Bimbingan Penulisan Kertas Kerja CONSAL

Oleh: Kumpulan Editor, Berita PPM

 

Penyediaan kertas kerja amat penting dalam penyebaran maklumat yang tepat dan sahih. Antara aspek penting yang perlu dikuasai dalam penyediaan kertas kerja berkualiti adalah kemahiran menulis laporan berdasarkan kepentingan kandungan dan penemuan dalam bidang yang dipilih untuk dikongsi bersama dengan masyarakat.

 

Sehubungan itu, satu Bengkel Bimbingan Penulisan Kertas Kerja Consal XVII anjuran bersama Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) dan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) telah diadakan pada 8 November 2017 bertempat di PNM. Bengkel sehari ini telah dihadiri oleh pustakawan dan pensyarah dari pelbagai organisasi seperti International Medical University (IMU), Library of Congress (KL), Malvern International Academy, Universiti Islam Antarabangsa, Universiti Putra Malaysia, Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang, Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor, UiTM Cawangan Pahang, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Universiti Selangor (UNISEL), Petroleum Resource Center dan PNM.

 

Dalam bengkel ini, para peserta diberi penerangan dan penekanan akan kepentingan menyertai persidangan antarabangsa terutama dalam penyediaan kertas kerja yang berkualiti untuk dibentangkan dalam CONSAL XVII yang akan diadakan di Naypyitaw, Myammar dari 2 hingga Mei 2018. Sumbangsaran dari setiap peserta yang hadir dalam mengutarakan topik-topik penting telah dibincang bersama dengan percambahan fikiran dari setiap individu dalam kumpulan. Proses ini telah dapat membantu melancarkan penyediaan kertas kerja yang dipilih sebelum penghantaran abstrak kepada pemudahcara dalam tempoh lima hari selepas bengkel dijalankan.

 

Jelas sekali objektif bengkel penulisan kerja kerja kali ini adalah untuk menggalak lebih ramai para professional dalam bidang kepustakawanan menyedia dan membentang kertas kerja yang berkualiti mengikut format dan pendekatan yang setaraf dengan kehendak penganjur persidangan agar ianya diterima di peringkat antarabangsa seperti CONSAL XVII. Tenaga pengajar yang berpengalaman dalam bidang ini, Dr. Diljit Singh, mantan pensyarah dari Universiti Malaya telah membantu dan membuka minda para peserta kepada kaedah penghasilan kertas kerja yang baik untuk mewakili Malaysia.

Penerangan Dr. Diljit Singh mengenai kepentingan penyediaan kertas kerja dan tajuk yang dicadangkan oleh para peserta
Pemudahcara Dr. Diljit Singh
Sesi percambahan fikiran dalam setiap kumpulan
Sesi percambahan fikiran dalam setiap kumpulan
Perkongsian idea berdasarkan topik berkualiti bagi pembentangan dibentangkan CONSAL
Perkongsian idea berdasarkan topik berkualiti bagi pembentangan dibentangkan CONSAL

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s