The Third Regional Workshop on School Libraries in South East Asia: A Way Forward

Oleh:  Dr Nor Edzan Nasir , Puan Chin Lloy Jyoon dan Dr Khasiah Zakaria,  EXCO PPM

 

Fakulti Pengurusan Maklumat Universiti MARA (UiTM) dengan dipengerusikan oleh Dr. Shamila Mohamed Shuhidan  telah berjaya menganjurkan The Third Regional Workshop on School Libraries in South East Asia: A Way Forward . Bengkel telah berlangsung selama 2 hari pada 2 hingga 3 Oktober 2017 bertempat di  Ancasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur.

 

Bengkel yang julung kali diadakan di Malaysia untuk penyertaan dikalangan pengurus pusat sumber sekolah telah disertai seramai 124 orang. Terdapat lebih 30% peserta dari Singapura, Indonesia, Thailand dan Myanmar. Peserta yang juga telah diminta menjawab kaji selidik atas talian telah menyatakan kepuasan hati mereka dengan 85% menyokong kenyataan “We would like to attend again”.

 

Persatuan Pustakawan Malaysia  (PPM) sangat mengalu-alukan penganjuran bengkel ini dengan menghantar EXCO sebagai Penceramah dan peserta. PPM juga turut membuka gerai sebagai landasan untuk menjual produk PPM termasuk t-shirt IFLA WLIC 2018. Kali ini gerai PPM di meriahkan dengan kehadiran barisan exco PPM Dr Nor Edzan Nasir, Puan Chin Lloy Jyoon dan Dr Khasiah Zakaria.  Selain itu PPM juga turut menghantar 2 orang exco selaku peserta iaitu oleh En Ghazali Mohamed Fadzil dan Datin Hajjah Che Normadiah Che Abbas.

 

Dalam ucaptama Ketua Pengarah Perpustakaan Negara (PNM) YBhg. Dato‘ Hajah Nafisah Ahmad ada menyebut berkenaan peranan PPM dan PNM dalam membantu pusat sumber sekolah melalui Blueprint yang diwartakan dalam tahun 2001. Peranan ini diteruskan lagi setiap tahun hingga membentuk kerjasama yang erat diantara pustakawan. Jalinan kerjasama yang jelas ini dimantapkan lagi melalui penubuhan Biro Pusat Sumber Sekolah. Manakala Dr Khasiah juga turut membentangkan topic “Community services@school libraries”. Pembentangan ini menjelaskan lagi secara terperinci peranan dan aktiviti CSR (Corporate Social Responsibilities) PPM, PNM dan perpustakaan akademik untuk pusat sumber sekolah. Pembentangan dari para peneraju pusat sumber dari berbagai negara seperti Indonesia, Thailand, Singapura, Filipina, dan Malaysia diserlahkan melalui pembentangan “Country Reports Presentation of Best Practices” oleh peneraju PSS dari International School dan Public School. Namun peserta sangat teruja dengan pembentangan yang bertajuk “Let’s Rhyme Module as a tool for developing kids holistically” oleh Puan Norjahan Sultan,  dari Malaysia, iaitu salah seorang dari “finalist 50 global teacher prize”.

 

Melalui usaha yang mantap dan berterusan PPM berharap jalinan erat antara semua agensi dan pustakawan dapat menyemarakkan lagi peranan pustakawan Malaysia dalam mengharungi era teknologi maklumat.

 

This slideshow requires JavaScript.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s