Persidangan Perpustakaan Se-Malaysia 2017

Oleh: Kumpulan Editor, Berita PPM

Persidangan Perpustakaan Se-Malaysia 2017 (PPSM) anjuran bersama Persatuan Pustakawan Malaysia Perpustakaan (PPM) dan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) telah diadakan dari 12 hingga 13 September 2017 bertempat di Menara Lembaga Pertubuhan Pelaang (LPP), Kuala Lumpur. Persidangan yang julung-julung kali diadakan membawa tema “Transformasi Perpustakaan, Transformasi Masyarakat” dengan empat topik utama iaitu:

  1. Inovasi Perpustakaan Maklumat Mendayakan Masyarakat Cemerlang
  2. Transformasi Perkhidmatan Maklumat Kemakmuran Masyarakat
  3. Perpustakaan Memacu Transformasi Nasional
  4. Forum Kesedaran IFLA WLIC

 

YBhg Dato’ Nafisah Ahmad, Ketua PNM merangkap Presiden PPM telah menyampaikan teks ucapan YBhg Datuk Hj. Ab. Ghafar A. Tambi, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Dalam ucapannya, dinyatakan bahawa perpustakaan adalah simbol peradaban dan ketinggian tamadun ilmu yang menjadi penentu jatuh bangunnya sesebuah negara. Justeru, perpustakaan sebagai penyimpan dan pengurus ilmu perlu menjadi teras kepada pembentukan modal insan berprestasi tinggi. Perpustakaan dapat memain peranan ini dengan memperkasa pemikiran masyarakat supaya sentiasa bersifat dinamik. Perpustakaan juga dilihat sebagai satu tempat yang boleh berperanan sebagai penyalur maklumat dasar kerajaan.

 

Beliau juga menegaskan perpustakaan sebagai pusat repositori ilmu boleh memain peranan bagi mengadakan aktiviti galakan membaca di kalangan masyarakat. Dengan pengurusan perpustakaan yang cekap, berteknoloji tinggi dan sentiasa selangkah ke hadapan, ia mampu menyumbang kepada peradaban masyarakat.

 

Selaras dengan itu beliau menyeru semua pustakawan dan perpustakaan supaya dapat meningkatkan peradaban masyarakat bagi menyokong agenda Matlamat Pembangunan Lestari (2016-2030) yang menekankan pembelajaran ekslusif, berkualiti dan memberi peluang pembelajaran sepanjang hayat kepada semua. Dalam konteks Malaysia, pembelajaran sepanjang hayat hendaklah berteraskan pembinaan modal insan yang holistik untuk memberi impak lebih dinamik dan berjaya. Beliau mengharapkan supaya persidangan ini dapat menjadi salah satu cara mendapat pandangan bagi mencapai aspirasi TN50  sesuai dengan objektif persidangan. 

 

Persidangan selama dua hari ini telah dihadiri oleh lebih 600 orang pustakawan, guru dan pelajar dari seluruh Malaysia. Persidangan kali ini telah menampilkan pertandingan The International Innovation and Design in Library and Information Science (InDeLib 2017) dengan kerjasama PPM, PNM dan Fakulti Pengajian Maklumat, UiTM Kedah. Pertandingan ini disertai oleh 76 penyertaan dari pelbagai institusi dan pusat pembelajaran.

 

Majlis Penutup PPSM 2017 telah disempurnakan juga oleh YBhg Dato’ Nafisah Ahmad dan beliau telah membentangkan 10 resolusi iaitu :

  1. Memupuk kesejahteraaan Qalbu (rohani, emosional dan etika) dalam mendepani Revolusi Industri 4.0.
  2. Memperkasakan budaya ilmu dan budaya membaca sejak peringkat awal persekolahan.
  3. Mengangkat agenda literasi maklumat kebangsaan (National Information Literacy Agenda) ke peringkat nasional ynag merangkumi keluarga, sekolah, universiti dan komuniti.
  4. Mewujud jawatan pustakawan diperingkat sekolah.
  5. Memperkasa kolaborasi antara perpustakaan dan pusat sumber sekolah.
  6. Menyokong IFLA Global Vision dan pembentukan united library field.
  7. Memperkasa gerbang tunggal untuk capaian maklumat melalui konsep kesepunyaan dan keserakanan.
  8. Meneroka keperluan akses kepada maklumat penyelidikan dan pembelajaran tanpa sekatan (Open Access-Open Science)
  9. Melaksana konsep Open Science dalam pengaksesan maklumat tanpa sempadan.
  10. Mengkaji konsep PEMUGAR (Perpustakaan, Muzium, Galeri dan Arkib) untuk menghadapi ledakan ilmu pengetahuan.

 

PPSM kali ini merupakan persidangan yang baik dan diharap dapat memberi kesan untuk IFLA WILC 2018 yang bakal diadakan di Kuala Lumpur nanti.

Sokongan Malaysia untuk IFLA WILC 2018
Delegasi Persidangan Perpustakaan Se-Malaysia 2017
Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia bersama peserta Persidangan Perpustakaan Se-Malaysia 2017
Pelancaran Buku Libraries in Malaysia
Pelancaran Buku Libraries in Malaysia
Teks Ucapan Perasmian YBhg Datuk Hj Ab Ghafar A. Tambi, Ketua Setiausaha, Kementerian Pelancaran dan Kebudayaan Malaysia disampaikan oleh YBhg Dato’ Nafisah Ahmad, Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia merangkap Predisen Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s