Bengkel Eksplorasi Digital di Labuan

Oleh : Babarin Entoh, Pustakawan Kanan UMS dan Dg Ruhidah Raplee, Pustakawan UMS

 

Keperluan kemahiran teknik eksplorasi maklumat pada masa ini tiada batasan dan sempadan. Kemahiran ini bukan sahaja kepada mahasiswa atau pelajar namun adalah penting untuk seluruh lapisan masyarakat terutamanya kakitangan awam bagi memperoleh maklumat yang tepat.

 

Keperluan kemahiran teknik eksplorasi maklumat pada masa ini tiada batasan dan sempadan. Kemahiran ini bukan sahaja penting bagi mahasiswa dan pelajar tetapi ianya juga penting kepada semua lapisan masyarakat terutamanya kakitangan awam bagi memperoleh maklumat yang tepat.

 

Dengan itu, buat julung kalinya Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dengan kerjasama Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah mengadakan Bengkel Eksplorasi Digital PNM bertempat di UMS Kampus Antarabangsa Labuan pada 28 September 2017. Bengkel sehari ini telah disertai oleh lebih kurang 110 orang peserta yang terdiri daripada pelajar, pensyarah, guru serta kakitangan awam dan swasta sekitar Wilayah Persekutuan Labuan.

 

Bengkel ini telah dikendalikan oleh Encik Tarmimi Taib dan Puan Zuliana Ab. Rashid dari PNM. Pelbagai kemudahan Portal U-Pustaka seperti e-buku, e-jurnal, e-majalah, e-suratkhabar dan banyak lagi telah diajar kepada para peserta.

 

Pengarah UMS Kampus Antarabangsa Labuan, Prof. Madya Dr. Murnizam Hj Halik telah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang telah menjayakan bengkel ini terutamanya PNM. Beliau berharap bengkel seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi memberi sumbangan ilmu dan kemahiran akses kepada maklumat yang tepat dan berkesan bagi penduduk sekitar menerusi perkhidmatan U-Pustaka PNM.

 

Dr. Murnizam juga menyatakan dengan adanya bengkel seperti ini, perkembangan literasi maklumat bukan sahaja tertumpu semasa pengajian di universiti atau kolej tetapi ia harus juga diperkembang di sekolah rendah dan menengah melalui guru pusat sumber. Perpustakaan perlu memainkan peranan dalam membantu guru pusat sumber memiliki kemahiran literasi maklumat yang berkesan.

Keratan Akhbar Utusan Borneo (29 September 2017)
Peserta bengkel di Investment Lab, Aras 7 Bangunan Menara UMSKAL
Peserta bengkel di Investment Lab, Aras 7 Bangunan Menara UMSKAL
Peserta bengkel di Megalab UMSKAL
Peserta bengkel di Megalab UMSKAL
Penceramah En. Tamimi Hj. Taib dan Puan Zuliana Ab. Rashid bersama peserta Bengkel

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s