Sambutan Kemerdekaan Semarakkan Program Book and Breakfast 2.0 Perpustakaan Kebijaksanaan UIM

Oleh: Balqis Jamaludin & Nuratiqahnadzirah, Pustakawan UIM

 

Perpustakaan Kebijaksanaan Universiti Islam Malaysia (UIM) telah menganjurkan program Book & Breakfast 2.0 pada 16 Ogos 2017, setelah berjaya menganjurkan Book & Breakfast kali pertama pada bulan Mei lalu. Program ini dikenali sebagai Book & Breakfast kerana mengadaptasi konsep kedai buku yang dilengkapi kafe. Ianya telah memberi peluang kepada pengguna untuk membaca dalam keadaan santai sambil menikmati sarapan pagi.

 

Program ini bertujuan untuk menggalakkan warga UIM berkunjung dan menggunakan bahan-bahan ilmiah yang ada di perpustakaan disamping mendengar kupasan dan ulasan penulis yang dijemput khas oleh pihak perpustakaan

 

Book & Breakfast pada kali ini dimeriahkan lagi dengan acara sambutan kemerdekaan negara yang ke-60. Perpustakaan Kebijaksanaan UIM ingin menyuntik semangat patriotik dikalangan warga UIM melalui program ini.  Semangat cintakan tanah air dan jati diri perlu di terap dalam diri setiap rakyat Malaysia pada masa kini, terutamanya di dalam arus globalisasi. Antara aktiviti menarik yang diadakan pada program kali ini ialah nyanyian lagu patriotik, bicara buku bersama novelis terkenal Aina Emir, pertandingan deklamasi sajak, pertandingan menulis jawi, puzzle tokoh kemerdekaan, mewarna Jalur Gemilang dan pertandingan pakaian beragam yang bertemakan hari kebangsaan.

This slideshow requires JavaScript.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s