismail Ali, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni selaku wakil Naib Canselor UMS iaitu Professor Datuk Dr D Kamaruddin D. Mudin. Beliau menyatakan, penganjuran program yang berorientasikan pelanggan amat dialu-alukan dan wajar diberi sokongan apatah lagi UMS sebagai sebuah universiti awam amat bergantung kepada hubungan baik dengan pelanggan. Beliau juga menyatakan, “dalam penekanan hala tuju UMS sekarang ini kepada konsep IR 4.0 sejajar dengan aspirasi global dan Kementerian Pendidikan Tinggi maka keperluan memelihara hubungan baik dengan pelanggan harus diberi perhatian dan tumpuan yang sama”.

Beliau juga turut memuji pelancaran buku berjudul “Di Ambang Persaraan Kerjaya Dijunjung, Keluarga Ditatang, Agama Disanjung” hasil tulisan seorang kakitangan bukan akademik dari Perpustakaan UMS, Hjh. Jamaidah Hj. Yahya bersempena majlis tersebut. “Diharapkan agar penerbitan buku sebegini akan memupuk minat menulis yang lebih tinggi dalam kalangan kakitangan bukan akademik UMS,” ujar beliau.
Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang perjalanan MMP antaranya sesi bertemu pelanggan, ceramah, bicara sarjana, pameran dan jualan buku. Penganjuran program ini telah berjaya untuk mengeratkan lagi hubungan dengan pelanggan.

Bedah Buku: Perkongsian oleh Puan Jamidah yang telah bersara sebagai Penolong Pustakawan Kanan
Bicara Ilmu
Lawatan Booth Pameran
Breast Cancer Awareness Forum
Majlis Perasmian Penutupan Minggu Mesra Pelanggan UMS 2017

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s